Bismillah.
Okay, sekarang jadual dah tukar maka tajah dah jadi cikgu
yang normal, yang mengajar banyak kelas tapi sikit subjek. Sirah untuk semua
kelas Tahun 1. Sains untuk semua kelas Tahun 3. Hadis untuk semua kelas Tahun
4. Maka setiap hari tu gigih jugak la study sikit untuk tajuk yang nak diajar
keesokkannya sebab sebelum ni saya tak mengajar subjek Sirah & Hadis, maka karat-karat kebengapan tu ada. Penat
kami cikgu-cikgu MDS semuanya jadi extra bila kelas pun extra (30 masa
bersamaan 15 jam seminggu dan setiap kelas tu setengah jam je weh. Sila nanges bawah meja sebab letih gak aaa turun naik tangga keluar masuk kelas especially bulan
Ramadhan. 1.30 tak sempat guling-guling atas sejadah lepas Zohor terus kena guide budak Tadarus pulak lols😂)
Tapi yang seronoknya, bila mengajar ramai student tu makin
bertambah pengalaman & improve skill mengajar InshaAllah. Dan lebih ramai
kenal student (walaupun payah lekat nama). Kalau sebelum ni, memang sehati
berdansa dengan anak-anak 3 Tolhah je sebab saya ajar kelas tu je 7 subjek
& halaqah Quran petang. Puji, sayang, melawak, bengang, emo, rotan, geram
sampai rasa nak nanges, cubit dan segala macam hormone disorder tajah tu memang
diorang je hadap. Wallahi banyak ujian kesabaran sepanjang dengan diorang tapi
2 bulan membina keserasian & seminggu tak jumpa (minggu exam) tajah
rinduuuu. Sebab dalam kenakalan tak berapa dengar kata tu, bising membingitkan
telinga tu, patblas kali kena ulang benda sama tu, menulis & menyalin versi
slow motion tu, pensel or buku asyik tak bawak tu, Aidil punya pemalas tahap
tak pernah buat keja sekolah tu, Fahmi yang datang sekolah untuk melukis je
kekdahnya tu, dan segala tu tu tu yang zahirnya nampak kategori ‘pelajar kelas
belakang’, diorang hakikatnya sangatlah innocent. Tak pernah sombong &
berkasar dengan guru. Kalau mintak tolong memang berebut. Tak termasuk
kecomelan-kecomelan perangai & pertanyaan naïf depa. Dan sebenarnya
bukanlah depa tak pandai, tapi antara dua ; Allah bagi lambat faham sedikit
atau sebab kuat main. Jenis yang ada struggle untuk pandai pun ramai je.
Maka, sila bagi sebab
untuk tajah tak sayang 😍
Those are the perks of teaching anak-anak kecil. Geram or
sakit jiwa tahap mana pun kita, memang takkan lama & tak sesekali letak
dalam hati sebab kita tau diorang budak lagi. Dan begitu jugak diorang, dalam
asyik kena potpet tu pun tetap berlari eksaited bila tajah masuk kelas &
buat soalan sedih bila tajah lama tak masuk. Subhanallah bersih betul hati. Kesalahan
diorang bila difikir secara rasional, I know they never meant to.
Tak cerdik dalam belajar takpa, asal cerdik dalam akhlak
& agama InshaAllah. Doakan tajah jugaJ
Ok await jadi karangan “Kesayanganku 3 Tolhah” pulak ni kbai