'>

Sunday, April 30, 2017

Hujung April.

Things’ve been better now, Alhamdulillah. Getting used to the daily routine of being a tajah, mungkin dah kira agak well-adapted dalam banyak benda selama sebulan ni- kecuali kepenatan melampau lepas balik kerja. Itu memang buat masa sekarang takleh nak hadam lagi. Sekarang baru tau yang cikgu-cikgu berganda-ganda feeling seronoknya bila cuti sekolah than kids do.๐Ÿ˜

But I’m always thankful that I got to work, when some of my friends mengeluh sebab terpaksa mereput lama kat rumah. Rezeki. Bersyukur untuk setiap detik dan pengalaman.

Sekarang kalau weekend hari Sabtu ada benda baru. Kalau sebelum ni asyik ada program sekolah, sekarang program sendiri pulak which is tengtengteng – buat lesen kereta๐Ÿš—. Orang tua-tua kata better late than never eheh walaupun agak aneh bila umur 21 dok pandai drive pastu asyik menyusahkan orang lain bila nak gi mana-mana haha sory Umi Baba dan lain-lainnyaaa. Doakan saya lulus semua test supaya tak hangus reratuih pula๐Ÿ˜–

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Thursday, April 13, 2017

Confessions


Mungkin bila dah habis satu fasa, kebanyakan orang rasa it's time to move a little forward dalam hal jodoh. Confessions, fasa untuk cop pilihan hati walaupun the exact waktu untuk settle down tu belum benar-benar pasti. At least it's worth it of gagal selepas mencuba daripada terlepas menganga, something like that.
It’s sweet to know that there’s other people silently dedicating du’as for you without you knowing, it's nice that someone cares, it's good that you're surrounded by orang baik-baik BUT when your heart decides not to feel the same way, your mind tells you that you’re a jerk. You're going to feel so bad bout that but neither you nor me has ever wanted to be a heartbreaker. Tapi dalam hidup kita, sentiasa perlu untuk membuat pilihan. Dan amat perlu untuk menghadirkan Allah dalam pilihan.


Bila dah semakin meningkat umur ni, dalam kepala timbul ayat "Pada awalnya, semua orang berbangga dengan pilihan masing-masing. Namun, tak semua mampu bertahan dengan pilihan tersebut hingga ke akhirnya."

Is it wrong, to doubt that feelings really last long? Kalau betul orang suka, persoalannya sampai bila?

Kata Ibrahim al-Khawwash;

"Jangan memaksa diri untuk mencapai apa yang telah dijamin dan jangan mensia-siakan (mengabaikan) apa yang telah diamanahkan kepadamu."


Everything is all set, Allah akan susun semua dengan cara yang tepat, orang yang tepat dan masa yang tepat, wouldn't He? Jodoh, rezeki dan sewaktu dengannya tu bukan benda yang perlu dibingungkan sebab segalanya Allah akan bantu selesaikan, dan dalam usia sekarang, prioriti-prioriti lain masih di depan. Untuk diri sendiri yang masih belum matang ni, usaha hanya sebatas doa dan menjadi yang terbaik untuk semua. Tak ke?

Tapi tak sesekali aku nak kata cop awal tu salah, confess tu wrong step. Bukan. Sebab lain orang lain cara berfikir, kita yang mengenali diri kita sendiri macam mana. Kalau yakin keputusan yang kita buat tu betul, go on  je. Dan little by little saya sendiri semakin mengenali diri saya macam mana, semakin jelas apa yang nak dicapai dalam hidup. Maka, for now it just turns out to be.. not (yet) my thing anymore?๐Ÿ˜Š











MashaAllah hasutan syaitan hindustan mana pulak ni wehh ๐Ÿ˜‚ For some reasons I just feel the need to write this on blog walaupun terasa macam hilang macho & awkward yang amat, lek ah first and last la ni InshaAllah hahaha ok geraklu

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Wednesday, April 12, 2017

Suara tolong buat comeback

Alhamdulillah hampir dua minggu dah berlalu dengan laju yang amat, berjaya tak berjaya pun kira setakat ni mampu bertahan lagi la. Walaupun penat sangatttt dan dah seminggu lebih suara serak yang tak surut sejak hari ketiga, makin teruk lagi ada sebab dah serak pun tetap kena jerit-jerit jugak bila namanya cikgu. Mengajar pulak kelas hujung yang MashaAllah bising dia tahap taska. Kalau tak jerit maunya tenggelam suara tajah. Nak menangis pun ada kadang-kadang, nikmat suara Allah tarik kejap baru ni bukan main perit. Belum nikmat bernafas lagi huhu okay insaf jap.

Mana taknya, Jadual 3 Tholhah pukul 8.00 pagi sampai 1.30 tengahari tu dibahagi berdua je dengan Kak Farwah, jadual pulak tak stabil. Ada hari yang kelas kami sama banyak, ada yang kelas dia sikit sampai 3 masa je sehari tapi saya banyak and vice versa. Kot bosan jugak la bebudak tu tengok muka kitorang, 14 subjek cikgu sama je keluar masuk haha :’) Dah la halaqah Quran 2.30-4.30 petang tu tajah sorang ni jugak yang hadap kelas depa. Dua tiga hari awal tu depa gerun lagi, tapi dah lama sikit haa start dah buat perangai nak kena campak luar tingkap. Hingaq macam pasaq. Pulak tajah ni bila dah takde suara, slow down la sikit. Nasib baik ramai je volunteer tolong jadi speaker tajah siap back up “WOII DIAM AH SIAN USTAZAH TAKDOK SUARA DOH SEBAB MU BISING SANGAT!” haha comel betul walaupun kadang-kadang dia sama je bising.

Tapi yang pandai & rajin belajar takyah diketuk banyak kali ada je. Nasa’i, Nuruddin, Izzati. Yang lain tu most of the time masuk kategori menyembang yang sekali ketuk sekali buat, atau geng “Tak bawak buku” pastu bila paksa cari dalam beg tetiba magik pulak boleh jumpa, padahal tak pandai baca nama subjek kat buku pastu malas menulis lol. Cuma boleh dikatakan majoritinya memang buat setiap kerja yang tajah bagi, tapi effort tajah kena gigih la nak ketuk banyak kali, diorang kalau menulis memang slow. Kena cari inisiatif lain macam offer gula-gula kalau siap awal, tak siap takleh rehat, rampas/campak mainan diorang luar tingkap dan sebagainya. Tapi yang cutenya diorang rajin kalau suruh tasmik/mengaji dengan tajah ^^ (sebab boleh makan madu & kismis kehkeh) . Banyak karenah betul 3 Tholhah, sebab tu dalam geram tu serius tajah sayang.

Tahap kegarangan saya rasanya dah sampai tahap medium (okay la tu newbie) keje asyik jerit & libas meja depa dengan bulu ayam besi tu je. Tapi diorang tetap cakap banyak kali - suka ustazah Alya masuk sebab garang sikit tapi baik hohoho terhawu๐Ÿ˜†. ‘Baik’ la nak dibandingkan dengan asatizah senior lain, power woi asal cakap nak mengamuk je bunyi. Kagum, dengan aku sekali gentarrr campur kesian haha. Entah la, diri sendiri tak sampai hati nak kasar sangat sebab depa budak lagi, baya adik saya je. Harith pun slow learner so boleh paham la. Emosi sesetengah dari diorang macam belum matang sesuai umur, kejap-kejap mengamuk bergaduh pastu nanges tak tentu hala. Ada time yang kita perlu pujuk & puji, bukan marah je semedang. Lagipun masa praktikal I tajah pra asyik kawan dengan bebudak je, tak biasa tinggi suara :3 (fail betul cikgu ceni) Apapun setakat ni inshaAllah boleh sabar lagi, geram tu memang tapi biasa la bebudak dan diorang tak pernah masuk kategori kuaja & menjawab dengan tajah. BERANI NOK BUAT GITUUUU? haha

I love kids so much, but at some points I don’t think like I was really born to be a teacher, especially tajah sekolah rendah yang memerlukan suara petir & kegarangan tahap dasat untuk buat the whole class totally in control. Tapi tamau give up lagi, awal sangat nak downkan diri sendiri. InshaAllah berbaki few months ni I’ll try my best, kemon lah Alya hang bukan amik course perguruan pun. Kira okay la ni for a newbie with no basic hahaha pujuk hati. Kakak-kakak sana kata biasa la awal-awal pun diorang seminggu dua takde suara, pastu okay la dan suara jadi lebih lantang. Pecah suara orang kata (lol that just sounds so wrong).

Kirim doa untuk saya please! ๐Ÿ˜

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Tuesday, April 4, 2017

Kak Tajah

Nabi kata bila Allah inginkan kebaikan bagi seseorang, Dia menjadikannya faqih dalam agama.

Dan sangat bersyukur kalau itu yang Allah nak bagi sekarang, melalui rezeki sebagai Kak Tajah di Madrasah Darussalam. Balik dari MAIDAM, tetiba Umi drive sampai depan Madrasah dan bagitau dapat keje. Buat surprise la kira sebab beliau tau fon saya mati, maka I had no idea haha comel je Umi. Tekezott yang amat sebab tak expect pun dapat memandangkan iv hari tu rasa hampeh semacam. Otak karat lepas sebulan mereput haha. Tapi betul la rezeki Allah ada di mana-mana.

Bila sampai tu ada lagi sorang akak ni diterima kerja sekali, Kak Farwah dan dia yang dipanggil dulu untuk serahan tugas. Then ada usrah, kagum la ada usrah guru wehh walaupun sebulan sekali je haha. Silibusnya kitab “Membina Fikrah Harakiyyah Islamiyyah” maka saya kembali mendengar istilah-istilah yang dah ditinggal sejak 4 tahun lalu Alhamdulillah uhuhu. Pastu disambung dengan meeting pasal Tamrin Tarbawi minggu depan (serius rasa macam balik zaman MPP je lol).

Tengtengteng


Kalau time praktikal kat SK Padang Midin dulu saya macam alone sadis sangat sebab semua cikgu berusia saya sorang je muda, kat sini Alhamdulillah majoritinya Ustaz & Ustazah muda 20an 30an camtu kecuali a few. Tapi lepas taaruf dalam meeting tu Mudir kata saya adik bongsu huhu. Dan mereka nampak sangat rapat & riuh antara satu sama lain, like how usrah mates should be. Maka rasa sangat lega and hope that I could get along very well too InshaAllah.

Nak ikut gaji, tak expect la tinggi sebab nama pun madrasah. Tapi Baba kata, apa yang penting ialah belajar tentang kehidupan. Belajar menghadapi suasana kerja untuk akan datang. I'm having a few insecurities like macam mana nak kawal kelas memandangkan saya bermasalah dalam bab cakap kuat-kuat, secondnya madrasah tu jauh dan saya tak pandai drive so how can I be on time setiap pagi, also nak ajar benda-benda yang dah tak berapa ingat. Kena study balik. Guru kat situ tak ramai, jadi sorang kena ajar banyak subjek- bukan subjek Diniah & hafazan je, subjek akademik pun. Redah je la nak oi hahaa

Overall, saya bersyukur sebab Allah bagi peluang untuk mengajar dan belajar. And now my cuti is officially over peh malasnyaaaa. Doakan saya!

Jumaat.
31 Mac 2017

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)