'>

Tuesday, April 4, 2017

Kak Tajah

Nabi kata bila Allah inginkan kebaikan bagi seseorang, Dia menjadikannya faqih dalam agama.

Dan sangat bersyukur kalau itu yang Allah nak bagi sekarang, melalui rezeki sebagai Kak Tajah di Madrasah Darussalam. Balik dari MAIDAM, tetiba Umi drive sampai depan Madrasah dan bagitau dapat keje. Buat surprise la kira sebab beliau tau fon saya mati, maka I had no idea haha comel je Umi. Tekezott yang amat sebab tak expect pun dapat memandangkan iv hari tu rasa hampeh semacam. Otak karat lepas sebulan mereput haha. Tapi betul la rezeki Allah ada di mana-mana.

Bila sampai tu ada lagi sorang akak ni diterima kerja sekali, Kak Farwah dan dia yang dipanggil dulu untuk serahan tugas. Then ada usrah, kagum la ada usrah guru wehh walaupun sebulan sekali je haha. Silibusnya kitab “Membina Fikrah Harakiyyah Islamiyyah” maka saya kembali mendengar istilah-istilah yang dah ditinggal sejak 4 tahun lalu Alhamdulillah uhuhu. Pastu disambung dengan meeting pasal Tamrin Tarbawi minggu depan (serius rasa macam balik zaman MPP je lol).

Kalau time praktikal kat SK Padang Midin dulu saya macam alone sadis sangat sebab semua cikgu berusia saya sorang je muda, kat sini Alhamdulillah majoritinya Ustaz & Ustazah muda 20an 30an camtu kecuali a few. Tapi lepas taaruf dalam meeting tu Mudir kata saya adik bongsu huhu. Dan mereka nampak sangat rapat & riuh antara satu sama lain, like how usrah mates should be. Maka rasa sangat lega and hope that I could get along very well too InshaAllah.

Nak ikut gaji, tak expect la tinggi sebab nama pun madrasah. Tapi Baba kata, apa yang penting ialah belajar tentang kehidupan. Belajar menghadapi suasana kerja untuk akan datang. I'm having a few insecurities like macam mana nak kawal kelas memandangkan saya bermasalah dalam bab cakap kuat-kuat, secondnya madrasah tu jauh dan saya tak pandai drive so how can I be on time setiap pagi, also nak ajar benda-benda yang dah tak berapa ingat. Kena study balik. Guru kat situ tak ramai, jadi sorang kena ajar banyak subjek- bukan subjek Diniah & hafazan je, subjek akademik pun. Redah je la nak oi hahaa

Overall, saya bersyukur sebab Allah bagi peluang untuk mengajar dan belajar. And now my cuti is officially over peh malasnyaaaa. Doakan saya!

Jumaat.
31 Mac 2017

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

No comments: