'>

Friday, January 26, 2018

Jejak Kasih

Bismillahirrahmanirrahim. 
Few days ago, I've done something I've been planning for months (tak betul-betul plan, cuma simpan nawaitu je ehe) yakni- Ziarah anak-anak & sahabat-sahabat MDS. memandangkan dah nak habis cuti sem, kot kot mana pun usaha juga untuk pergi walaupun pada hari kejadian tu lama sangat berdiri tunggu GrabCar takde sampai rasa macam nak kensel, tapi tetap gigih sebab rindu dan nak tunaikan janji bagi hadiah A Sains. Dan sebab budak-budak ada duk tanya "Bila Ustazah nak datang sekolah?". Nak drive sendiri ofkos la takleh sebab lulus JPJ tu tak bawak tanda barakah wa rahmah pun untuk dapat izin Baba hahaha😂
Dan akhirnyaaaa
Sampai juaaaa
MashaAllah terharu sangat sebab anak-anak masih sangat meraikan kehadiran Tajah, eksaited datang serbu ramai-ramai kerumun buat roadblock, sampai jadi serba-salah & segan dengan cikgu lain (terutama Ustaz mana tah yang nak masuk tandas tapi ada Tajah dan anak-anak jadi empangan depan pintu huhu maaf tak sengaja). Nak round kelas diorang tapi tak sempat, jadi kira jumpa mana yang terserempak & datang mencari je.
Rasa touching tetiba bila tengok diorang (perasaan yang sangat emak-emak), masing-masing dah naik angka terutama yang Darjah 1 tahun lepas, tahun ni dah naik Darjah 2. Baru tinggal 4 bulan ni eh kenapa awak cepat sangat besar 😭 Kalau ayat Darjah 2 & 3 tu biasanya ada unsur belum hadam realiti lagi like "Ustazah ngajo sini lagi ke? Kelas mana? Mari la ajar kelas kitaaaa". Darjah 4 & 5 memang dah faham hakikat Tajah hanya datang melawat je, maka keluar ayat-ayat pencair hati contohnya "Kita rindu Ustazah :( Bila Ustazah habis blajo? Kekgi mari ngajo sini semula eaa", "Ustazah, lamanya dok jupe Ustazah. Kita rindu sangattt" , "Ustazah kata nok mari tapi nawok. Kita tunggu dok mari mari pun". Diorang taktau padahal Ustazah lagi rindu diorang, mampu belek gambar je.
 Sweetness yang innocent tahap potong kaki memang secara amnya ialah sejenis kemahiran anak-anak 3 Tolhah & 3 Zubair, paling ingat ayat sedih Faris Iskandar - "Ustazah, kita rindu Ustazah. Jadi dok semangat belajor sebab takdok Ustazah :(" pastu yang lain gigih mengiyakan. Walaupun bunyinya lawak berbaur hiperbola tapi nak menangis pun ada.
Wallahi bahagia sangat Allah izinkan buat seketika untuk kembali memandang & mendengar celoteh mereka, walaupun tak terlayan. Walaupun berkajang lagi list muka & nama mereka yang terlintas dalam hati, yang nak sangat jumpa, tapi hari tu tak terlintas pula depan mata. Masih soleh solehah, masih comel, masih ceria dan manja dengan macam-macam cerita.
Alhamdulillah for another memory.
Moga dipelihara kasih sayang ini.
Moga dengan mencintai mereka, Allah juga mencintaiku.
Sungguh, sejujurnya aku jadi makin rindu. It's kinda weird that I am overly attached & feeling terlebih, dah berbulan-bulan pun belum ada cita-cita nak move on dan masih senyum sensorang tengok gambar mereka dalam phone. But I just can't help it.
Loving them is one of the best things that has ever happened to me :)
"Ustazah tunggu sini jap, jangan gi mana-mana!" *Berlari beli makanan kat kantin* :')
"Ustazah, nah hadiah :)" *Hulur tasbih*
Feelings I dont wanna forget
By the highway, Mama Faris Iskandar called for the second time, tanya kenapa Ustazah tak bagitau nak datang sekolah? Sebab Faris bersungguh sangat nak bagi hadiah, dah lama beli.
Allahu apeni comel sangat😅

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

No comments: