'>
Showing posts with label Kisah Kak Tajah. Show all posts
Showing posts with label Kisah Kak Tajah. Show all posts

Friday, January 26, 2018

Jejak Kasih

Bismillahirrahmanirrahim. 
Few days ago, I've done something I've been planning for months (tak betul-betul plan, cuma simpan nawaitu je ehe) yakni- Ziarah anak-anak & sahabat-sahabat MDS. memandangkan dah nak habis cuti sem, kot kot mana pun usaha juga untuk pergi walaupun pada hari kejadian tu lama sangat berdiri tunggu GrabCar takde sampai rasa macam nak kensel, tapi tetap gigih sebab rindu dan nak tunaikan janji bagi hadiah A Sains. Dan sebab budak-budak ada duk tanya "Bila Ustazah nak datang sekolah?". Nak drive sendiri ofkos la takleh sebab lulus JPJ tu tak bawak tanda barakah wa rahmah pun untuk dapat izin Baba hahaha๐Ÿ˜‚
Dan akhirnyaaaa
Sampai juaaaa
MashaAllah terharu sangat sebab anak-anak masih sangat meraikan kehadiran Tajah, eksaited datang serbu ramai-ramai kerumun buat roadblock, sampai jadi serba-salah & segan dengan cikgu lain (terutama Ustaz mana tah yang nak masuk tandas tapi ada Tajah dan anak-anak jadi empangan depan pintu huhu maaf tak sengaja). Nak round kelas diorang tapi tak sempat, jadi kira jumpa mana yang terserempak & datang mencari je.
Rasa touching tetiba bila tengok diorang (perasaan yang sangat emak-emak), masing-masing dah naik angka terutama yang Darjah 1 tahun lepas, tahun ni dah naik Darjah 2. Baru tinggal 4 bulan ni eh kenapa awak cepat sangat besar ๐Ÿ˜ญ Kalau ayat Darjah 2 & 3 tu biasanya ada unsur belum hadam realiti lagi like "Ustazah ngajo sini lagi ke? Kelas mana? Mari la ajar kelas kitaaaa". Darjah 4 & 5 memang dah faham hakikat Tajah hanya datang melawat je, maka keluar ayat-ayat pencair hati contohnya "Kita rindu Ustazah :( Bila Ustazah habis blajo? Kekgi mari ngajo sini semula eaa", "Ustazah, lamanya dok jupe Ustazah. Kita rindu sangattt" , "Ustazah kata nok mari tapi nawok. Kita tunggu dok mari mari pun". Diorang taktau padahal Ustazah lagi rindu diorang, mampu belek gambar je.
 Sweetness yang innocent tahap potong kaki memang secara amnya ialah sejenis kemahiran anak-anak 3 Tolhah & 3 Zubair, paling ingat ayat sedih Faris Iskandar - "Ustazah, kita rindu Ustazah. Jadi dok semangat belajor sebab takdok Ustazah :(" pastu yang lain gigih mengiyakan. Walaupun bunyinya lawak berbaur hiperbola tapi nak menangis pun ada.
Wallahi bahagia sangat Allah izinkan buat seketika untuk kembali memandang & mendengar celoteh mereka, walaupun tak terlayan. Walaupun berkajang lagi list muka & nama mereka yang terlintas dalam hati, yang nak sangat jumpa, tapi hari tu tak terlintas pula depan mata. Masih soleh solehah, masih comel, masih ceria dan manja dengan macam-macam cerita.
Alhamdulillah for another memory.
Moga dipelihara kasih sayang ini.
Moga dengan mencintai mereka, Allah juga mencintaiku.
Sungguh, sejujurnya aku jadi makin rindu. It's kinda weird that I am overly attached & feeling terlebih, dah berbulan-bulan pun belum ada cita-cita nak move on dan masih senyum sensorang tengok gambar mereka dalam phone. But I just can't help it.
Loving them is one of the best things that has ever happened to me :)
"Ustazah tunggu sini jap, jangan gi mana-mana!" *Berlari beli makanan kat kantin* :')
"Ustazah, nah hadiah :)" *Hulur tasbih*
Feelings I dont wanna forget
By the highway, Mama Faris Iskandar called for the second time, tanya kenapa Ustazah tak bagitau nak datang sekolah? Sebab Faris bersungguh sangat nak bagi hadiah, dah lama beli.
Allahu apeni comel sangat๐Ÿ˜…

