'>

Thursday, January 12, 2017

Sudah matangkah orang itu?


     Betul la kot orang kata usia itu mematangkan-- walaupun kadang-kadang kematangan tak boleh diukur pada usia. Tapi bila tengok balik, I think I've learnt so much throughout these years. Tak la banyak sangat, tapi mampu la kot merubah seorang Alya yang huha huha kepada yang sedikir kurang huhanya (at least berbanding dulu haha). Dari pemikiran yang macam tu jadi macam ni, Dari cengeng dan terlebih lembut hati menjadi lebih belajar mengawal emosi. Dari matlamat dekat dekat sahaja, sekarang dah setting matlamat lebih utama dan belajar menyusun prioriti mengikut masa. Dari gaya penulisan yang penuh kebatakan menjadi em ada la bunyi kakak-kakak sikit cehceh haha. Dan ada la lagi perubahan lain, positif memang ada tapi negatif pun tak kurang banyaknya huhu.

   Sekarang kalau tengok junior yang huha huha, kadang-kadang senyum sensorang. Punya la rasa aura tua final year tu kan. It feels like.. I used to be like them. Pernah senakal itu. Sebollah itu, Pernah buat dan rasa macam tu bahkan lebih dari tu memandangkan perangai kami satu batch memang susah nak dihadam kepelikkan dan kejenayahannya haha. Tapi bak kata Cikgu Zanariah kat adik-adik, "Awak tengok abang kakak awak yang SPM 2013 tu, perangai nakal tapi result terbaik". GILA TAK BANGGA? Hahaha. Em tapi nak bangga sangat pun tak boleh sebab saya tak straight A's pun haha :( Math & B. Arab kecundang B+ sahaja, mungkin sebab banyak dosa eh.

   Ehem, berbalik kepada topik awal perenggan, Sebenarnya bersyukur sebab pernah ada fasa jahiliyah (sekarang pun masih jahil, doakan) & pengalaman-pengalaman buat salah sebab sedikit sebanyak boleh belajar untuk memahami ragam manusia, jiwa remaja. Kalau agak-agak tengok junior buat salah jadi nak pandang dengan muka kerek tu, teringat balik zaman nakal diri sendiri pun ada lagi teruk dari tu. Siap kalau junior cerita kisah diorang terus jadi rinduuuuu. Time depa cerita masalah, mintak nasihat ke apa tu boleh la sikit-sikit buat sesi sharing moment based on pengalaman ciput kan. Dan bersyukur pernah buat salah, sebab melalui semua tu saya belajar dan Allah susun cantik-cantik jalan hidup yang tak pernah disangka. Bersyukur pernah buat nakal, sebab memori itu yang dikenang sampai tua mereput nanti, kang kalau nerd je takde benda pulak nak throwback dalam group Wasap kelas haha. Bertahun dah tamat zaman kegemilangan tapi tak habis throwback sambil masing-masing "Wakpe kita gitu dulu? Dok matured langsung Hahahaha". Ayat cliche la tu. Buat-buat persoalkan perangai bingai sendiri, menyampahnya haha. 

   I guess we're all a bit grown up now Alhamdulillah. Tak la matang mana pun tapi em ada la sikit-sikit sel otak yang baru berhubung. Just.. Tak mintak banyak, mintak doakan saya je tau :)
   

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

No comments: