'>

Monday, October 9, 2017

Kenapa saya memilih kos Pengajian Quran Sunnah (Qiraat)?

Usah tertipu dengan tajuk yang bunyinya seakan-akan ilmiah tersebut. La ni sebenarnya nak pikiaq dan muhasabah je seposen dua kohkoh.
Saya sempat belajar STAM tiga empat bulan dan Qiraat ialah salah satu madah (subjek) yang saya kira okay la sebab Sheikh Muhammad Fathi ajar memang mudah nak faham. Tapi disebabkan jiwa saya memang tak boleh go on dengan STAM, kurang minat B.Arab makanya berbelas-belas subjek tersebut saya tak minat dan tak betul-betul hadam. Eheh marilah sama-sama mengecam kebengapan saya di masa lalu. 
Takdir Allah baik-baik belaka, cita-cita asal saya menjadi Pakar Bahasa lalu saya dapat tawaran ke Asasi Bahasa Inggeris UIA but of course I couldnt accept atas impian ibu bapa nak anak jadi Hafizah ehem dan diri sendiri pun rasa rugi juga kalau tinggal pengajian bidang agama. So honestly it did'nt break my heart bila tak dapat pergi sebab isi UPU pun sebenarnya sesaja je, tu pun sehari sebelum tutup baru mintak Echey isikan 😂 Dan sekali lagi Allah menyusun jalan, saya masuk ke Diploma Tahfiz Wal Qiraat under Darul Quran JAKIM, bertempat di IQT. One of the things that I'm always thankful for. Antara sebabnya ialah boleh start over dengan Quran dan boleh lari dari STAM muehehe.
"MUDAH KE BELAJAR DIPLOMA QIRAAT? BEST KE? BELAJAR PASAL APA?"
We used to hear those questions quite a lot masa zaman Diploma terutamanya daripada adik-adik Syahadah yang minat nak sambung bidang ni. Kalau nak habaq belajar pasal apa tu memang berjela la nak explain, tapi mudah ceritanya ialah pasal Imam-Imam Qiraat 10, cara bacaan, syarah matan. Itu untuk madah Qiraat, madah lain banyak lagi la mengikut semester. Bagi saya, mudah dan best ke tak tu atas minat masing-masing. As for me Alhamdulillah sebenarnya tak susah nak score tapi takde la kacang pun (sebab pesen suka study last minute sehari sebelum exam hahaha). Macam biasa, hang tak study makanya hang memilih untuk menjadi bingai😌 Qiraat bukanlah subjek favourite saya, beshe beshe je jadi takde pun menyimpan cita-cita nak sambung Degree dalam bidang Qiraat. Kalau orang tanya lepas ni nak sambung kos apa, konfem saya jawab "Quran Sunnah, InshaAllah". Kalau ada member yang kata nak pursue dalam Qiraat tu kami macam "Weh serius ah?". Pun taktau kenapa menyombong sangat kami dengan Qiraat ni ha hahaha
Tapi itu la orang kata selalunya apa yang kita duk kata takmau tu la Allah uji😆 Unisza punya Pengajian Quran Sunnah sekali dengan pengkhususan Qiraat. Tapi setakat masuk minggu ketiga belajar ni Alhamdulillah boleh go on especially sebab Sheikh Muhammad Fathi berhijrah ke UniSZa dan ajar kami 3 subjek. Beza now and then ialah sekarang kami belajar tentang al-Quran & Qiraat dengan lebih detail & mendalam, starting dengan sejarah apa semua. Bila belajar Tajwid pun rasa jahil gila banyak taktau.

"Kenapa kalian perlu tahu semua ni? Kerana kalian takhassus al-Quran." - Itu terjemah ayat Sheikh Muhammad Fathi yang tah kenapa aku rasa sangat deep. Ya, orang yang hafal Quran, belajar dalam bidang Quran, nak jadi ahlul Quran perlu betul-betul kenal dan tahu sejarah al-Quran. Perlu hadam ilmu dan cara pembacaan al-Quran. Tahu apa itu Qiraat. Perlu jadikan ilmu Quran sebagai keutamaan.
Niat kita belajar ialah untuk mengangkat kejahilan dari diri dan orang lain. Kalau masih dengan mentaliti belajar untuk score exam (kutuk diri sendiri ke tu) jawabnya sampai bebila ilmu tak lekat, habis belajar tak mampu nak ajar orang lain Allahu.
Doakan kita yang bergelar tolabul ilmi ni semuanya istiqamah dan dipermudahkan untuk menuntut ilmu dalam bidang masing-masing, InshaAllah :)
#notalutut : Yang syoknya batch AQSA kami 25 orang je, belajar setenang alam dalam kelas tak perlu beramai-ramai macam course lain😁 Cuma tak bestnya second intake course ni saya sorang je so saya terpaksa stick with the title "Budak Baru".

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

3 comments:

Pena Dakwahku said...

Assalamualaikum wbt, blh ke kalau sye nk pm ws utk tnya lebih details psl ijazah sarjana muda kos quran sunnah (qiraat) kt unisza?

Alya Salwa said...

Wasalam, inshaAllah my pleasure. :) is there any way i could reach you to give my number? Email or ig ke?

Ummi Kalsum said...

Salam boleh tak nak wasap personal ? Saya nk tanya