'>

Tuesday, July 24, 2018

Mereput is a job too, y'know?

Saya ada tiga adik kat rumah yang mana ketiga-tiganya masih sekolah rendah, maka sekarang korang hanya perlu imagine keadaan rumah saya pagi-pagi tatkala si Subuh nak daftar I/C letak nama Subuh Bin Gajah. Maka havoc la suara Umi membangunkan ketiga-tiga ketulnya, saya syak Umi dulu komander kawad πŸ˜† Dan saya pun kengkadang terjebak kena bebel kalau baju sekolah diorang belum iron, sebab kalau diorang lambat siap nanti automatik Umi pun lewat pergi kerja.

 Setelah selesai mengungkit isu punch card sokmo merah, isu lain kali kalau lambat Umi tinggal, isu lauk semalam kenapa tak tudung saji, isu Faiz Roslan dan sebagainya (tiberr),  Umi akan paksa adik-adik semua minum susu dan kurma supaya sel otak berhubung kemudian berangkatlah ke sekolah. Adik yang bongsu (Nanang) chill sikit sebab dia ke sekolah dengan Baba jadi anak chekgu, lewat pun apedehal. Berbeza dengan saya suatu ketika dahulu, tiap hari peluk kaki meja nangis hantuk kepala di dinding sebab lambat pergi sekolah. Pantang tujuh keturunan pergi sekolah tengok orang dah siap perhimpunan Ahad, rasa berdosa gila. Mustahak bebeno ucapan Guru Besar dan guru bertugas dalam menjamin kesejahteraan hidup seorang Alya sepanjang minggu tersebut. Berkat la orang kata. Pulak tu nanti terlepas tengok pengawas sekolah yang lead ikrar Rukun Negara up maka kami rakyat Malaysia berikrar dan berjanji blablabla pastu nanti nak turun tangan pun sebut ‘up’ lagi sekali. Saya selalu jerit dalam hati DOWN LA WEHHH DOWNNN! Fuh English fail betul pengawas ni, mesti sebab selalu ponteng kelas buat-buat pergi jaga barisan kantin.πŸ˜‚

Okay jadi around 1.30-2.15 p.m gitu Baba akan pulang bersama Nanang dan pergi pick up lagi dua ketul tu kat sekolah diorang. By that time saya pun dah prepare lunch untuk adik-adik, Baba tak makan pasal beliau eksyen tak hadap masakan anak-anak. Makan istewi dia masak jer.  Alhamdulillah adik-adik jenis bersyukur kalau saya goreng telur mata dengan kicap je pun diorang siap menambah hahaha. Tapi jarang la kejam gitu, selalu I praktis nak masuk My Kitchen Rules tu bior la syok sendiri pun janji adik puji. Berani tak puji?????? Kakya mogok tak masak padan muka lapor belaka hahaha πŸ˜‹ Standard la kakak-kakak memang perangai serupa Firaun sikit

Pastu petang pukul 5.30-6.00 gitu si emak pulang dengan Citra Perahu dan nada masuk rumah mesti nyanyi “Assalaaaaamualaikum”. She does that all the time, kalau boleh nak voicenote kat sini nada dia tu kasi korang dengor haha. Then kami borak la selalunya, pasal masak apa tadi ke, pasal Maimun or Janet  saja nak bagi saya pahala lebih dengan cara berak tepi pintu ke (jenis kucing tak kenang budi ni, penat bagi makan), report pasal adik mencarut pastu balik sekolah malas mandi ke pasal Umi lagi sikit nak smackdown staff dia sebab pemalas ke dan sebagainya la hahaha haa jangan memain Umi saya, dulu pernah menang rebut tali pinggang dengan John Cena. Undertaker pun tak berani keluor mata putih depan Umi. πŸ˜‚Tapi bergantung pada mood masing-masing la sembang, takde mood ok dah tasbih Kafarah duk je dediam masuk bilik hari ni takde halaqah Asar.



So basically itulah cerita cuti semester saya di siang hari weekdays sepanjang 3 bulan ini, Bibik in the making. Skip la part saya membuta kemenda tu hahaha biasa la Bibik PATI naik sampan dari Indon, penat mendayung tak habis lagi. Itu yang kena qada’ tidur lebih sikit.

Kenapa tak kerja? First sebab susah cari kerja yang nak terima pekerja sementara. Second, dok cari pun hahaha sebab kekgi cuti rasa cepat habis xD Now I got too much time to kill yay
Tapi tinggal sebulan lebih je lagi sobs.

Walaupun mereput, saya happy je sebenarnya duk rumah (Cuma kengkadang ada la time rasa lifeless, feeling nak keluar dengan family ke kengkawan ke). Sebab nanti bila balik U memanjang rasa semak hadap esaimen apa semua,  belum campur bab kutip duit syiling celah katil tak cukup duit nak beli lauk sambal ubi Kafe Hasnah lagi fuh. Tapi tak menyesal pun sambung belajar, nak rasa manisnya ilmu kena la hadap kepayahan dulu. Gitew ayat penyedap hati.

Cuma itulah, terbantut proses nak belajar masak segala menu sampai power ni. Nak jugak jadi macam Umi, pejam mata sekali libas zasss je kuali tu terbalik terus terhidang lauk empat lima jenis. Saya nak masak sejenis je pun perlu istikharah tiga hari dua malam.

Benarlah sesungguhnya semakin dewasa kita akan semakin menghargai moment bersama keluarga. Saya dah terbiasa duk asrama sejak Tingkatan 1, budak asrama memang faham la konsep dah biasa berjauhan maka tak betah berlama-lama main polis sentri one two jaga polis mati terkinja-kinja sensorang kat rumah ni. Bukan tak happy dengan family, tapi kisahnya lain sikit sebab kawan sebaya dah masuk piramid keperluan badan lepas karbohidrat kot, mestilah sebulan tak jumpa jadi rindu siap post gambar I πŸ’“ mY FriEndS tag satu asrama. Huruf kecik besar itu penting ya kawan-kawan demi menggambarkan keikhlasan.

Tapi itu dulu, zaman remaja rebel orang kata. Sekarang bila dah makin tua (sikit) baru insaf dan menyedari bahawa kebahagiaan bersama keluarga memang priceless. Ibu bapa tak hidup selamanya dan even kita sendiri pun tak kekal di dunia.
Saya redha orang selalu cop “Muka Balik” setepek atas dahi saya or letak nama Alya Al-Balik sebagai contact name. Tabah dibahan 'ANAK MANJA' sambil direjam dengan batu secara berjemaah pastu kena sorok selipar sobs I nangis kaki ayam balik asrama ok guro je.

Umi Baba sokmo kata rugilah kalau belajar dekat tapi tak kutip pahala tengok muka Umi Baba. And I always think like parents ni sebenarnya dia nak kita ada je, dah cukup menggembirakan walaupun takde la 24/7 seminggu 360 hari depan mata. Walaupun tak dapat balik tiap minggu sebab kengkadang busy esaimen tak siap dasar manusia last minute atau ada program atau sen kering nak bayar Grab kebenda dan pelbagai atau lagi kan tapi saya still rasa macam halahhh halahhh sangat bila tak balik.

Well they say, baiti jannati.

Saya bukan anak manja. Anak solehah jauh sekali, tapi InshaAllah suatu hari nanti.
Moga dapat membahagiakan ibu bapa dunia akhirat, Amin.

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Friday, July 13, 2018

Tenang.

                     





Kerap kali kita tersungkur jatuh saat berdiri di atas angan-angan, kerana ada ketika ia rapuh digoncang takdir. Akan tetapi akhirnya kita mampu bangun lagi, berpaut pada doa dan harapan bahawa Tuhan itu tidak akan sesekali meninggalkan kita sendirian, dan tidak pula mengecewakan.

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Monday, July 2, 2018

to stay or to leave

These days a few of my close friends keep sharing their love problems with me, dah agak lama sebenarnya the self proclaimed “Doktor Chenta” in me tak beraksi. Kah. Bukan power pun, dari dulu pandai merapu saja padahal diri sendiri ke laut. Tapi itulah, mungkin kadang-kadang orang cuma perlukan telinga untuk mendengar, untuk dikongsi beban perasaan. Itu dah cukup melegakan walau kita tak mampu nak fikirkan solusi.

Loving someone is like giving them ability to hurt us, hoping that they won’t, is it? Macam bagi pisau kat orang, at the same time harap tak ditikam. Tapi walau macam mana berhati-hati pun, you will still end up getting wounds or scratches. Memang tak boleh elak dari disakiti atau menyakiti at least once in a lifetime.

Cuma bezanya mungkin antara worth it atau tidak.

However I would like to mention,
Respect others and don’t forget to respect ourselves too. Dalam sesetengah perkara, letak kebahagiaan diri sebelum orang lain. It’s not about being selfish, tapi menjaga diri. We deserve someone who value us as a person, who’s always sure about us. Kalau kita banyak berkorban perasaan knowing that orang sebelah sana takkan menghargai, atau kalau benda yang patut diperjuangkan bersama tapi at the end cuma tinggal kita, then it’s not worth fighting for. Know when is the right time to walk away, to stop trying and save ourselves from severe heartbreak.

Cinta bukan melemahkan, tapi menguatkan. Dan tak menjadikan kita terhina.

Falling in love is not always fireworks and sparkles, bukan juga a bed of roses, kalau with thorns tu mungkin. Memang ada masa kita terluka. Tapi kalau MOST of the time you get hurt, then maybe you should reconsider.  Kadangkala kita mendahulukan hati berbanding akal, like people say lah IQ orang bercinta selalu jadi rendah harhar. Biasalah, sayang.

But still, know our limit. Know our worth.
Moga Allah jaga hati kita dari kekecewaan yang sia-sia.
Dan moga setiap serpihan hati yang berderai itu tercantum semula.

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Wednesday, March 14, 2018

Wordless Friday

                                           

Manusia memang suka menilai kesempurnaan pada sesuatu yang mereka tak punya.
Lalu terlupa- bersyukur dan merasa cukup apa adanya itu berat, tetapi itu yang menjadikan segala rezeki kita extra nikmat.

Sometimes not everything will come into our way and that's okay, as there's already too many things to be thankful for.
Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)