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Wednesday, October 4, 2017

#KisahKakTajah tutup buku for now

Entri tadi jauh bebenor di'fastforward'kan dari cerita sebelumnya. 2 bulan setengah jadi Tajah, terus tutup buku. Cerita lagi 3 bulan mana? Hahaha

 I think I didn't write any proper ending terhadap Kisah Kak Tajah di blog (Walaupun kat igstory tak terkira banyaknya masa last day sebagai penutup kahkah) Jadi marilah kita melaksanakan sesi throwback 2 minggu lepas berbentuk karangan tentang anakandaku sekaliannya yang diedit sikit sikit sahaja dari post kat IG hari tu ๐Ÿ˜‚ Nampak tak malas tu? Kehkeh


18 September 2017 , Last day di Madrasah Darussalam -- "Kagum juga pada diri sendiri yang mampu menahan tangis walaupun dulu saya antara makhluk paling mudah menangis pada banyak ketika. Cuma untuk hari ini, saya berazam untuk tidak meninggalkan mereka dengan air mata. Biarlah kenangan saya dengan anak-anak ini berakhir dengan manis belaka. 

Takkan lupa, saat hati benar-benar berat untuk berkata "Hari ni hari terakhir Ustazah dengan awak semua :)". Paling perit nak tengok respon diorang terutama 3 Tolhah. Kelas-kelas lain pun perit juga tapi tempoh lama saya mengenali hati anak-anak 3 Tolhah, menyayangi setiap dari mereka, feeling memang lain. They accepted me well sejak hari pertama bergelar Ustazah sampai la hari ni. Kelas lain pun saya sayang ngatngat, tapi biasa la ada bias sikit kehkeh. Kelas depan cikgu-cikgu mudah jatuh sayang, tapi kelas belakang tak semua orang mampu faham, Mereka ni special di hati saya, walaupun biasa jugak kena marah kena libas haha. 

Dan, 3 Tolhah punya terkezot siap ada yang nangis :( Diorang tahu saya nak berhenti exactly on that day (offer letter saya kan lambat, so dapat short notice je untuk masuk daftar), tak sempat nak spend masa lebih, kasi hadiah ke apa. But still, diorang gigih tulis surat untuk saya siap cakap takmau turun rehat sebab takut tak sempat tulis surat (Diorang belum mahir mengeja, jadi tulis memang lambat), lepas Tajah paksa baru gi rehat. Terharu sangat ya Rabbi, dengan comelnya :'(  Balik rumah terus nangis lepas baca. Effort yang mungkin kecil di mata orang lain, tapi SANGAT besar di mata Tajah.

Ada a few kelas yang dah tahu awal, so depa belikan hadiah. Terharu ngatngat tapi bukan hadiah yang Tajah harapkan dari awak semua, tolong doakan Tajah pun dah lebih dari cukup :') Sesungguhnya setiap dari diorang special, setiap kelas ada perangai dan cerita tersendiri yang buat saya jatuh sayang. Darjah 1 dengan manja suka peluk-peluk, nakal tadikanya. Darjah 3 & 4 dengan perangai suka potpetnya. Kalau anak-anak Taalim memang boleh disebut satu-satu peel diorang dalam kelas. Buat list kira berkajang la ๐Ÿ˜ต Darjah 2 & 5 walaupun tak ajar tapi biasa jugak program sesama, pun sayang sangat. Anak-anak usrah 7Al-Fateh lagi la hero kesayangan tuuuu.

 Untuk itu saya doakan dan yakin Ustaz yang gantikan saya nanti jauh lebih baik dan hebat ilmunya serta akan sayang diorang lebih dari saya. Apa yang akan datang selalunya lebih baik dari apa yang telah pergi, ain't it? ^^
Sedih tak dapat tengok diorang membesar & improve macam-macam. Tapi InshaAllah saya yakin semuanya akan jadi soleh solehah belaka, mohon doakan :)

Dan buat kakak-kakak MDS, terima kasih atas segala bahagia ๐Ÿ’•" #5bulan18hari

Latest punya update ni, wasap Ustaz baru tu sat pasal tugas & dia kata bebudak still tanya mana Ustazah? ๐Ÿ˜ญ 
Student 3 Zubair, 4 Aisyah, 4 Uthman hari-hari wasap, group-group toksah kira la duk add. Tajah pun almost setiap hari scroll gambar. Jadi nak bagitau la ni ;

USTAZAH ADA JE NI HAA DUK TERINGAT AWAK SEMUA :(

Yang rindu teroks,
Ustazah Alya.













Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Thursday, June 15, 2017

Another story.

Bismillah.
Okay, sekarang jadual dah tukar maka tajah dah jadi cikgu yang normal, yang mengajar banyak kelas tapi sikit subjek. Sirah untuk semua kelas Tahun 1. Sains untuk semua kelas Tahun 3. Hadis untuk semua kelas Tahun 4. Maka setiap hari tu gigih jugak la study sikit untuk tajuk yang nak diajar keesokkannya sebab sebelum ni saya tak mengajar subjek Sirah & Hadis, maka karat-karat kebengapan tu ada. Penat kami cikgu-cikgu MDS semuanya jadi extra bila kelas pun extra (30 masa bersamaan 15 jam seminggu dan setiap kelas tu setengah jam je weh. Sila nanges bawah meja sebab letih gak aaa turun naik tangga keluar masuk kelas especially bulan Ramadhan. 1.30 tak sempat guling-guling atas sejadah lepas Zohor terus kena guide budak Tadarus pulak lols๐Ÿ˜‚)

Tapi yang seronoknya, bila mengajar ramai student tu makin bertambah pengalaman & improve skill mengajar InshaAllah. Dan lebih ramai kenal student (walaupun payah lekat nama). Kalau sebelum ni, memang sehati berdansa dengan anak-anak 3 Tolhah je sebab saya ajar kelas tu je 7 subjek & halaqah Quran petang. Puji, sayang, melawak, bengang, emo, rotan, geram sampai rasa nak nanges, cubit dan segala macam hormone disorder tajah tu memang diorang je hadap. Wallahi banyak ujian kesabaran sepanjang dengan diorang tapi 2 bulan membina keserasian & seminggu tak jumpa (minggu exam) tajah rinduuuu. Sebab dalam kenakalan tak berapa dengar kata tu, bising membingitkan telinga tu, patblas kali kena ulang benda sama tu, menulis & menyalin versi slow motion tu, pensel or buku asyik tak bawak tu, Aidil punya pemalas tahap tak pernah buat keja sekolah tu, Fahmi yang datang sekolah untuk melukis je kekdahnya tu, dan segala tu tu tu yang zahirnya nampak kategori ‘pelajar kelas belakang’, diorang hakikatnya sangatlah innocent. Tak pernah sombong & berkasar dengan guru. Kalau mintak tolong memang berebut. Tak termasuk kecomelan-kecomelan perangai & pertanyaan naรฏf depa. Dan sebenarnya bukanlah depa tak pandai, tapi antara dua ; Allah bagi lambat faham sedikit atau sebab kuat main. Jenis yang ada struggle untuk pandai pun ramai je.

 Maka, sila bagi sebab untuk tajah tak sayang ๐Ÿ˜

Those are the perks of teaching anak-anak kecil. Geram or sakit jiwa tahap mana pun kita, memang takkan lama & tak sesekali letak dalam hati sebab kita tau diorang budak lagi. Dan begitu jugak diorang, dalam asyik kena potpet tu pun tetap berlari eksaited bila tajah masuk kelas & buat soalan sedih bila tajah lama tak masuk. Subhanallah bersih betul hati. Kesalahan diorang bila difikir secara rasional, I know they never meant to.

Tak cerdik dalam belajar takpa, asal cerdik dalam akhlak & agama InshaAllah. Doakan tajah jugaJ
Ok await jadi karangan “Kesayanganku 3 Tolhah” pulak ni kbai

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Sunday, April 30, 2017

Hujung April.

Things’ve been better now, Alhamdulillah. Getting used to the daily routine of being a tajah, mungkin dah kira agak well-adapted dalam banyak benda selama sebulan ni- kecuali kepenatan melampau lepas balik kerja. Itu memang buat masa sekarang takleh nak hadam lagi. Sekarang baru tau yang cikgu-cikgu berganda-ganda feeling seronoknya bila cuti sekolah than kids do.๐Ÿ˜

But I’m always thankful that I got to work, when some of my friends mengeluh sebab terpaksa mereput lama kat rumah. Rezeki. Bersyukur untuk setiap detik dan pengalaman.

