'>

Friday, December 7, 2012

Azam bakal FIVERS.

Hah korang,buat mende?Menghendap blog orang je kerja -,-*tiba-tiba*
Awal tak aku update hari ni?Hehe.Sebenarnya hari ni terbangun awal tanpa sebarang bantuan like Umi kejutkan,jam loceng ke,alarm ke apa,automatically bangun dan tengok jam dah dekat Subuh,maka ada la sikit aura bangga.Haha ntah pape,orang lain bangun awal jugak,takdoknye nak tulis dalam entri --"
Okay people,cukuplah meroyan.Aku tahu aku comel dan rajin update,jangan la eksaited sangat.Bhahaha perahsantan betul.Actually,pada pagi yang mulia ni aku nak catat azam baru sikit sempena cuti sekolah yang dah nak habis.*Ya Allah,taknak pakai uniformmmmm*

*Bangun awal dan rajin Qiyamullai*

Bukan la selama ni aku bangun lambat,tapi nak lebih awal la,gituu.*eceh eksyen je dia*.Hehe.Bila bangun awal,maka ada banyak masa untuk study,menghafaz semua.Plus,masa Subuh kan sangat awesome untuk otak sebab FRESH :3 Qiyamullai pulak,satu benda yang agak jarang aku buat,kecuali   dalam bulan Ramadhan,sebab ada sahur.Tapi best sangat Qiyamullai ni,boleh bagi inner strength gitu,also rasa dekat sangat dengan Rabbi,sebab time tu sunyi,sweet je :) Maka jam loceng,ayuhlah kita menjadi besfreng ! ^^

*Rajin buat latihan*

Memandangkan guru-guru di IQ ni sangat baik dan ihsan terhadap murid-murid mereka,maka homework adalah sesuatu yang sukar kami peroleh,macam cikgu tak sampai hati je nak bagi kerja rumah takut membebankan murid nak menghafaz Quran.Adoyai,terharu weh :') May Allah bless U teachers *walhal sebenarnya takde la membebankan sangat pun,steady je membuang masa terluang dengan melompat bintang dalam kelas*.Okay,so,kena la buat latihan sendiri-sendiri untuk meningkatkan pemahaman & ingatan,ye dok?Especially Math la.Tak tau la kenapa Math berdendam sangat dengan aku.Eii beci beci -,-

*Kurangkan beli makanan kat cafe*

Cafe Kak Na is a place where we spend our money,selain koperasi.Sebab makanan basic semuanya free di sini,sungguh jimat duit mami dedi.Aku takde la selalu sangat beli makanan,selalunya time lapar dan desperate sebab tak sempat makan kat dewan makan je la.Tsk,tragisnya.Sebab nak kurangkan?Nak jatuhkan bisnes kak Na.Haha okay gurau je.Sebabnya,bila dah bukak medan selera dalam bilik,ada sesi bercerita yang tak pernah sudah,maka semakin istiqamahlah kami membuang masa dan bila tasmi' keesokkan harinya kalut la dengan "Kau kan masyi,pergi la dulu" padahal kelmarin dia la paling semangat cop turn awal.Hoho,rindu pulak :3

*Pay full attention dalam kelas*

Aku ni tak boleh belah betul dengan diri sendiri,asal bosan sikit je mula la syaitonnirajim main jongkang-jongkit kat mata.Oleh itu,aku terpaksa la buat coretan hati dekat buku nota,kadang-kadang buku teks.Haha.Lepas tu,otak memang tak berapa nak fokus la.Selalunya time Perdagangan la aku camni sebab dalam hati cakap "Subjek ni takpe,boleh baca." --" T-E-R-U-K. Alhamdulillah masa Math okay sebab sedar diri yang slow dan payah catch-up.*bukan salah ibu mengandung*

*Kurangkan bersembang*

Mengeratkan ukhuwwah sebenarnya.Tapi ye lah,mana boleh gitu.Sekali-sekala takpe kan?Dan kalau untuk study group lagi lah takpe.Conclusionnya,takpe,mari lah kita scroll down ke azam seterusnya.Hahah

*Kurangkan balik rumah*

Yang ni tak boleh kecuali musim periksa.Hahahaha anak manja la sangat ^,^ Entah,tak janji la yang aku tak homesick dan umi tak datang ambil tiap hari Khamis.*Rumah belakang sekolah pun nak homesick ke?,-*Haha hor la ;p

*Tak study last minute*

Ni memang tabiat aku sebenarnya,sebab aku jenis mudah lupa,kalau study awal-awal pun tak guna.Haha.Tapi yang teruknya,last minute tu la baru nak baca dan sedar akan kewujudan topik tersebut dalam buku teks.Hee.Sebab selalunya cikgu-cikgu tak sempat habiskan sylibus,jadi kena baca sendiri.Esok nak exam hari ni baru nak baca?Oh peliss.

*Jaga Quran dan rajin ulangkaji*

Ni last.Maknanya harus mengulang hafazan secara maksima setiap hari dan mengulangkaji pada waktu terluang,tidak hanya goyang kaki dan tunggu SPM datang baru nak berdating dengan buku sambil buat muka  khusyuk walhal hati tengah fed up.

Ha,banyak azam aku kan?Wish me luck dan tak malas-malas lagi ya,In sha Allah (^^,)y  Moga berjaya tetapkan niat-belajar kerana Allah !

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Tuesday, December 4, 2012

K-E-C-E-W-A.

Ha,ada perubahan tak kat blog aku hari ni?Hee tetiba mood ejas blog sendiri datang,dengan title blog,header,habis aku tukar --"
Enough bout that.Today I wanna type bout KECEWA.Yes,kecewa.In our life,Allah uji kita dengan banyak benda tanda sayangNya pada kita.Dan mungkin,dalam menghadapinya kita akan kecewa berkali-kali.
Kecewa sebab fail exam,sebab kena marah ngan mak ayah,sebab putus cinta,sebab gaduh ngan bestfriend,and countless more.Tapi,seorang WINNER akan bangkit dari kekecewaan tu dan kembali melangkah,also ambil pengajaran.Dan LOSER akan terus kecewa,terus berada di takuk yang lama.Am i rite?
Bila difikirkan balik,kenapa nak overfeeling with the kecewa sebenarnya?Come on lah,putus cinta dengan boifreng tu bukan tanda noktah untuk hidup pun.
WAKE UP ,Allah ada ! 
"Bermulanya kekalahan ialah apabila kita berasa lemah,dan bermulanya kemenangan ialah apabila kita berjaya melawan perasaan lemah itu."
Semua orang pun pernah kecewa walau seketika,bohong kawkaw sangat la kalau cakap tak pernah.Tapi yang bezanya,antara BANGKIT dan JATUH tak bangun-bangun.
Senyumlah,la tahzan,Innallahama'assobirin !^,^
# Last week I've frustrated upon something,but yesterday Alhamdulillah,I decided to wake up and smile again :) Cukuplah Allah yang mengerti,cukuplah andai Allah ada di sisi :D "J'aime Allah et Rasulullah !"
-Reminding myself-

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Friday, November 23, 2012

Alhamdulillah,Allah've sent me a DIRECTION :)


 Hey,peeps ;)

Walaupun sekarang ni tak sihat,tapi rasa nak update jugak .Okay,everyone call me RAJIN please ^,^ Hahaha bahagianya bila tekan lif naik sendiri.-,- Actually,hari ni nak story pasal classmates aku kat IQT.Yeah,dah pecah rahsia sekolah baru :>

Batch aku ni ada 4 klas,dua kelas Banin,dua kelas Banat.Nama kelas aku 1D.Ada jugak yang panggil 1Direction,tapi sekarang dah insaf sebab band tu sokong Israel Laknatullah.Err -,-; Tanpa buang masa,meh aku introduce sorang-2 ;D

*Madie takde mase ni :(

*Hakimah Syakirah & Aimi Shahirah*

Diorang berdua ialah besties aku .Bising,lawak,gila-gila,sembey.Apa lagi yang aku mampu describe ? Knowing them this close buatkan aku tak reti nak explain panjang.Hehe ;D Kimah ,kadang-kadang annoying,egois,kadang-kadang juruh,kadang-kadang moody.But,despite of all that dia seorang yang banyak bagi aku nasihat,semangat,and kalau nak mintak pendapat,she's the perfect choice sebab sentiasa jujur & straight to the point.And she makes my day with her jokes too ^,^

Emy ? A girl with a high volume voice.Hahah.Kalau nak cari dia kat asrama senang je,pasang telinga sikit,sure dengar suara dia dari mana.Hewhew :3 Dia seorang yang gembira-pergi-bertuah(happy-go-lucky) & lawak,tapi kalau kenal rapat,dia seorang yang emotional jugak :) Also,kalau dia takleh blah dengan kita,kita mudah detect sebab dia tak mampu kawal air muka.Haha ;p Tapi,dia seorang yang mudah memaafkan :)

*Atirah Razib & Ain Fathiah*
Tirah ni special tau.Dia cute,gila-2,tapi in her own way.Dia out-going ,kalut-kalut,and I like her :D Err tak reti nak explain lebih-lebih,korang kawan je la ngan dia okay ;p Banyak sangat benda tentang dia yang aku tak mampu cerita by words.She's just..Amazing ! ^,^ Also,dia sukaaaaaa makan sawi.Kahkahkah :D 

Ain,ketua kelas merangkap Mas'ulah batch kami.Dia sporting  & open-minded.Entah,aku tak faham kalau ada yang tak boleh belah ngan dia,sebab bagi aku,dia seorang pemimpin yang cool & adil :D Yeah lepas ni mesti dia belanja kat cafe.Hoho ;p Both Ain and Tirah ni professional.Their maturity depends on who they're with,and what they're doing.

*Syarifah Syuhada,Adnin Syuhada,Iryani Syuhada.(okay tipu.Yani takde Syuhada pun.Haha)*

These girls sangat serasi bersama,otak-otak Math yang setia jadi cikgu aku yang slow ni bila dekat exam.^,^Posh,makhluk pertama yang aku kenal kat IQT.Mula-mula ingatkan dia seorang silencer,rupanya langsung dok ;p Dia caring sangat,especially bila aku sakit.Dia antara orang yang aku tabik bila part mengulang Quran.Pergh sangat ! Tengah-tengah sembang,dengar orang story-telling pun mulut dia masih terkumat-kamit mengulang Quran..And she can be anyone,depends on the situation.Kadang-kadang ustazah,doktor,tukang gelak,dan dia pandai buat orang tekanan jiwa jugak -,-Oh,dia jugak suka kutuk kaum Adam,acanee baik sekalipun,dia tetap akan cari keburukan diorang.Dia cakap “Sebab lelaki,ramai perempuan rosak.So,aku tak suka semua lelaki,kecuali ayah aku.”Err..O…kay,sukati mu ah -_-

Anin,what can I say about her is…She’s great ! J Walaupun kaya rumah besar kereta besar orang kecik,tapi dia langsung tak sombong,juga tak pandai show off.Also pemurah,kalau cakap lapar je mesti dia sedekah stok makanan yang bertimbun.So,pasni jom serbu bilik dia ramai-ramai.Hahah ;D Dan dia sahabat yang always be there when U need her,swear tak tipu.There,Anin yang aku sayang :*

Yani,si awesome yang sembey,kelakar,gila-gila.Dia bukan type yang bising-bising gitu,tapi bila kawan ngan dia memang best ah ^,^ Dia seorang yang tak kisah tentang keadaan sekeliling,and don’t mind to look pretty,ayu,and anything like dat lah.Maksudnya,dia tak heran kalau orang nak tengok dia macam amende ntah budak nihhh,dia tak rasa nak ejas-ejas tudung bila lalu dekat banin,etc,etc.She’s just happy being a Yani yang cool & insane.Suka suka suka ^^,Antara talent dia àMasak,rap,nyanyi lagu K-Pop.Eh,kejap…Banat pandai rap ?? -..-

*Aeima Nadia,Syakirah Sabri,Niswah Kamila*

Here comes Nek Ya,my beloved ex-roommate ;D First impression aku ingat dia pendiam,stone,takdak perasaan,skema.Dan memang ya pun.Hahah,okay gurau je Nek Ya ^,^ Dia memang tak bising sebab suara pun ayu jee,tapi tak pendiam pun ;p.Dia generous,baik,sporting sangat,kalau ajak buat jenayah,dia on je.Heheh,best kan best kann.Nampak je macam skema,padahal dia taiko seludup novel,bawak henset,solat dalam bilik..Bilik kitorang tu dah macam Masjid As-Syatibi 2,ada je yang solat situ :p Hahah,memang tabik ah Nek Ya sebab walaupun diam-diam marshmallow berinti,Quran still masyi kebok.Bila kita cerita pape kat dia,she’s more on laughing instead of bercakap -,- Papepun,Ilufyu & thanks for being a superb roommate (^,~)y

Kirahhhh ! Hehe ,ni sorang lagi,asyik sukeee sokmo ;p Dia ni pun lebih kurang Nek Ya je perangai,cuma cakap banyak sikit la^,^.Sehari kalau tak ziarah bilik aku memang bukan Kirah lettew .-_- Dia seorang yang steady,bila nak exam aku tanya la “Study abes doh ke Kirah ?” .Dia gelak pastu jawab “Dok..” lepas tu sambung bace novel.Aku pun jadi macam ehh mu nii -,-“..Tapi sebenarnya aku suka cakap ngan dia ;D(jangan riyo’ !) Itulah dia,Kirahafas.Kahkahkah ;p

