'>

Monday, March 27, 2017

The Final Days (PART I)

So today I finally got courage and time, of course, to start writing again eventho I couldn’t post everything on time since the internet didn't work so well. But I’m just gonna write up everything I could remember. Before I start, let’s make it clear that I’m not writing for anyone but myself, as these are the moments I would like to treasure and people I decided not to forget. So, I’m terribly sorry if this blog is not worth reading to you hee 😁

Be prepared for a major throwback, 12 DAYS OF FINAL EXAM in Darul Quran. Now.. How should I start? Dari minggu terakhir di Institut al-Quran Terengganu yang dipenuhi dengan aktiviti kalut nak jilid tesis ey? Haha. Masa tu la masing-masing baru nak mintak tolong member betulkan format (1 tesis mewakili 4 orang penulis kat laman rumah sewa hahaha), berebut turn guna printer yang masa nak print tu margin apa semua macam harem punya menyusahkan, kertas A4 tak cukup dan sebagainya. ‘Abang Jilid’ was such a big helper dan sangat penyabar tunggu kami banin banat yang berperangai tenuk last minit ni kat luar pagar haha. Btw tesis saya tajuknya "Kemahiran Pengucapan Awam dalam Kalangan Huffaz : Suatu Kajian di IQT". Ironinya penulis juga tidak mahir berucap, tajuk acah rare sahaja hahaha.

Dalam minggu tu jugak kami banat sem 6 kena pack semua barang untuk pindah keluar dari rumah sewa sebab junior nak masuk, and it was totally distracting dan masa tu rasa mengulang & study memang ntah ke mana. Langsung takde gaya orang nak final lagi seminggu. Soalan “Mesti awak ngulang banyok doh kan?” hari-hari menusuk dan berulang. Kalau nak didescribe betapa hecticnya, memang pehh tapi sempat lagi buat ig story & live dan asal buat pape je diikuti dengan ayat sedih “Ngelast doh :’)”. Haha konon sangat. Dan.. minggu tu tiba-tiba dapat pesanan senior lepas supaya fotostat dan cop sijil untuk dibawa ke DQ. LIKE WHAT? 😱 Maceh kak wakpe dok kabo tahun depan je huhu :’) Maka keserabutan sedia ada ditambah lagi.. and end up those were’nt even nessecary… haha takpe la kami redha je. And every single day masa minggu terakhir tu dicherish sehabis baik walaupun terasa laju je masa.

Dan finally Jumaat ituuu, Alhamdulillah kami selamat bertolak ke DQ Kuala Kubu. Pagi tu breakfast terakhir kat Demak, nasi lemak warna hijau (Mok kata sempena perpisahan haha) dan I had to rush for Ustaz Siff’s tandatangan on my thesis bcs he insisted me to come meeting him early that morning, katanya kalau saya sign sendiri jadi HUDUH. Like seriously Ustaz?? Saya ada bakat tiru tandatangan warden kot dulu?? Ok em kadang-kadang je bila desperate haha. Dan.. akhirnya kami 19 orang Saofhaq bersama Pokyie, Poklan & sepasukan junior sokongan khas, Zaky &  Suhail (haha😂) selamat naik bas ke DQ. If you guys read this, terima kasih for the moral support, kami sangat sangat hargai. Tak terkecuali sokongan Ustaz Khairul & Ustaz Siff, adik-adik banat kat asrama yang sanggup datang rumah sewa ucap goodluck, mengorbankan aktiviti syahid penuh kekhusyukan pagi Jumaat dan segala doa & ucapan insan-insan kejauhan cehceh. Keluarga, pensyarah, senior junior, sahabat, mok & pok sapu, mok demak, staff IQT, every single person that has ever made du’a for us, wallahi we really appreciate them 💖

I don’t remember how many hours exactly we spent on the bus, tapi ingat la segala perangai yang tak semenggah tu haha. Biasa la, tiap kali stress & nervous exam memang dah paham masing-masing keluar perangai monyet. Especially dengan kemahiran banat berebut, dapat la kami privasi yang begitu nikmatttt di belakang haha. Until… we reached Darul Quran. Masa tu berdebar ada, nak nanges pun ada. 

Dalam mood yang masih blur dasyat di tempat baru, terpaksa meredah hujan angkat beg dan jalan straight ke dewan untuk dengar taklimat dengan budak-budak MTQN lain. Kami antara yang paling lambat sampai Darul Quran. The only thing I clearly remember was masa Ustaz Disiplin tu tanya setiap MTQN, “Kamu berapa orang?” & “Datang naik apa?”. MTQN lain jawab “Naik bas” je. Tapi bila ustaz tu tanya “IQT datang naik apa?”, kami dengan bangga & selambanya jawab “BAS POKLANGG !!” pastu sakan orang gelak haha. Bangga oke sebut nama driver, lejen uuuuuu 😎 Dah habis tu, masuk bilik on the 3rd floor. Sebilik 4 orang, katil double decker kipas kecik satu. Tandas & shower room dia banyak tapi so so lah, masalah paip apa semua. Maka, hari tersebut dihabiskan dengan merungut dan membandingkan keselesaan dengan IQT. Typical students yang tak bersyukur, kami lettew huhu.

Bersambung..... Acahnya.

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

No comments: