'>

Monday, March 27, 2017

The Final Days (PART II)

Sambung entri sebelum ni :

That was the first day. And for the rest of it.. Mula membiasakan diri dan bersyukur dengan apa yang ada. Was’nt that bad tho, best je cuma sebab dah biasa selesa maka kami jadi manja *dush dush💣*. Here’s a random list of what we’ve done there (12 hari rasa lama gila seriesli) :

  1.        DEMAM

Bermula dengan Lamiey yang demam panas sampai kena masuk air dalam badan dan extend dua paper, juga Ziyad yang demam & batuk teruk extend Syafawi. Lalu rantaian ukhuwwah jom-sakit-bersama-kami ni bersambung pula dengan Zue, Eby, saya dan semua banat IQT kecuali Kak Sanah & Fidah je tak silap. Allahu memang ujian betul huhu siap ada yang ingat kami batuk saja buat lawak. EXCUSE US APA TAK CUKUP REAL KE BATUK TU😓


2.  KAFE
Kat DQ ada 3 kafe: Kafe Pentadbiran, Kafe Dona (Banin) & Kafe Doni (Banat). Ke tertukar eh aku pun konfius haha. Harga standard je. Lepas bergilir buat show Jalan-Jalan Cari Makan kat 3 kafe tu selama beberapa hari, baru tau rupanya Banat takleh redah kafe Banin dan Banat DQ selalunya jarang jejak kafe malam-malam. Kami bebudak MTQN je sesedap sirap asal lapar je “Jom makan kat kafe” tak kira siang malam. Patut orang asyik tengok muka pelik, langgar peraturan tak bertulis rupanya. Halahh tumpang makan je pun bukan bayar pakai biasiswa dia haha 😝


3. TASIK
I’ve been there, lepak tepi tasik berapa kali pun tak ingat dah siap buat live lols. Cantik la, besar wui tasik dia. Nak buat port mengaji pun best, dekat dengan masjid. And we held our #SaofhaqFinalMeeting masa petang terakhir kat sana. Sesi photoshoot siap pakai baju batch lagi, and we also did our second Mannequin (The first one masa #SaofhaqDayOut). Rinduuu


4   IMTIHAN
Macam jadual yang saya post dalam entry sebelum ni, paper kami tak banyak. Duk lama sebenarnya sebab ada gap lama sebelum Tasfiyah. Maka, jadi pereput sejati sepanjang 4 hari tu huhu. Paper Tahriri Quran & last paper- Tarikh Qura’ & Tarikh Mashaf duk dalam dewan besaq yang mula-mula serius blur nak duduk mana. Sebab aci duduk je ikut syukbah dan line selang banin banat supaya tak meniru 😩 Sehah punya rezeki, time Tahriri sebelah dia banin DQ yang masyi & tak kedekut, baik hati tanpa diminta tolong baca kuat-kuat. “Aaaaa dok acinya Sehahhhhh😭”, jerit 10 banat lain termasuk saya haha.

Syafawi … Soalan dia MashaAllah, susah uii. Kecoh group DQ-MTQN dengan seruan-seruan “Marhaban Ya Tasfiyah” haha. Kami IQT pecah ke 3 bilik panel, giliran ikut nama. Dan dah menjadi habit kami sejak sem 1- bila sorang siap, semua kalut gi serbu tanya ”Kena soalan mende tadi?”. Kak Sanah & Syauqi (giliran first) dapat soalan senang je, sampai turn seterusnya terus ramai nangis haha. Tapi Alhamdulillah Ustaz Karmizi baik sangat (walaupun muka syadid), layan je patploh belas kali rayuan tukar soalan saya diikuti dengan “Saya lulus dok Ustaz?😰” di penghujung sesi. Nasib baik tak kena penampo, annoying gila budak ni dah la takleh jawab haha. Khamis tu keluar list nama Tasfiyah & berkat doa semua dan murah hati Ustaz, Alhamdulillah saya dan separuh lagi sahabat tak kena. Tapi sangat kagum dan rasa amazed tengok usaha sahabat-sahabat lain yang Tasfiyah masa hari-hari saya mereput tu. Beruntung, Allah pilih untuk lebih dekat dengan Quran. Qiraat Amali Alhamdulillah okay la, last minute tak tido hafal matan walaupun demam kira worth it, gagap itu biasa haha.

5.                 5. NOVEL USTAZ
Ustaz Ibrahim salah seorang Mumtahin yang pernah datang ke IQT masa semester berapa pun tak ingat, tapi sentiasa menjadi faveret student sebab baik sangat, Syafawi semua lulus kalau dengan beliau hihi. Bila jumpa kat kafe, terus kami eksaited dan macam biasa ajak sembang & bergambar. Ustaz semangat ajak gi bilik Ustaz, jadi satu hari tu kami (Zue, Sehah, Fidah, Saya) mewakili semua pergi la jumpa Ustaz, mintak taujihat sebelum balik. Alhamdulillah banyak Ustaz pesan, antara yang saya paling ingat “Kamu lepas ni jangan tinggal mengulang, jaga Quran. Sekurang-kurangnya bila grad tu kamu ada 20 juzuk, bukan ingat surah Ad-Dhuha je. Baru la rasa berbaloi terima sijil Diploma, ada benda yang kamu dapat”. Tudiaaaa sentap baqhang.😫

Dan... Novel Ustaz? Tu kisah macam mana beliau kawen dengan isteri beliau haha. Panjang & best yang amat, one fine day I’ll write about it inshaAllah. Kalau rajin ah. Update blog pun malas, ada hati nak tulis novel puiii

           6.  SMUTEM
Lupa SMUTEM tu stands for apa, tapi setiap tahun ada taklimat ni lepas final untuk student JAKIM semester 6, explain pasal nak sambung belajar & Skim Pembiayaan Huffaz. Dengan bayaran RM20+RM30 untuk Universiti Awam (UA), universiti luar tak ingat berapa, SMUTEM akan bantu dalam a few important things untuk sape yang berminat mendaftar. Most of us do. Dan hari-hari terakhir itu menjadi semak dengan dilemma “Lepas ni nak sambung mana?”.

           7. TAARUF
Bilik kat DQ banyak, aras pun pening. Bilik paling dekat dengan kami cuma INSPI (geng Ganu) je, MTQ negeri lain – Kedah, Sarawak, Melaka etc etc tu semua jauh sikit. Maka, menjadi satu kemalasan bagi kami nak ketuk pintu bilik depa ajak sembang. So, taaruf pun bila terserempak or duk sebelah je la. Tanya nama, DQ/MTQN mana, sembang sikit pastu lupa dah muka sebab ramai sangat. Saya lettew haha. Tak sempat nak berukhuwwah mana pun kat sana, masing-masing sibuk ngulang & study maka automatik jadi assobiyah sikit :3 Tapi Banin bagus la, meriah group diorang duk sembang, lepak sesama campur DQ-MTQN macam dah lama kenal.

8.                8. JODOH BERTEMU DI TASIK DQ
Amboi point takleh blah. Maka memandangkan masing-masing dah habis sem 6 dan rasa masuk fasa layak kawen, terselit juga aktiviti usha budak MTQN lain yang dijalankan oleh segelintir student kerana mungkin rasa berpeluang cerah jumpa jodoh lain negeri lol. Banin kami sangat protective dan jawab “Ahhh takdok takdok, banat sep aku semua berpunya doh” bila orang tanya tapi yang kelakarnya siap cerita “Femes weh banat IQT sini, orang kenal blabla. Bangga rasa Banin.” Sebab apa bangga pun aku taktau haha😅

           9. CLASS TRIP
Masa hari-hari mereput tu tak sabar betul nak balik tapi last day tu rasa sayu je, sayang nak tinggal DQ. Sebenarnya, sayang nak habis Diploma. Sayang nak berpisah dengan semua. Dannn sebelum bertolak balik, kami ke KL kejap round Time Square. Comel je ramai-ramai ikut Eby &Asiah naik monorel apa semua macam anak ayam hahaha masing-masing jakun. Nasib baik ada budak Keyellll. Sampai TS, makan pastu berpecah. Ada yang gi main bowling, theme park, tengok movie, window shopping camtu la dan gather semula masa nak balik. Naufal sanggup drive dari jauh semata-mata nak join sekali sebab this might be the last time boleh gather ramai-ramai. Masa kat DQ pun dia datang jumpa semua, bawak goreng pisang bagi moral support haha 😊💪

Sesi drama air mata bermula bila mana Asiah & Eby dah tak ikut naik bas sekali balik Ganu, jadi kami berpisah kat situ. Naik bas terus kena bahan sebab nanges. Kuaja. But it’s a good thing cs I didn’t cry for long sebab diorang buat lawak.

           10. MEREMPAT
Alhamdulillah selamat sampai IQT pukul 1.30 pagi camtu, setelah berjam-jam layan perasaan & sembang dalam bas yang tak semeriah masa otw pergi. Bila sampai terpaksa merempat tumpang tido rumah adik-adik (our ex-rumah sewa huhu) dan saya terpaksa stay lama sikit sebab Umi Baba gi KL, takde orang kat rumah. But a BIG thanks to adik-adik (Sumayyah, Aisyah, Rahmah, Tasnim, Baiti, Maryam, Muja, Syahida, Pqah, Kimie, Syu) for being awesome companies walaupun mula-mula Kakya segan gila sebab sensorang. But they treated me so well & kelakar yang amat 😂 I had such a nice moment tho, siang tu pun ada Lamiey, Fidah, Kyrah, Coki, Timoh & Kakyan sama-sama isi borang & bergambaq. So I can simply say that my last day in IQT ended so well.


Special thanks to Arina, mangsa orientasi kami seminggu kat IQT yang sambut kami spesel kawkaw dari first day kat DQ sampai kami naik bas balik. Not to forget Nisreen Comey, Ainaa Athirah, Ayie of MTQ Perlis, juga sahabat-sahabat DQ & MTQN lain walaupun tak sempat kenal semua-- for helping us a lot sepanjang kat situ. Jazakumullahukhair. Moga kejayaan milik kita semua, inshaAllah 😇💓 Lepas ni dah bawak haluan masing-masing. Fihifzillah guys!



Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

No comments: