'>

Thursday, June 15, 2017

Another story.

Bismillah.
Okay, sekarang jadual dah tukar maka tajah dah jadi cikgu yang normal, yang mengajar banyak kelas tapi sikit subjek. Sirah untuk semua kelas Tahun 1. Sains untuk semua kelas Tahun 3. Hadis untuk semua kelas Tahun 4. Maka setiap hari tu gigih jugak la study sikit untuk tajuk yang nak diajar keesokkannya sebab sebelum ni saya tak mengajar subjek Sirah & Hadis, maka karat-karat kebengapan tu ada. Penat kami cikgu-cikgu MDS semuanya jadi extra bila kelas pun extra (30 masa bersamaan 15 jam seminggu dan setiap kelas tu setengah jam je weh. Sila nanges bawah meja sebab letih gak aaa turun naik tangga keluar masuk kelas especially bulan Ramadhan. 1.30 tak sempat guling-guling atas sejadah lepas Zohor terus kena guide budak Tadarus pulak lols😂)

Tapi yang seronoknya, bila mengajar ramai student tu makin bertambah pengalaman & improve skill mengajar InshaAllah. Dan lebih ramai kenal student (walaupun payah lekat nama). Kalau sebelum ni, memang sehati berdansa dengan anak-anak 3 Tolhah je sebab saya ajar kelas tu je 7 subjek & halaqah Quran petang. Puji, sayang, melawak, bengang, emo, rotan, geram sampai rasa nak nanges, cubit dan segala macam hormone disorder tajah tu memang diorang je hadap. Wallahi banyak ujian kesabaran sepanjang dengan diorang tapi 2 bulan membina keserasian & seminggu tak jumpa (minggu exam) tajah rinduuuu. Sebab dalam kenakalan tak berapa dengar kata tu, bising membingitkan telinga tu, patblas kali kena ulang benda sama tu, menulis & menyalin versi slow motion tu, pensel or buku asyik tak bawak tu, Aidil punya pemalas tahap tak pernah buat keja sekolah tu, Fahmi yang datang sekolah untuk melukis je kekdahnya tu, dan segala tu tu tu yang zahirnya nampak kategori ‘pelajar kelas belakang’, diorang hakikatnya sangatlah innocent. Tak pernah sombong & berkasar dengan guru. Kalau mintak tolong memang berebut. Tak termasuk kecomelan-kecomelan perangai & pertanyaan naïf depa. Dan sebenarnya bukanlah depa tak pandai, tapi antara dua ; Allah bagi lambat faham sedikit atau sebab kuat main. Jenis yang ada struggle untuk pandai pun ramai je.

 Maka, sila bagi sebab untuk tajah tak sayang 😍

That is the perks of teaching anak-anak kecil. Geram or sakit jiwa tahap mana pun kita, memang takkan lama & tak sesekali letak dalam hati sebab kita tau diorang budak lagi. Dan begitu jugak diorang, dalam asyik kena potpet tu pun tetap berlari eksaited bila tajah masuk kelas & buat soalan sedih bila tajah lama tak masuk. Subhanallah bersih betul hati. Kesalahan diorang bila difikir secara rasional, I know they never meant to.

Tak cerdik dalam belajar takpa, asal cerdik dalam akhlak & agama InshaAllah. Doakan tajah jugaJ
Ok await jadi karangan “Kesayanganku 3 Tolhah” pulak ni kbai

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

No comments: