'>

Thursday, January 26, 2017

Lambaian Terakhir Saofhaq #TheLastMomento

A super short update.


Honestly I'm not so into nasyid but I guess this's gonna be my new OST for Saofhaq-Shauqos-Jilul Huffaz momento. 😊💗

Last night was so heartwarming, totally moved by all of the cutesy. Thank you for everything, guys. Forever be keeping this bond inshaAllah.

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Sunday, January 15, 2017

Final Exam.


Maka sebelum ana kembali bertapa di gua, sukalah ana untuk memaklumkan kepada entum sekalian bahawa hari ini ana dah dapat jadual Final Exam ana. InshaAllah tepat mengikut anggaran awal kami yakniii 27 Februari 2017, tapi  semua MTQN akan bertolak awal ke DQ untuk study week. Jangan risau kerana tidak sesekali kami menyimpan cita-cita untuk merealitikan drama pencarian Suami Aku Huffaz MTQN shooting dekat tasik DQ sepanjang tempoh tersebut, memandangkan masing-masing konfem sibuk mereput saja demi mengulang & study huhu. Nampak dah kat situ ciri-ciri insan cemerlang, last minute version belaka haha. Tajdid niat please Alya. Exam ni sebagai penguat semangat untuk dekat dengan Quran sahaja, bukan matlamat utama.


  

                Lihatlah betapa kacaknya jadual exam saya. Gap cantik punya, langsung takda HAHA


Terima kasih group wakil pelajar JAKIM Semester 6 gabungan DQ & MTQN yang ahlinya semua tak kedekut share maklumat & soalan spot (walaupun annoying sangat suka spam masa exam terutama bila syukbah dia habis paper awal & KENAPA SEM 5 BARU TERFIKIR NAK BUAT GROUP haha) dan terima kasih untuk kenalan saya dari MTQ Perlis yang sejak exam Sem 3 kot (Lepas Ihtifal Huffaz) sampai sekarang tak pernah tak share segala spot yang ada, walaupun tak kenal personally & contact betul-betul atas landasan imtihan dan guna konsep cari masa susah sahaja haha.

Tiba-tiba sesi penghargaan kan dah kenapa


Senior pesan "Al-Quran bukan nak kepada orang yang cerdik, tapi kepada orang yang RAJIN". kk geraklu

*Syukbah = Course
*Tasfiyah = Peperiksaan Ulangan

P/S : Motif entri sebenarnya nak mintak doakan je dan mesej tersirat nak bagitau lepas ni mungkin tak update lama. Doakan moga Allah permudahkan kami semua! :) 💓😊


Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Saturday, January 14, 2017

Cita-cita seorang mak sedagha.

I never know how it feels to have an anak sedara, while at this age most of my friends already have at least one. Terpanggil untuk menulis entri ni tiba-tiba sebab baru tadi reply story Instagram kawan ('Amirah 'Afifah) yang kakak dia - Kak Aina selamat melahirkan anak kedua Alhamdulillah. Well yes I'm one of those typical girls who get so excited most of the time when it comes to cute babies or kids, we just can't help it. Fitrah mungkin. (Tapi pada certain situasi terpaksa behave takut orang ingat acah ibu mithali lol mentaliti apakah itu) Maka, sangatlah suka dengar kawan-kawan cerita & tunjuk gambar anak sedara masing-masing, sangatlah laju mengfavourite gambar anak orang yang comel-comel di Instegreng dan gigih juga RT kalau jumpa video budak comel kat Twitter. Yusuf Iskandar, Ajda, Arjuna Bakti, Fiska Medina, Dedobot, Aurora Heyricca, Aaisyah Dhia Rana & Opi are my all-time favourite (click on their names to head up to their Instagram). Dan ada juga anak sedara/adik/anak kawan-kawan Instegreng yang saya admire siap hafal nama tapi kadang-kadang buat diam sebab takut orang ingat saya bercita-cita menjadi Che Ta kelak eh.
Alhamdulillah I have 3 adorable lil siblings at home but they're already growing up so fast :( Paling bongsu pun dah Darjah 1, I feel so old now. InshaAllah soon my sis'll get married, pray that Allah will ease everything and have a cute baby soon :')
Sementara ituuuuu, I am a Cuya to these two anak sepupu yang Allah saja faham betapa susahnya saya menahan kecomelan mereka dan perangai mereka lol. Tapi itulah, jarang boleh jumpa.
Nur Imanillah Zahraa, 4 tahun dengan rambut cendawan goreng. Tapi tahlah gambar baby je ada. Anak Kak Teh yang mulut cokcek dan sentiasa eksaited ajak Cuya main hahaha 💓 #Cumijanganjeles #CumitetapnomborsatudihatiJaroro


Muaz al-Farisi putih selepuk ikut Abe Im & Kak Ida 😭 Boleh kira dengan jari kot berapa kali je Cuya pernah dukung dia seumur hidup huhu


Sebab tu la nak anak sedara. Memang bersyukur dah ada adik tapi feeling dia tak sama sebab dah besar. Menyesal pulak tulis entri takde motif ni tapi takpe la alang-alang dah habis lima nam perenggan kan post je la kbai



Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Thursday, January 12, 2017

Sudah matangkah orang itu?


