'>

Monday, March 12, 2018

Dear Alya.



Kelembutan bukan satu kelemahan, dan kekerasan juga punya waktu dan ketika. 

Tahan diri dari melazimi perkataan & perbuatan kasar apatah lagi saat hati dipandu amarah. Menjauh, andai perbuatan kita bakal menyakiti. Diam, jika tahu lisan kita bakal menikam. Because making others feel bad doesn't make us feel better anyway.

Bukan ertinya tidak berperasaan atau tidak tahu menzahirkan kemarahan, tapi bimbang sifat amarah itu berakar menjadi kebiasaan. Bimbang dihentam penyesalan kerana hati-hati yang tertikam. 

Ada juga yang kata "Kalau lembut nanti kena pijak". Well, saya tak rasa bahawa kelembutan mengajar kita untuk lemah, untuk tunduk taat tidak bertempat. Lembut tidak bermakna wajib ayu mengatur langkah terpijak paku tak berbunyi, tidak semestinya 24 jam 7 hari bersaya-awak berana-enti. Lembut juga bukan dengan gaya manja panas muka merah merah nak cendol eh eh 😅
Lembut itu pada sifat menyayangi dan berhati-hati dari menyakiti. Ia tidak menjadikan kita terhina malah mulia dengannya, lihat saja pada lembutnya akhlak Rasul. Just know your limit, know at which point perlu bertegas.

Berlembutlah, berlembutlah, berlembutlah.
Kerana lembut itu lebih dekat dengan Rasulullah.
Dan semoga dengan kelembutan kita terhadap manusia, Allah berlembut mengampuni segala dosa. 

Moga rahmah & kelembutan wujud dalam diri seorang Alya. Amin. 

Lembut itu lemah? Think again!




Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

No comments: