'>

Sunday, October 28, 2018

Tahniah Puan BFF!

Alhamdulillah, last few months dapat perkhabaran agung salah seorang BFF dah set date nak kahwin on 11/8/18. Wakil pertama bagi ELF dan pasangan sebatch pertama dalam The LeGENd 5. Terkejut? Takde sangat sebenarnya, sebab memang dah mengikuti perkembangan sejak awal cerita. Tapi terharu & gembira sesangat tu memang wajib ada. Hello, BFF kot! Dulu riang gembira sesama tengah malam pergi dewan makan pakai selipar jepun tak fikir apa, meeting depan cermin tandas berjam-jam tetiba sekarang dah fikir hal pelamin hal rumahtangga kot! Tetiba nanti jadi wife orang ibu orang kot!

I’m genuinely happy for her and I really hope that she’ll find her eternal happiness dengan orang yang dia cinta. Walaupun ada la rasa macam kehilangan sikit sebab nanti mesti dia ada life sendiri dan tak terlayan wasep setakat nak cerita hal kehidupan senduku ini sobs. Semoga suaminya yakni one of my old friends juga tak berlaku kedekut dan menjadi benteng penghalang persahabatan kami berdua. Eh ingat sikit aku ni ibarat jambatan perkenalan korang suatu ketika dulu ok nanti ada anak i dah cop nak jadi fairy godmother tau hahah

Btw dia buat permintaan lawak yang tak berapa nak lawak sangat, minta tolong jadi pengapit. Aku seumur hidup pandai kipas diri sendiri saja, pegang payung pun senget sebelah tatkala ditiup angin hukhuk. Tapi demi BFF kita onz je la InshaAllah.

Betul la sebenarnya seorang Alya ni dah tua, dah masuk fasa asyik post kad kahwin kawan kat status dengan ucapan tahniah berjela. Atau sebenarnya Alya belum tua cuma kengkawan je yang kawen muda? Haha ok hipotesis kedua diterima.

Sangat relevan bila Hasan Al-Basri kata ;

“Wahai manusia, sesungguhnya kalian hanyalah kumpulan hari. Tatkala satu hari itu hilang, maka akan hilang pula sebahagian dirimu.”
Dan kemudiannya orang sekeliling mula menyerbu dengan soalan “Ehem Alya bila lagi?”
Ehem sorry tak dengar, Alya busy tengah cari Dragonball. Dengar kata ada tujuh biji semuanya, sekarang baru jumpa lima. Lagi dua mana woii sape curik ni???? Tiber kan

Kita ikut format jawapan cliché la - kalau panjang umur, InshaAllah tapi lambat lagi agaknya. Sebab belum sampai seru, belum layak, belum bersedia, belum semuanya. Chill lah study pun baru nak masuk second year kot haha.

Tak semestinya bila kawan sebaya kawen bermakna kita pun wajib kawen, aite? Tak bermaksud bila kawan semua dah ada pakwe makwe, kita pun perlu rasa gundah gulana sebab single, kan?
Allah atur jalan cerita yang berbeza bagi setiap orang tak kira lah dari segi apa pun, we got different timelines. Kalau main explorace pun selalunya dihantar ke checkpoint-checkpoint yang berbeza turutan tapi at the end of it masing-masing tetap nak menuju garisan penamat. Tetap nak cari ending yang terbaik dalam hidup.

There’s always time for everything and indeed, life jugak is full of surprises. Kita boleh plan itu ini tapi akhirnya Allah juga yang menentukan segalanya when He says kun fayakun.

Berdoa dan berusahalah untuk mencari serta menjadi yang terbaik dalam hidup, sebab hakikat pengakhiran kita bukan jodoh tetapi maut.
Dan seminggu kemudian another kawan hantar kad kawen bertarikh 18/8/18 dalam group Elf.
Semua orang macam : YA ALLAH, STRESS RUPANYA BILA MASUK UMUR 20-AN.
Barakallahulakum! 💓

UPDATE : Sebenarnya kan dah type entri ni lama tapi berbulan  lepas majlis Puan BFF tu baru ada kesempatan nak post. Masih dalam fasa menerima fakta yang dia dah jadi wife orang, bukan main kawen-kawen. So the first best thing about attending a friend’s wedding is to witness her super special day. And the second best thing is a MINI REUNION!


Alhamdulillah.




Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)