'>
Showing posts with label RoadtoDegree. Show all posts
Showing posts with label RoadtoDegree. Show all posts

Saturday, December 1, 2018

Buaya

Heyyo.

This is my first post for this semester, I kenot belif dis  gais nampak tak betapa busynya seorang Alya??? Atau acah busy je sebenarnya? Kehkeh.
Awal sem memang macam biasa la lapang selapang sembilang sepuluhnya. Masuk tengah sem, dah nampak sikit unsur-unsur terseksa tapi kira menyempat lagi la selang seminggu drive-thru Mekdi beli aiskim singgit sambil bergelak ketawa seolah-olah laptop mampu typing dengan sendirinya menyiapkan segala kerja uish seram pulak bunyinya. Lalu menjengah ke hujung sem yang tak sampai sebulan nak final ni……
Phew.
Saya baru mengerti istilah ‘degree life yang tenang jangan disangka tiada buaya’. Buaya darat mungkin ramai, tapi yang nak dibincangkan sekarang ni ialah buaya-buaya berbentuk esaimen dan test yang membaham masa lapang saya.
Bermula dengan Bismillah namun belum ku temui wakafnya. Ceh gituu ayat dakdak Quran Sunnah.
Ditambah pula dengan dua subjek yang diisytiharkan antara yang paling leceh dalam dunia iaitu APK- kena buat bisnes dan Kepimpinan Islam which is kena organise program. Selalu rasa macam serba salah nak tidur malam-malam bila memikirkan hari esok sobs.
Tapi itulah, menuntut ilmu perlukan struggle & pengorbanan. That is what student life is all about pun kan. Moga Allah permudahkan langkah saya dan sahabat-sahabat semua, amin InshaAllah.
By the way, mula semester ni kami dah duk rumah sewa. That is the second reason kenapa saya dah lama tak update blog, wifi yillekkk. Tapi eskius me sila sedar diri ok manada orang kisah pun sebab blog ni saya sorang je yang baca kahkah xD Tapi hari tu two of my juniors cakap diorang terjumpa blog ni, saya macam Allahu T_T Adakah lepas ni semakin jatuh kredibilitiku sebagai senior yang dah sedia ada sendu ni sebab nampak sangat forever alone tulis blog? Huhu sorry la blog ni tempat merapu pasal life je supaya boleh diflashback balik kemudiannya. Kalau nak baca benda seriyes dan berinformasi sila beli surat khabar hee

Okay I’m gonna write a fullstop here, biiznillah I’ll see you when I see you!




Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Wednesday, February 21, 2018

Irons in the fire.

Another short update.

Due to my bad bad bad vision these days, can't update much cause I am unable to hadap laptop & phone lama-lama. Doakan saya sembuh kembali :(

This semester is a super hectic one. Ada masa to get a proper lunch & kelas cancel tu kira Alhamdulillah sangat, dengan jadual padat, subjek-subjek tough & group assignments bertimbun sampai kami terkonfius ahli haha. Belum masuk lagi bab meeting-meeting & program yang nak kena celah.
Tapi thank goodness weekend setakat ni masih menjadi short getaway especially sebab ada one day extra (Khamis takde kelas yay). 

Result sem lepas beshe beshe je tapi it was beyond my expectation, Alhamdulillah berkat doa keluarga & semua orang pastinya sebab usaha tak all-out mana, masih last minute seperti biasa πŸ˜‚ Lepas ni mungkin si Alya ni perlu tukar strategi dan tak mengharapkan kuasa Allah semata-mata sebab semester ni dah tak lenggang kangkung macam dulu. 

Hoping to cope well with everything soon InshaAllah.
By the way, happy birthday Alya. May Allah bless you πŸ’“


Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Monday, October 9, 2017

Kenapa saya memilih kos Pengajian Quran Sunnah (Qiraat)?

Usah tertipu dengan tajuk yang bunyinya seakan-akan ilmiah tersebut. La ni sebenarnya nak pikiaq dan muhasabah je seposen dua kohkoh.
Saya sempat belajar STAM tiga empat bulan dan Qiraat ialah salah satu madah (subjek) yang saya kira okay la sebab Sheikh Muhammad Fathi ajar memang mudah nak faham. Tapi disebabkan jiwa saya memang tak boleh go on dengan STAM, kurang minat B.Arab makanya berbelas-belas subjek tersebut saya tak minat dan tak betul-betul hadam. Eheh marilah sama-sama mengecam kebengapan saya di masa lalu. 
Takdir Allah baik-baik belaka, cita-cita asal saya menjadi Pakar Bahasa lalu saya dapat tawaran ke Asasi Bahasa Inggeris UIA but of course I couldnt accept atas impian ibu bapa nak anak jadi Hafizah ehem dan diri sendiri pun rasa rugi juga kalau tinggal pengajian bidang agama. So honestly it did'nt break my heart bila tak dapat pergi sebab isi UPU pun sebenarnya sesaja je, tu pun sehari sebelum tutup baru mintak Echey isikan πŸ˜‚ Dan sekali lagi Allah menyusun jalan, saya masuk ke Diploma Tahfiz Wal Qiraat under Darul Quran JAKIM, bertempat di IQT. One of the things that I'm always thankful for. Antara sebabnya ialah boleh start over dengan Quran dan boleh lari dari STAM muehehe.
"MUDAH KE BELAJAR DIPLOMA QIRAAT? BEST KE? BELAJAR PASAL APA?"
We used to hear those questions quite a lot masa zaman Diploma terutamanya daripada adik-adik Syahadah yang minat nak sambung bidang ni. Kalau nak habaq belajar pasal apa tu memang berjela la nak explain, tapi mudah ceritanya ialah pasal Imam-Imam Qiraat 10, cara bacaan, syarah matan. Itu untuk madah Qiraat, madah lain banyak lagi la mengikut semester. Bagi saya, mudah dan best ke tak tu atas minat masing-masing. As for me Alhamdulillah sebenarnya tak susah nak score tapi takde la kacang pun (sebab pesen suka study last minute sehari sebelum exam hahaha). Macam biasa, hang tak study makanya hang memilih untuk menjadi bingai😌 Qiraat bukanlah subjek favourite saya, beshe beshe je jadi takde pun menyimpan cita-cita nak sambung Degree dalam bidang Qiraat. Kalau orang tanya lepas ni nak sambung kos apa, konfem saya jawab "Quran Sunnah, InshaAllah". Kalau ada member yang kata nak pursue dalam Qiraat tu kami macam "Weh serius ah?". Pun taktau kenapa menyombong sangat kami dengan Qiraat ni ha hahaha
Tapi itu la orang kata selalunya apa yang kita duk kata takmau tu la Allah ujiπŸ˜† Unisza punya Pengajian Quran Sunnah sekali dengan pengkhususan Qiraat. Tapi setakat masuk minggu ketiga belajar ni Alhamdulillah boleh go on especially sebab Sheikh Muhammad Fathi berhijrah ke UniSZa dan ajar kami 3 subjek. Beza now and then ialah sekarang kami belajar tentang al-Quran & Qiraat dengan lebih detail & mendalam, starting dengan sejarah apa semua. Bila belajar Tajwid pun rasa jahil gila banyak taktau.

"Kenapa kalian perlu tahu semua ni? Kerana kalian takhassus al-Quran." - Itu terjemah ayat Sheikh Muhammad Fathi yang tah kenapa aku rasa sangat deep. Ya, orang yang hafal Quran, belajar dalam bidang Quran, nak jadi ahlul Quran perlu betul-betul kenal dan tahu sejarah al-Quran. Perlu hadam ilmu dan cara pembacaan al-Quran. Tahu apa itu Qiraat. Perlu jadikan ilmu Quran sebagai keutamaan.
Niat kita belajar ialah untuk mengangkat kejahilan dari diri dan orang lain. Kalau masih dengan mentaliti belajar untuk score exam (kutuk diri sendiri ke tu) jawabnya sampai bebila ilmu tak lekat, habis belajar tak mampu nak ajar orang lain Allahu.
Doakan kita yang bergelar tolabul ilmi ni semuanya istiqamah dan dipermudahkan untuk menuntut ilmu dalam bidang masing-masing, InshaAllah :)
#notalutut : Yang syoknya batch AQSA kami 25 orang je, belajar setenang alam dalam kelas tak perlu beramai-ramai macam course lain😁 Cuma tak bestnya second intake course ni saya sorang je so saya terpaksa stick with the title "Budak Baru".

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Wednesday, October 4, 2017

New Life (clichenya tajuk pun)

Powernya doa ni memang infiniti betul, wallahi.

Dari hari pertama jejak kaki untuk interview, sehinggalah hari raptai konvokesyen di Darul Quran yang mana keluarnya result UPU dan aku nangis sedih bila dapat tawaran USIM (walaupun itu pilihan pertama), sampai ke hari-hari tawakal sepenuh hati menunggu keputusan rayuan dan Alhamdulillah here I am, penuntut Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Sunnah (Qiraat) di UniSZA. Permintaan yang Allah delayedkan seketika mungkin untuk menguji sejauh mana aku berusaha dan berbaik sangka dengan janjiNya.

Dan berkat doa-doa insan sekeliling, pastinya.

Walaupun ayat jiwang je bunyinya ni tapi memang sesungguhnya penantian suatu penyeksaan. Air mata macam paip je duk keluar tiba-tiba, serabut dan berdebar Allah je tahu sepanjang tunggu result rayuan tu. Banyak asbab membuatkan hati aku membuak-buak nak sambung belajar, dalam kepala time tu tak pernah hilang rasa nak menuntut ilmu & berada pada jalan yang aku boleh jaga Quran, walaupun ada segelintir orang kasi ayat melemahkan "Peluang tipis, sebab UniSZA penuh, Lagipun diorang utamakan orang yang tak dapat UPU". Perkataan "peluang tipis" tu memang banyak diulang-ulang sampai ada masa aku rasa down, masa tu dalam hati like "Takpe la ya Allah, kuatkan hati aku kalau belum tiba rezeki aku untuk menuntut ilmu. Mungkin jalan aku tuntut ilmu ialah dengan terus ajar anak-anak MDS". Tak dinafikan, aku banyak belajar sepanjang aku mengajar. Tapi, honestly aku rasa ilmu aku still terlalu ciput, takde apa boleh diajar melainkan apa yang ada dalam buku teks depa je. Masa untuk Quran pun hampeh sebab balik kerja pagi sampai petang non-stop penat tak hingat weh.

Bersama dengan anak-anak MDS memang moment bahagia yang kalau boleh aku taknak tinggal, tapi life aku terasa ada something yang kurang. Masa muda ialah masa untuk menuntut ilmu, masa jaga Quran, belum masanya untuk aku menjalani life cycle yang sama hari-hari kerja makan tido. Dan aku rasa belum cukup matang untuk menghadapi tekanan kerja (bukan nak kata kerja kat sana tekanan mengila ke hape, mana-mana tempat pun akan ada tekanan cuma it's just me atm)

Tapi ni aku punya mindset je. Setiap orang lain cerita & rezeki Allah bagi.

Maka, aku tak henti doa "Ya Allah, sebagaimana aku cuba mempermudahkan urusan anak-anakku menuntut ilmu, semoga Engkau juga mempermudahkan urusanku menuntut ilmu.". Tak salah en doa gitu?πŸ˜… Kita bekerja memang mengharapkan balasan Allah whatt
  Dan satu demi satu hint Allah bagi untuk kuatkan aku supaya bersabar & tak putus berdoa. Senyum sensorang macam dapat surat chenta bila secara kebetulan (yang Dia sengajakan) terbelek atau terdengar ayat Quran dan ayat mana-mana yang betul-betul right on time kena dengan situasi. Korang pun konfem pernah rasa feeling gitu kan? Seolah-olah ayat tu ditujukan untuk kita, lagi berbunga dari time crush unmention kat Twitter pastu tetiba perasan walaupun tak sebut nama choyyyy
  


Okay kembali kepada topik please.
Akhirnya, dalam penantian tu Allah hadiahkan aku perkara yang lebih hebat berbanding tawaran masuk U semata-mata.

Dia mengajarkanku tentang besarnya kuasa doa & berbaik sangka.
Yakin dengan janji Tuhan dan RasulNya, inshaAllah manis tu kita akan rasa.

Aku bukan menulis dengan niat kononnya acah solehah, jauh sekali takabbur dapat masuk U sebab konfemnya korang akan rasa halahhhh Unija je punssss, cuma point aku menulis ialah untuk mengingatkan diri sendiri, kalau nanti sampai masa rasa penat belajar-- ingat balik sesemangat mana kamu berdoa dipermudahkan jalan dan sepemurah mana Allah memberi kemudahan.

Untuk kalian yang dalam fasa 'menanti', walau apapun natijah penantianmu-- Berbaik sangka dengan Allah. Bahagian kamu akan tiba tepat pada masa, dan ketepatan itu bukan menurut kamu tapi menurutNya.



Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)