Mari kita berkenalan dengan si putih lepukk ,Niswah ^_^ Dia ni tak kira situasi,asyik sukee je.Orang maroh,orang blebe,orang tekanan,orang wat lawok,ade je time ye rase nok suke pastu muke jadi pink -,- She’s a strong girl,punya pendirian yang tetap,matang,kadang-kadang pemalu gop sposen dan suke bace novel.Okay diorang bertiga ni memang hantu novel —“.Kadang-kadang Niswah garang  dan pantang digeletek.Hahah ;p

*Farhana Najihah,Mardhiyah Yanto*

Mek Na ni kalau tak rapat ngan dia memang akan cepat brase hati dan rasa nak sumbat mulut dia dengan ayam hot and spicy sebab dia mempunyai lidah yang boleh tahan laser jugak la ;D Tapi bagi aku yang rapat nii,kalau dia terlaser pun,sekadar lalu celah telinga kanan,say bye-bye to telinga sebelah kiri je.No offense pun,sebab dah faham dia tu spesies jujur ^,^ Mek Na jugak rajin membebel dan kejutkan aku,Kimah & Emy tidur.Suka dengar phrase Besut dia yang pelik-pelik :D Makanan favourite dia kat caféàMee Tomyam.Paa cerohh !

Madie à makhluk paling kenit kat IQT.Hahah ;p Kecik je orangnya,sebab tu selalu dibuli ^,^ Kalau dulu dia bising jugak,tapi sekarang dah insaf,rajin study & pergi masjid.Hamdanlillah,aku ni ntah bila nak insaf.Tsk tsk tragisnya. (TT ^ TT) Masa oral BM kitorang satu group,buat drama.Madie jadi watak kena buli,and we called her “Ketot”.Sampai sekarang lekat gelaran tuh.hahah ;D To Madie,makan banyok sket biar cepat tinggi.Hehe ;P

*Izzah Syahira,Syahira Mustafa,Arija Waddah*

Izzah,our role model J Masyi,baik,kiut,lembut,bijak..Apa lagi apa lagi ?Sifat dia yang paling aku suka ialah walaupun dia kira perfect la di mata semua,tapi dia tak pernah riya’,or rasa diri dia better dari orang lain.Tawadhuk & baik je dengan semua orang,sporting lagi. ^,^ Yay everybody jom tiru macam Izzah :D

Sha ?Plain aje ;D Tapi aku suka Sha sebab walaupun dia diam je dalam klas,dia still boleh go on dengan orang lain yang bising,termasuk aku.hahak ;p Takde pun nak sound ke,marah ke.Steady je dengan hal sendiri.Orang usik dia,dia gelak.Orang buat lawak,dia gelak.Orang mintak pendapat,dia on je.Yeah,hidup 100 plus isotonik ^,^

Arija,jiran bilik sebelah yang tak banyak cakap,tapi bila bercakap,agak banyak.Okay aku tahu ayat bolop,lenguh type ni, mengertilah :’( Dia sporting,baik,on jee,err taktau nak cakap apa lagi,tapi best ah kawan ngan dia :D Aku suka dengar dia ngaji sebab suara dia sedap.Bila dia ngaji aku usik la “Waa subhanallah sedapnya suara Arija..Allah..Nok nangis ase dengor…”and so on.Lepas tu dia akan berhenti dan ngaji pelan-pelan.Hahah ;p

*Alia Habibah ,Zuhayra*

Hor,name same je ngan aku.Dua-dua takmo mengalah,nak jugak guna nama Alia.Hehe.So,aku tukar ‘I’ jadi ‘y’,ada la beza sikit Alia dengan Alya kan ;3 Suara dia ayu,dia suka gelak,kalau cikgu tanya soalan pun dia akan gelak sebelum jawab.Aku pun jadi macam “Doh mende yang kelakor sekarang ni ? -..-“.Hoho,that’s 
Alia,ex-roommate Mek Na yang rajin mengemas,dan membebel jugak.Hahak ;p

Zue-pemurah,baik,sporting,mendee lagi ?Ha,jujur.Haha.Dulu ada jugak tak boleh belahh dengan sifat jujur dan straight to the point Zue ni,which is kalo dia tak suka sesuatu/seseorang,dia akan bagitau straight aje,tak tapis-tapis dah ^,~Tapi kadang-kadang aku rasa bagus jugak sifat tu,at least takde main kutuk kat belakang bagai.Oh dan dia roommate Emy.Overall,aku suka kawan ngan Zue *semua orang kau suka kawan kan ;p*

Dan aku ?Tak mampu jadi sebaik diorang.Lebih baik tu mampu ah.Ehem.Hehe gurau je ;p

Alhamdulillah,glad that Allah’ve sent me a ‘direction’ towards His Jannah,Insyaallah.Tanpa insan-insan yang mulia bergelar SAHABAT nih,aku takkan mampu berdiri as who I am right now.Jazaakumullahukhaira ;) Sahabat-sahabat lain yang takdak lam entri nih,especially TJ’s,tak bermakna aku lupa korang,U guys remain in my heart till the last breath,In Sha Allah.

SayangAllah,SayangRasul,SayangMakAyah,SayangSEMUA !

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Saturday, November 10, 2012

Honeymoon is almost over -_-

Dah lama sangat tak update,rasa macam Parkinson je jari-jemari comel nih .-,-

Sebenarnya takde topik apa sangat pun.Final exam dah habis,cuti sekolah pun dah mula,dan aku pun mula la  
 melepak kat rumah.Makan,tidur,internet,lepas tu makan lagi.Eheh.Itu tipu.Cuti kali ni agak terisi kot,Insyaallah.Mengikut azam yang entah betul atau sekadar menanam gula di tepi gigi.

Tahun depan dah FIVERS ! SPM bakal menghantui tahun depan.So,rela atau paksa,kena jugak rajin-rajin sentuh buku tahun ni.Dengan Al-Quran yang nak kena cover-up juzuk-2 yang belum masyi.Haihhhhh -_- Cuti-2 nih kena rajin jugak pegi tasmi',sebab hajat di hati nak tambahkan dua tiga juzuk lagi,Insyaallah memandangkan lepas SPM nak fly to Jordan,amin.Doa-2 kan moga ada rezeki tuk aku & sahabat-2 yek :)

Yarmouk ,tunggu saya yang hensem nih ! (errrr...)

STAM ? Macam susah la.Tak sanggup nak face,swear.Dengan berbelas-belas subjek Bahasa Arabnya,sungguh la aku ni bukan pandai sangat pun.Taknak fail ! Jadi kita amik langkah paling mudah,berhenti sebelum mencuba.Hewhew :3

Macam tak percaya tahun honeymoon dah berakhir.


Allah,jaga imanku selalu,especially time cuti nih . Ahhhhhh ! >.<
Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Saturday, August 4, 2012

Edisi Ramadhan-Perlukah eksaited terlebih?

Hey dear peeps ;)

Salam Ramadhan ke-15 yek ;D "Pemalas tahap Keluangman punya owner,dah tengah-2 bulan macam ni baru nak hapdet.-,-"   Hey korang,ce husnuzon gok sekali.Kot dia busy ke ape kan?*ceh ceh konon >__<*



Di sini saya sertakan soalan-2 top bulan ini :

1."Baju raya berapa pasang?"
2."Biskut raya dah buat?"
3."Kad raya dah pos?"
4."Langsir rumah dah tukar?"
dan scroll down.scroll down....

Oh Muslim berdarah Malaysia,belum 10 malam terakhir pun,dah sibuk-sibuk nak raya.Pahala Ramadhan dah cukup perfect ke?"Jangan risau,tahun depan masih ada!" Pergh,jawapan yakin macam iklan Sunsilk.Kalau ditakdirkan ini Ramadhan terakhir kita macam mana?Nauzubillah.

"Weh yang kau duk emo-emo ni kenapa?Macam la kau tak prepare untuk raya langsung kan?!;P"

Eh menipu la kalau cakap tak prepare langsung kan.Cuma,point ceq sekarang ialah,janganlah kita menjadikan Raya itu sebagai fokus utama.Sibuk shopping,sibuk itu,sibuk ini,tapi kita tak sibukkan diri langsung pun dengan ibadah,terutama dalam mencari malam LailatulQadr.Sedangkan,Ramadhan itu yang lebih penting,dan Syawal pulak sebagai bulan kemenangan kita menahan diri & melawan nafsu.Yang kita Ramadhan tak seberapa tapi Syawal lebih-2 ni ape cerr? -,-

Kesimpulannya,selamat bersahur.Eh bukan.Kesimpulannya,jom la kita sama-2 tingkatkan kualiti & kuantiti amalan agar memperoleh syurga Ramadhan,Insyaallah ;D Tak salah pun nak 'Yayy Raya Raya is coming !' bagai,nak main mercun sampai bom rumah sebelah ke apa,janji kita tak lupa dengan Ramadhan.Bulan tarbiyah,bulan mendidik diri menjadi lebih baik supaya kita boleh amalkan di bulan-2 yang lain pula.

-Juga untuk ingatkan diri yg pelupa nih- Thanks for reading,salam wa adios ;) Nak sahur maa~ (^__~)
Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)