'>

Friday, December 23, 2011

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum ! :D

22 Disember 2011,tarikh bebudak form 3 amik result.Bangun pagi je,dalam otak terus shoot,"amik result weyy !".Bila mandi,sejuk sampai terketar-ketar,walhal mandi air panas.Sungguh takley blah.Jantung pulak rasa macam nak keluar laser,tapi masih sempat online pagi tu.-_- Aku pergi sekolah lambat ah,sebab tunggu umi balik dari ofis.

Sampai tuu dekat pukul 12,orang dah siap pun.dah sampai,Kyra cakap "ehh mu baru mari kee?mu dapat *A,biar ar,nak kabo gok ! haha".ciss tak suspen dah jadinye >..<

Alhamdulillah,berkat doa & tunjuk ajar semua,aku berjaya capai 9A :) Kalau nak harapkan usaha aku memang tak ah,aku kan pemalas.=,='Tahniah all,92 orang bebudak PMR SMKA tok Jiring dapat 9A.Bebudak asrama kalau tak silap,24 orang dan result semua meningkat.Yeahhhh Ustaz Duan silalah bangga dengan kami.hahaha :D Budak klas 3AK plak,24/33. Alhamdulillah, kami berjaya gak walaupun kelas ni selalu di sound warga setempat sebab lambat kesedaran untuk berhenti main-main walaupun tinggal seminggu nak PMR.Oyesss :D

Untuk sahabat-sahabat lain,ini baru permulaan.Insyaallah,Allah sedang rancangkan sesuatu yang lebih baik,dan pasti ada ganjaran bagi orang-orang yang sabar :) *saya lah Ustazah Pilihan >_<*

Result bebudak asrama.Yang takde tuu,samada tak sempat siasat,atau identiti dirahsiakan.maklumlah,mereka kan pemalu gituww :D

Amanie-9a.Ryna-9a.Kelly-7a.Qyra-9a.Kyroh-9a.Dayah-9a.Tyah-8a.Myna-6a.Ain-9a.Zatu-9a.Zainab-9a.Aflah-9a.Aimi-8a.Aim-7a.Aema-9a.Alia-9a.Hajar-9a.Norlia-9a.Nacha-5a.T-hah-9a.Madiey-6a.Munie-5a.Nade'-8a.Cu-are-9a.Amal-9a.Mylah-9a.Miyah-6a.Nadia-9a.Iffah-8a.Wan-8a.PokWan-9a.Bade'-9a.Amri-7a.Habib-8a.Mirul-7a.Syifa'-7a.Naquib-7a.Pudin-9a.Adib-3a.Amir-5a.Fakri-8a.Firdaus-9a.

Itu sajee :)

#entri ni telah diperap sekian lama dalam draft,ingat nak buat jeruk. :D




Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Monday, December 19, 2011

Dah besar nak jadi apee?

Assalamualaikum :D

Dari kecil sehingga umur kini mencecah 15 tahun,macam-macam kerjaya telah kupilih sebagai cita-cita.Senang cerita,cita-cita aku sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa.eceh.

1.PELUKIS.



Ini cita-cita zaman kecik-kecik darjah 1 pergi sekolah bawak botol air sangkut kat leher kot.Konon bila pandai lukis orang lidi maka ada harapan untuk menjadi seorang pelukis terkenal satu hari nanti.cisss

2.GURU



Perkara normal bila seorang murid admire guru mereka yang cantik dan baik lalu ingin menjadi sepertinya.Masih kuingat nama beliau,Cikgu Rashidah yang bila aku siapkan homework paling awal pasti dipanggil ke meja untuk usha gambar anaknya or what.Hal demikian turut menimbulkan perasaan tidak puas hati rakan sekelas.Jeles letteww ! hihi^^

3.MEKANIK



Cita-cita paling pelik bagi seorang budak perempuan yang pada ketika itu berusia 11 tahun.Aku rasa masa tu aku konfius kot ingatkan mekanik tu macam arkitek.Lagipun pada tafsiran aku bunyinya macam cool gitu berbanding cita-cita kengkawan lain,tanpa mengetahui yang kerjaya itu amnya untuk lelaki.Okayy finee -_-

4.PEGUAM



Terpengaruh dengan drama di mana peguam nampak hebat dengan sut hitam dan boleh bercakap lancar,aku mula bercita-cita menjadi peguam ketika umur 12 tahun kalau tak silap.Hingga aku mendengar cerita bahawa kerjaya sebagai peguam agak 'bahaya' sebab senang terjebak dengan dosa kalau kita silap terima klien yang berada dijalan yang salah.Faham kan?Maka,cita-cita tersebut terkubur begitu sahaja.Tapi aku tetap berdebat dengan kawan-kawan bila rasa nak cari pasal.^^

5.DOKTOR



Ini cita-cita buat masa sekarang,walaupun sebenarnya aku kureng dengan darah dan tak minat tajuk blood circulation.Tapi kata orang jangan dipandang pada kerjaya,pandanglah gajinya.Eh?

6.PENULIS



Aku tak reti pun sebenarnya,tapi minat sangat :D Bila takde keje,aku akan tulis random things walau di mana jua termasuk ketika perhimpunan pagi,untuk lebih spesifik,masa cikgu berucap supaya tak rasa mengantuk.okayy itu teruk.Aku suka membaca,tapi entah kenapa aku allergic sket dengan novel-novel cinta ni.eww i tak suka nyah.Gaya penulisan aku berubah mengikut mood dan daya imaginasi.Eceh.Nak baca ke?takyah ah malu seh.>..< Tapi kalau satu hari nanti aku jadi penulis,korang wajib beli walau tak sedap.Haha :D

#mase kecik selalu tulis dalam biodata,'Cita-cita: Doktor dan peguam' sebab ingatkan boleh jadi dua-dua.Siang jadi doktor,malam jadi peguam.Ciss tak boleh rupanya.

Tak kisah la aku jadi apepun,yang penting cita-cita masuk syurga ^^Amin.Taa :)


Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)