'>

Saturday, December 1, 2018

Buaya

Heyyo.

This is my first post for this semester, I kenot belif dis  gais nampak tak betapa busynya seorang Alya??? Atau acah busy je sebenarnya? Kehkeh.
Awal sem memang macam biasa la lapang selapang sembilang sepuluhnya. Masuk tengah sem, dah nampak sikit unsur-unsur terseksa tapi kira menyempat lagi la selang seminggu drive-thru Mekdi beli aiskim singgit sambil bergelak ketawa seolah-olah laptop mampu typing dengan sendirinya menyiapkan segala kerja uish seram pulak bunyinya. Lalu menjengah ke hujung sem yang tak sampai sebulan nak final ni……
Phew.
Saya baru mengerti istilah ‘degree life yang tenang jangan disangka tiada buaya’. Buaya darat mungkin ramai, tapi yang nak dibincangkan sekarang ni ialah buaya-buaya berbentuk esaimen dan test yang membaham masa lapang saya.
Bermula dengan Bismillah namun belum ku temui wakafnya. Ceh gituu ayat dakdak Quran Sunnah.
Ditambah pula dengan dua subjek yang diisytiharkan antara yang paling leceh dalam dunia iaitu APK- kena buat bisnes dan Kepimpinan Islam which is kena organise program. Selalu rasa macam serba salah nak tidur malam-malam bila memikirkan hari esok sobs.
Tapi itulah, menuntut ilmu perlukan struggle & pengorbanan. That is what student life is all about pun kan. Moga Allah permudahkan langkah saya dan sahabat-sahabat semua, amin InshaAllah.
By the way, mula semester ni kami dah duk rumah sewa. That is the second reason kenapa saya dah lama tak update blog, wifi yillekkk. Tapi eskius me sila sedar diri ok manada orang kisah pun sebab blog ni saya sorang je yang baca kahkah xD Tapi hari tu two of my juniors cakap diorang terjumpa blog ni, saya macam Allahu T_T Adakah lepas ni semakin jatuh kredibilitiku sebagai senior yang dah sedia ada sendu ni sebab nampak sangat forever alone tulis blog? Huhu sorry la blog ni tempat merapu pasal life je supaya boleh diflashback balik kemudiannya. Kalau nak baca benda seriyes dan berinformasi sila beli surat khabar hee

Okay I’m gonna write a fullstop here, biiznillah I’ll see you when I see you!




Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)