Sekarang kalau weekend hari Sabtu ada benda baru. Kalau sebelum ni asyik ada program sekolah, sekarang program sendiri pulak which is tengtengteng – buat lesen kereta๐Ÿš—. Orang tua-tua kata better late than never eheh walaupun agak aneh bila umur 21 dok pandai drive pastu asyik menyusahkan orang lain bila nak gi mana-mana haha sory Umi Baba dan lain-lainnyaaa. Doakan saya lulus semua test supaya tak hangus reratuih pula๐Ÿ˜–

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Wednesday, April 12, 2017

Suara tolong buat comeback

Alhamdulillah hampir dua minggu dah berlalu dengan laju yang amat, berjaya tak berjaya pun kira setakat ni mampu bertahan lagi la. Walaupun penat sangatttt dan dah seminggu lebih suara serak yang tak surut sejak hari ketiga, makin teruk lagi ada sebab dah serak pun tetap kena jerit-jerit jugak bila namanya cikgu. Mengajar pulak kelas hujung yang MashaAllah bising dia tahap taska. Kalau tak jerit maunya tenggelam suara tajah. Nak menangis pun ada kadang-kadang, nikmat suara Allah tarik kejap baru ni bukan main perit. Belum nikmat bernafas lagi huhu okay insaf jap.

Mana taknya, Jadual 3 Tholhah pukul 8.00 pagi sampai 1.30 tengahari tu dibahagi berdua je dengan Kak Farwah, jadual pulak tak stabil. Ada hari yang kelas kami sama banyak, ada yang kelas dia sikit sampai 3 masa je sehari tapi saya banyak and vice versa. Kot bosan jugak la bebudak tu tengok muka kitorang, 14 subjek cikgu sama je keluar masuk haha :’) Dah la halaqah Quran 2.30-4.30 petang tu tajah sorang ni jugak yang hadap kelas depa. Dua tiga hari awal tu depa gerun lagi, tapi dah lama sikit haa start dah buat perangai nak kena campak luar tingkap. Hingaq macam pasaq. Pulak tajah ni bila dah takde suara, slow down la sikit. Nasib baik ramai je volunteer tolong jadi speaker tajah siap back up “WOII DIAM AH SIAN USTAZAH TAKDOK SUARA DOH SEBAB MU BISING SANGAT!” haha comel betul walaupun kadang-kadang dia sama je bising.

Tapi yang pandai & rajin belajar takyah diketuk banyak kali ada je. Nasa’i, Nuruddin, Izzati. Yang lain tu most of the time masuk kategori menyembang yang sekali ketuk sekali buat, atau geng “Tak bawak buku” pastu bila paksa cari dalam beg tetiba magik pulak boleh jumpa, padahal tak pandai baca nama subjek kat buku pastu malas menulis lol. Cuma boleh dikatakan majoritinya memang buat setiap kerja yang tajah bagi, tapi effort tajah kena gigih la nak ketuk banyak kali, diorang kalau menulis memang slow. Kena cari inisiatif lain macam offer gula-gula kalau siap awal, tak siap takleh rehat, rampas/campak mainan diorang luar tingkap dan sebagainya. Tapi yang cutenya diorang rajin kalau suruh tasmik/mengaji dengan tajah ^^ (sebab boleh makan madu & kismis kehkeh) . Banyak karenah betul 3 Tholhah, sebab tu dalam geram tu serius tajah sayang.

Tahap kegarangan saya rasanya dah sampai tahap medium (okay la tu newbie) keje asyik jerit & libas meja depa dengan bulu ayam besi tu je. Tapi diorang tetap cakap banyak kali - suka ustazah Alya masuk sebab garang sikit tapi baik hohoho terhawu๐Ÿ˜†. ‘Baik’ la nak dibandingkan dengan asatizah senior lain, power woi asal cakap nak mengamuk je bunyi. Kagum, dengan aku sekali gentarrr campur kesian haha. Entah la, diri sendiri tak sampai hati nak kasar sangat sebab depa budak lagi, baya adik saya je. Harith pun slow learner so boleh paham la. Emosi sesetengah dari diorang macam belum matang sesuai umur, kejap-kejap mengamuk bergaduh pastu nanges tak tentu hala. Ada time yang kita perlu pujuk & puji, bukan marah je semedang. Lagipun masa praktikal I tajah pra asyik kawan dengan bebudak je, tak biasa tinggi suara :3 (fail betul cikgu ceni) Apapun setakat ni inshaAllah boleh sabar lagi, geram tu memang tapi biasa la bebudak dan diorang tak pernah masuk kategori kuaja & menjawab dengan tajah. BERANI NOK BUAT GITUUUU? haha

I love kids so much, but at some points I don’t think like I was really born to be a teacher, especially tajah sekolah rendah yang memerlukan suara petir & kegarangan tahap dasat untuk buat the whole class totally in control. Tapi tamau give up lagi, awal sangat nak downkan diri sendiri. InshaAllah berbaki few months ni I’ll try my best, kemon lah Alya hang bukan amik course perguruan pun. Kira okay la ni for a newbie with no basic hahaha pujuk hati. Kakak-kakak sana kata biasa la awal-awal pun diorang seminggu dua takde suara, pastu okay la dan suara jadi lebih lantang. Pecah suara orang kata (lol that just sounds so wrong).

Kirim doa untuk saya please! ๐Ÿ˜

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Tuesday, April 4, 2017

Kak Tajah

Nabi kata bila Allah inginkan kebaikan bagi seseorang, Dia menjadikannya faqih dalam agama.

Dan sangat bersyukur kalau itu yang Allah nak bagi sekarang, melalui rezeki sebagai Kak Tajah di Madrasah Darussalam. Balik dari MAIDAM, tetiba Umi drive sampai depan Madrasah dan bagitau dapat keje. Buat surprise la kira sebab beliau tau fon saya mati, maka I had no idea haha comel je Umi. Tekezott yang amat sebab tak expect pun dapat memandangkan iv hari tu rasa hampeh semacam. Otak karat lepas sebulan mereput haha. Tapi betul la rezeki Allah ada di mana-mana.

Bila sampai tu ada lagi sorang akak ni diterima kerja sekali, Kak Farwah dan dia yang dipanggil dulu untuk serahan tugas. Then ada usrah, kagum la ada usrah guru wehh walaupun sebulan sekali je haha. Silibusnya kitab “Membina Fikrah Harakiyyah Islamiyyah” maka saya kembali mendengar istilah-istilah yang dah ditinggal sejak 4 tahun lalu Alhamdulillah uhuhu. Pastu disambung dengan meeting pasal Tamrin Tarbawi minggu depan (serius rasa macam balik zaman MPP je lol).

Tengtengteng


Kalau time praktikal kat SK Padang Midin dulu saya macam alone sadis sangat sebab semua cikgu berusia saya sorang je muda, kat sini Alhamdulillah majoritinya Ustaz & Ustazah muda 20an 30an camtu kecuali a few. Tapi lepas taaruf dalam meeting tu Mudir kata saya adik bongsu huhu. Dan mereka nampak sangat rapat & riuh antara satu sama lain, like how usrah mates should be. Maka rasa sangat lega and hope that I could get along very well too InshaAllah.

Nak ikut gaji, tak expect la tinggi sebab nama pun madrasah. Tapi Baba kata, apa yang penting ialah belajar tentang kehidupan. Belajar menghadapi suasana kerja untuk akan datang. I'm having a few insecurities like macam mana nak kawal kelas memandangkan saya bermasalah dalam bab cakap kuat-kuat, secondnya madrasah tu jauh dan saya tak pandai drive so how can I be on time setiap pagi, also nak ajar benda-benda yang dah tak berapa ingat. Kena study balik. Guru kat situ tak ramai, jadi sorang kena ajar banyak subjek- bukan subjek Diniah & hafazan je, subjek akademik pun. Redah je la nak oi hahaa

Overall, saya bersyukur sebab Allah bagi peluang untuk mengajar dan belajar. And now my cuti is officially over peh malasnyaaaa. Doakan saya!

Jumaat.
31 Mac 2017

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)