*Bangun awal dan rajin Qiyamullai*
Bukan la selama ni aku bangun lambat,tapi nak lebih awal la,gituu.*eceh eksyen je dia*.Hehe.Bila bangun awal,maka ada banyak masa untuk study,menghafaz semua.Plus,masa Subuh kan sangat awesome untuk otak sebab FRESH :3 Qiyamullai pulak,satu benda yang agak jarang aku buat,kecuali dalam bulan Ramadhan,sebab ada sahur.Tapi best sangat Qiyamullai ni,boleh bagi inner strength gitu,also rasa dekat sangat dengan Rabbi,sebab time tu sunyi,sweet je :) Maka jam loceng,ayuhlah kita menjadi besfreng ! ^^
*Rajin buat latihan*
*Kurangkan beli makanan kat cafe*
Cafe Kak Na is a place where we spend our money,selain koperasi.Sebab makanan basic semuanya free di sini,sungguh jimat duit mami dedi.Aku takde la selalu sangat beli makanan,selalunya time lapar dan desperate sebab tak sempat makan kat dewan makan je la.Tsk,tragisnya.Sebab nak kurangkan?Nak jatuhkan bisnes kak Na.Haha okay gurau je.Sebabnya,bila dah bukak medan selera dalam bilik,ada sesi bercerita yang tak pernah sudah,maka semakin istiqamahlah kami membuang masa dan bila tasmi' keesokkan harinya kalut la dengan "Kau kan masyi,pergi la dulu" padahal kelmarin dia la paling semangat cop turn awal.Hoho,rindu pulak :3
*Pay full attention dalam kelas*
Aku ni tak boleh belah betul dengan diri sendiri,asal bosan sikit je mula la syaitonnirajim main jongkang-jongkit kat mata.Oleh itu,aku terpaksa la buat coretan hati dekat buku nota,kadang-kadang buku teks.Haha.Lepas tu,otak memang tak berapa nak fokus la.Selalunya time Perdagangan la aku camni sebab dalam hati cakap "Subjek ni takpe,boleh baca." --" T-E-R-U-K. Alhamdulillah masa Math okay sebab sedar diri yang slow dan payah catch-up.*bukan salah ibu mengandung*
*Kurangkan bersembang*
Mengeratkan ukhuwwah sebenarnya.Tapi ye lah,mana boleh gitu.Sekali-sekala takpe kan?Dan kalau untuk study group lagi lah takpe.Conclusionnya,takpe,mari lah kita scroll down ke azam seterusnya.Hahah
*Kurangkan balik rumah*
Yang ni tak boleh kecuali musim periksa.Hahahaha anak manja la sangat ^,^ Entah,tak janji la yang aku tak homesick dan umi tak datang ambil tiap hari Khamis.*Rumah belakang sekolah pun nak homesick ke?,-*Haha hor la ;p
*Tak study last minute*
Ni memang tabiat aku sebenarnya,sebab aku jenis mudah lupa,kalau study awal-awal pun tak guna.Haha.Tapi yang teruknya,last minute tu la baru nak baca dan sedar akan kewujudan topik tersebut dalam buku teks.Hee.Sebab selalunya cikgu-cikgu tak sempat habiskan sylibus,jadi kena baca sendiri.Esok nak exam hari ni baru nak baca?Oh peliss.
*Jaga Quran dan rajin ulangkaji*
Ni last.Maknanya harus mengulang hafazan secara maksima setiap hari dan mengulangkaji pada waktu terluang,tidak hanya goyang kaki dan tunggu SPM datang baru nak berdating dengan buku sambil buat muka khusyuk walhal hati tengah fed up.
Ha,banyak azam aku kan?Wish me luck dan tak malas-malas lagi ya,In sha Allah (^^,)y Moga berjaya tetapkan niat-belajar kerana Allah !


2 comments:
:)
trsenyum mmbaca azam baru nya.
menarik & nice.
Semoga brjaya dlm SPM.
Bittaufiq wannajah, insyaAllah.
syukran,amin :) Menarik le sangat.hehe ^^,
Post a Comment