Mana taknya, Jadual 3 Tholhah pukul 8.00 pagi sampai 1.30
tengahari tu dibahagi berdua je dengan Kak Farwah, jadual pulak tak stabil. Ada
hari yang kelas kami sama banyak, ada yang kelas dia sikit sampai 3 masa je
sehari tapi saya banyak and vice versa. Kot bosan jugak la bebudak tu tengok
muka kitorang, 14 subjek cikgu sama je keluar masuk haha :’) Dah la halaqah
Quran 2.30-4.30 petang tu tajah sorang ni jugak yang hadap kelas depa. Dua tiga
hari awal tu depa gerun lagi, tapi dah lama sikit haa start dah buat perangai
nak kena campak luar tingkap. Hingaq macam pasaq. Pulak tajah ni bila dah takde
suara, slow down la sikit. Nasib baik ramai je volunteer tolong jadi speaker
tajah siap back up “WOII DIAM AH SIAN USTAZAH TAKDOK SUARA DOH SEBAB MU BISING
SANGAT!” haha comel betul walaupun kadang-kadang dia sama je bising.
Tapi yang pandai & rajin belajar takyah diketuk banyak
kali ada je. Nasa’i, Nuruddin, Izzati. Yang lain tu most of the time masuk kategori menyembang yang
sekali ketuk sekali buat, atau geng “Tak bawak buku” pastu bila paksa cari
dalam beg tetiba magik pulak boleh jumpa, padahal tak pandai baca nama subjek
kat buku pastu malas menulis lol. Cuma boleh dikatakan majoritinya memang buat
setiap kerja yang tajah bagi, tapi effort tajah kena gigih la nak ketuk banyak
kali, diorang kalau menulis memang slow. Kena cari inisiatif lain macam offer
gula-gula kalau siap awal, tak siap takleh rehat, rampas/campak mainan diorang
luar tingkap dan sebagainya. Tapi yang cutenya diorang rajin kalau suruh
tasmik/mengaji dengan tajah ^^ (sebab boleh makan madu & kismis kehkeh) .
Banyak karenah betul 3 Tholhah, sebab tu dalam geram tu serius tajah sayang.
Tahap kegarangan saya rasanya dah sampai tahap medium (okay
la tu newbie) keje asyik jerit & libas meja depa dengan bulu ayam besi tu je. Tapi
diorang tetap cakap banyak kali - suka ustazah Alya masuk sebab garang sikit tapi baik hohoho terhawu๐. ‘Baik’
la nak dibandingkan dengan asatizah senior lain, power woi asal cakap nak
mengamuk je bunyi. Kagum, dengan aku sekali gentarrr campur kesian haha. Entah
la, diri sendiri tak sampai hati nak kasar sangat sebab depa budak lagi, baya
adik saya je. Harith pun slow learner so boleh paham la. Emosi sesetengah dari diorang macam belum matang sesuai umur, kejap-kejap mengamuk bergaduh pastu nanges tak tentu hala. Ada time yang kita
perlu pujuk & puji, bukan marah je semedang. Lagipun masa praktikal I tajah
pra asyik kawan dengan bebudak je, tak biasa tinggi suara :3 (fail betul cikgu
ceni) Apapun setakat ni inshaAllah boleh sabar lagi, geram tu memang tapi biasa la bebudak dan diorang tak pernah masuk kategori kuaja & menjawab dengan tajah. BERANI NOK BUAT GITUUUU? haha
I love kids so much, but at some points I don’t think like I
was really born to be a teacher, especially tajah sekolah rendah yang
memerlukan suara petir & kegarangan tahap dasat untuk buat the whole class
totally in control. Tapi tamau give up lagi, awal sangat nak downkan diri
sendiri. InshaAllah berbaki few months ni I’ll try my best, kemon lah Alya hang
bukan amik course perguruan pun. Kira okay la ni for a newbie with no basic hahaha
pujuk hati. Kakak-kakak sana kata biasa la awal-awal pun diorang seminggu dua takde suara, pastu okay la dan suara jadi lebih lantang. Pecah suara orang kata (lol that just sounds so wrong).
Kirim doa untuk saya please! ๐
No comments:
Post a Comment