     Betul la kot orang kata usia itu mematangkan-- walaupun kadang-kadang kematangan tak boleh diukur pada usia. Tapi bila tengok balik, I think I've learnt so much throughout these years. Tak la banyak sangat, tapi mampu la kot mengubah seorang Alya yang huha huha kepada yang sedikit kurang huhanya (at least berbanding dulu haha). Dari pemikiran yang macam tu jadi macam ni, Dari cengeng dan terlebih lembut hati menjadi lebih belajar mengawal emosi. Dari matlamat dekat dekat sahaja, sekarang dah setting matlamat lebih utama dan belajar menyusun prioriti mengikut masa. Dari gaya penulisan yang penuh kebatakan menjadi em ada la bunyi kakak-kakak sikit cehceh haha. Dan ada la lagi perubahan lain, positif memang ada tapi negatif pun tak kurang banyaknya huhu.

   Sekarang kalau tengok junior yang huha huha, kadang-kadang senyum sensorang. Punya la rasa aura tua final year tu kan. It feels like.. I used to be like them. Pernah senakal itu. Sebollah itu, Pernah buat dan rasa macam tu bahkan lebih dari tu memandangkan perangai kami satu batch memang susah nak dihadam kepelikkan dan kejenayahannya haha. Tapi bak kata Cikgu Zanariah kat adik-adik, "Awak tengok abang kakak awak yang SPM 2013 tu, perangai nakal tapi result terbaik". GILA TAK BANGGA? Hahaha. Em tapi nak bangga sangat pun tak boleh sebab saya tak straight A's pun haha :( Math & B. Arab kecundang B+ sahaja, mungkin sebab banyak dosa eh.

Saja tayang zaman kegemilangan hahaha


   Ehem, berbalik kepada topik awal perenggan, Sebenarnya bersyukur sebab pernah ada fasa jahiliyah (sekarang pun masih jahil, doakan) & pengalaman-pengalaman buat salah sebab sedikit sebanyak boleh belajar untuk memahami ragam manusia, jiwa remaja. Kalau agak-agak tengok junior buat salah jadi nak pandang dengan muka kerek tu, teringat balik zaman nakal diri sendiri pun ada lagi teruk dari tu. Siap kalau junior cerita kisah diorang terus jadi rinduuuuu. Time depa cerita masalah, mintak nasihat ke apa tu boleh la sikit-sikit buat sesi sharing moment based on pengalaman ciput kan. Dan bersyukur pernah buat salah, sebab melalui semua tu saya belajar dan Allah susun cantik-cantik jalan hidup yang tak pernah disangka. Bersyukur pernah buat nakal, sebab memori itu yang dikenang sampai tua mereput nanti, kang kalau nerd je takde benda pulak nak throwback dalam group Wasap kelas haha. Bertahun dah tamat zaman kegemilangan tapi tak habis throwback sambil masing-masing "Wakpe kita gitu dulu? Dok matured langsung Hahahaha". Ayat cliche la tu. Buat-buat persoalkan perangai bingai sendiri, menyampahnya haha. 

   I guess we're all a bit grown up now Alhamdulillah. Tak la matang mana pun tapi em ada la sikit-sikit sel otak yang baru berhubung. Just.. Tak mintak banyak, mintak doakan saya je tau :)
   

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

It's me again.

  So I finally have the urge to start updating again, after a few years. Lama sangat fasa beruzlah haa. Most of my old posts telah ditong sampahkan ke dalam draft sebab bila baca balik rasa nak selam diri sendiri, like seriously WHY DID I WROTE SUCH CRAPS? Tahap tak matang tu memang mengundang makian masyarakat betul, lagi ada hati nak berbelog huhu. Okay sikit sikit je kutuk diri sendiri.

  Now Alhamdulillah I’m on my final sem, life’s so hectic with the mini thesis and upcoming final exam next month, tapi tetiba ada rasa nak update blog seposen dua supaya later on bila bertambah umur saya boleh recall balik apa-apa yang dah lupa. Boleh tengok balik diri sendiri camana gaya, apa yang saya dah achieve, perjalanan hidup yang dah jauh bertapak-tapak ke depan (kalau Allah izin). Bila baca balik post-post zaman form 3 dulu, I feel so old for not remembering things. Memandangkan for the time being saya dah tak menulis diary, cuma sekali sekala tulis notes kat henpon atau caption ig & merapu kat Wechat, maka blog ni akan jadi half of an online diary sebab menulis ni memang passion dari kecik dan cara express emotion walaupun tah hape hahaha. Please drop down your expectation dan ambil yang baik-baik saja kalau ada, okay?



  Kejap je rasa dah nak habis belajar kat sini, I will surely miss this place, big time. Sungguh belum sedia lagi nak hadap dunia luar, walaupun nak cepat habis tapi tahu je akan datang dah sah-sah akan rindu tempat ni. Tapi nak buat cemana, kita berjalan dan sampai masa kita akan berhenti. Lepas tu kita akan mula balik dengan perjalanan baru. Pray that I could end this thing well, will ya? Doakan semoga saya & sahabat-sahabat ingat Quran, grad dengan cemerlang. Amin inshaAllah.

See you when I see you! ;)

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)