'>

Friday, October 20, 2017

17th October

What is so special about this one specific date sampai jadi title entry?

Jawapan :

Sebab tarikh ni ialah antara tarikh yang aku sangat syukuri. Kepada Allah yang Maha Memberi. Kepada ibu bapa keduanya yang gigih melahirkan dan membesarkan, hingga akhirnya aku dan mereka bertemu dan mencipta kenangan. Walau kini tidak lagi dekat dimata dan sentiasa ada, cukup aku tahu mereka ini sahabat-sahabat yang pernah bersama melakar cerita sejak masih hingusan mengenal dunia hingga saat ini, belum lagi berganjak pergi meski saling mengutus khabar hanya sesekali. 

NUR AIMI SYAHIRAH ANAK PEREMPUAN UNCLE RUSLE,
Mu & Kymah buatkan aku percaya dengan quote persahabatan yang lebih dari 5 tahun InshaAllah kekal selamanya. Kalian buatkan aku percaya, sahabat yang menyayangi kamu seikhlasnya walau arif mengetahui buruk baikmu, menyokong jatuh bangunmu, meraikan bahagiamu dan menangisi kesedihanmu, seikhlasnya mendoakan kebaikan untukmu -- itu wujud. Aku tahu sibuknya kita. Aku tahu kita masing-masing dalam fasa mengejar cita-cita yang kini dasarnya jauh berbeza.

Wallahi aku hargai setiap Raya mu tak pernah miss ziarah rumah aku semata-mata nak jumpa muka-ke-muka. Semata-mata nak lepas rindu sebab social media tak cukup real feelingnya, Aku hargai almost setiap hari effort mu & Kymah sembang macam-macam dalam group supaya tak hambar & terkubur bawak diri je kekdahnya, walaupun kengkadang ada time kita bertiga bergilir respon lambat sebab jadual hidup tak sama. Walaupun mu dari dulu lampi sikit hahahahaha tapi jadi kelakor sebab mu gelak tak ingat dunia pastu baru tanya "Eh ce cerita mula, aku dok paham hahahaha"😆 Memang kalau ada mu tak pernah tak riuh entah hape.

Serius aku memang sayang mu Mey. Semoga kuat menghadapi dunia mendatang, buat saham pahala banyak-banyak jadi nurse tu, jadi anak sulung yang bertambah solehah (sebab sekarang dah solehah Alhamdulillah) dannnnn berjaya dunia akhirat inshaAllah. Stay bright & cumils, Emy. Noted that me & Kymah love you so much, lebih dari Am kahkah

SITI ASIAH BT SALEH
I've always wanted a younger sis (kat rumah ada dua baby sis. 11 & 13 tahun beza umur maka tidak memenuhi syarat teman bergosip sebab bila bergaduh sikit tetiba mendapat ugutan-nak-pecahkan-rahsia) jadi di hostel saya suka berkawan rapat dengan junior-junior dan Dikyah ialah yang paling paling rapat eversince bergelar #lerumet tahun 2015. She may seems cold on the outside tapi yang rapat memang tahu betapa manjanya seorang Asiah Saleh yang really brings out the 'kakak' part in me cehceh, memang rasa la dia ni adik yang perlu dibuli dan dinafikan pengakuan sayang hahaha just because it's amusing to see her being annoyed (by me only, orang lain takleh sakitkan hati Dikyah saya oke)

Dan sekarang dia dah jauh nun di bumi padang pasir sana. I know she's growing up and adapting well despite the lil things she's been complaining to me. Sebab dalam manja bongsu dia tu, jujur aku kata dia seorang yang berdikari. Sometimes bila contact we need more time to catch up about each other sebab lama tak jumpa & jarang kongsi cerita, ramai watak-watak baru yang asing bagi aku dalam hidup dia, yang tidak lagi aku ketahui nama dan karakter mereka. Jujur awal-awal dulu rasa macam left out la sikit dari hidup dia sebab cam dia ada ramai kakak baruuuuuu haha tapi kami dah biasa pun dengan ayat gurau "Untung laaa ada kakak baru" "Untung laa ramai adik" "Nok wat ganee orang tu ada rumet baru" dan blabla.

But by this time I hope she always remember how special she is, as an adik and my best ex-roommate. Tak kira walau berapa ketul rumet aku jumpa in the future.

Sayang dua-dua, sungguh tak tipu. Semoga di syurga kita bertemu.💗
Last but not least, HAPPY BIRTHDAY both of you pipi pau pipi londeh, moga Allah merahmati umur kalian. Thanks and sorry for everything. Saje je wish "HB" sepatah dengan gambar pensel tu sebab comel kan wish aku tu korang paling ingat hahahahahahaha


Dua-dua wasap kata takleh terima aku wish cemtu je. Nampak tak gais selama ni I sweet orangnya hahahaha okbai


Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

No comments: