'>

Sunday, January 15, 2017

Final Exam.


Maka sebelum ana kembali bertapa di gua, sukalah ana untuk memaklumkan kepada entum sekalian bahawa hari ini ana dah dapat jadual Final Exam ana. InshaAllah tepat mengikut anggaran awal kami yakniii 27 Februari 2017, tapi  semua MTQN akan bertolak awal ke DQ untuk study week. Jangan risau kerana tidak sesekali kami menyimpan cita-cita untuk merealitikan drama pencarian Suami Aku Huffaz MTQN shooting dekat tasik DQ sepanjang tempoh tersebut, memandangkan masing-masing konfem sibuk mereput saja demi mengulang & study huhu. Nampak dah kat situ ciri-ciri insan cemerlang, last minute version belaka haha. Tajdid niat please Alya. Exam ni sebagai penguat semangat untuk dekat dengan Quran sahaja, bukan matlamat utama.


  

                Lihatlah betapa kacaknya jadual exam saya. Gap cantik punya, langsung takda HAHA


Terima kasih group wakil pelajar JAKIM Semester 6 gabungan DQ & MTQN yang ahlinya semua tak kedekut share maklumat & soalan spot (walaupun annoying sangat suka spam masa exam terutama bila syukbah dia habis paper awal & KENAPA SEM 5 BARU TERFIKIR NAK BUAT GROUP haha) dan terima kasih untuk kenalan saya dari MTQ Perlis yang sejak exam Sem 3 kot (Lepas Ihtifal Huffaz) sampai sekarang tak pernah tak share segala spot yang ada, walaupun tak kenal personally & contact betul-betul atas landasan imtihan dan guna konsep cari masa susah sahaja haha.

Tiba-tiba sesi penghargaan kan dah kenapa


Senior pesan "Al-Quran bukan nak kepada orang yang cerdik, tapi kepada orang yang RAJIN". kk geraklu

*Syukbah = Course
*Tasfiyah = Peperiksaan Ulangan

P/S : Motif entri sebenarnya nak mintak doakan je dan mesej tersirat nak bagitau lepas ni mungkin tak update lama. Doakan moga Allah permudahkan kami semua! :) 💓😊


Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

No comments: