'>

Monday, December 19, 2011

Dah besar nak jadi apa?

Assalamualaikum :D

Dari kecil sehingga umur kini mencecah 15 tahun,macam-macam kerjaya telah kupilih sebagai cita-cita.Senang cerita,cita-cita aku sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran masa.eceh.

1.PELUKIS.



Ini cita-cita zaman kecik-kecik darjah 1 pergi sekolah bawak botol air sangkut kat leher kot.Konon bila pandai lukis orang lidi maka ada harapan untuk menjadi seorang pelukis terkenal satu hari nanti.cisss

2.GURU



Perkara normal bila seorang murid admire guru mereka yang cantik dan baik lalu ingin menjadi sepertinya.Masih kuingat nama beliau,Cikgu Rashidah yang bila aku siapkan homework paling awal pasti dipanggil ke meja untuk usha gambar anaknya or what.Hal demikian turut menimbulkan perasaan tidak puas hati rakan sekelas.Jeles letteww ! hihi^^

3.MEKANIK



Cita-cita paling pelik bagi seorang budak perempuan yang pada ketika itu berusia 11 tahun.Aku rasa masa tu aku konfius kot ingatkan mekanik tu macam arkitek.Lagipun pada tafsiran aku bunyinya macam cool gitu berbanding cita-cita kengkawan lain,tanpa mengetahui yang kerjaya itu amnya untuk lelaki.Okayy finee -_-

4.PEGUAM



Terpengaruh dengan drama di mana peguam nampak hebat dengan sut hitam dan boleh bercakap lancar,aku mula bercita-cita menjadi peguam ketika umur 12 tahun kalau tak silap.Hingga aku mendengar cerita bahawa kerjaya sebagai peguam agak 'bahaya' sebab senang terjebak dengan dosa kalau kita silap terima klien yang berada dijalan yang salah.Faham kan?Maka,cita-cita tersebut terkubur begitu sahaja.Tapi aku tetap berdebat dengan kawan-kawan bila rasa nak cari pasal.^^

5.DOKTOR



Ini cita-cita buat masa sekarang,walaupun sebenarnya aku kureng dengan darah dan tak minat tajuk blood circulation.Tapi kata orang jangan dipandang pada kerjaya,pandanglah gajinya.Eh?

6.PENULIS



Aku tak reti pun sebenarnya,tapi minat sangat :D Bila takde keje,aku akan tulis random things walau di mana jua termasuk ketika perhimpunan pagi,untuk lebih spesifik,masa cikgu berucap supaya tak rasa mengantuk.okayy itu teruk.Aku suka membaca,tapi entah kenapa aku allergic sket dengan novel-novel cinta ni.eww i tak suka nyah.Gaya penulisan aku berubah mengikut mood dan daya imaginasi.Eceh.Nak baca ke?takyah ah malu seh.>..< Tapi kalau satu hari nanti aku jadi penulis,korang wajib beli walau tak sedap.Haha :D

#mase kecik selalu tulis dalam biodata,'Cita-cita: Doktor dan peguam' sebab ingatkan boleh jadi dua-dua.Siang jadi doktor,malam jadi peguam.Ciss tak boleh rupanya.

Tak kisah la aku jadi apepun,yang penting cita-cita masuk syurga ^^Amin.Taa :)


Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

14 comments:

Anonymous said...

HAHA KELAKAR LA XD

TecerWidad said...

Citi-cita nak jadi Pegawai Tadbir Diplomatik dan dah hampir berjaya tetapi gagal juga kerana tak cukup ketinggian. Kalau suka bercakap dan suka bekerja dengan manusia jadi PTD lebih cool dan gaji pun banyak.

Titanium™ said...

sofia : mnde yg kelakar?jgn perlekehkan cita2 aku weyy*emosi* =='

tcherwidad : wahaha ! knp faktor ketinggian menjadi pghalang pulak?*dan ohh saya suka part GAJI.hihi^^*

hamzah ian said...

siang jadi doktor malam jadi peguam..

hahaha.. ayoyo

TecerWidad said...

masuk PTD nak kena test senapang bagai but turned out senapang lagi tinggi dari tuan. dalam hati berbisik sila kata bye kepada PTD.

Titanium™ said...

#ntah sape la nak masuk mahkamah malam2.hee :)

#ohh.sebenarnya sy taktau plak PTD tuu kejenye camtu.Ingatkan keje dekat ofis.ohh noobnya sy. -_- haha.takpe,jd tcher pun dh cool ape.cuti skolah bleyh goyang kaki ^^

Al Falakian said...

kita nak jadi apa..kite kena cek kita skrg duk di laluan mana..kalau malas..kuat tido, -Jd Mak Guard. kalau rajin tapi blur- jadi mcm mcm.kalau kuat berangan tapi cerdik..bleh jadi peg.atau penulis novel atau penulis skrip. kalau bijak tapi pandai berbohong..ada can jadi menteri . huhuhuh..senang kan!..yang lelain atas Luck je..

Titanium™ said...

haha ! bet0l3 :D

TecerWidad said...

Memang kerja kat ofis tapi kena serba boleh. So masa course 3 bulan tu memang macam-macam dia nak kita buat

Titanium™ said...

ohh,,noob sy berkurang.Phewphew^^ do pray for my success in pmr :)

TecerWidad said...

Hah, berapa A kah sayangku?

Titanium™ said...

haha,alhamudlillah berkat doa2 manusia tercinta termasuk anda,sy dpt 9 :)

TecerWidad said...

wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. tahniah

Titanium™ said...

yeahhhhhhhhhhhhhhhh terima kaseh. :)