'>

Thursday, January 12, 2017

Sudah matangkah orang itu?


     Betul la kot orang kata usia itu mematangkan-- walaupun kadang-kadang kematangan tak boleh diukur pada usia. Tapi bila tengok balik, I think I've learnt so much throughout these years. Tak la banyak sangat, tapi mampu la kot mengubah seorang Alya yang huha huha kepada yang sedikit kurang huhanya (at least berbanding dulu haha). Dari pemikiran yang macam tu jadi macam ni, Dari cengeng dan terlebih lembut hati menjadi lebih belajar mengawal emosi. Dari matlamat dekat dekat sahaja, sekarang dah setting matlamat lebih utama dan belajar menyusun prioriti mengikut masa. Dari gaya penulisan yang penuh kebatakan menjadi em ada la bunyi kakak-kakak sikit cehceh haha. Dan ada la lagi perubahan lain, positif memang ada tapi negatif pun tak kurang banyaknya huhu.

   Sekarang kalau tengok junior yang huha huha, kadang-kadang senyum sensorang. Punya la rasa aura tua final year tu kan. It feels like.. I used to be like them. Pernah senakal itu. Sebollah itu, Pernah buat dan rasa macam tu bahkan lebih dari tu memandangkan perangai kami satu batch memang susah nak dihadam kepelikkan dan kejenayahannya haha. Tapi bak kata Cikgu Zanariah kat adik-adik, "Awak tengok abang kakak awak yang SPM 2013 tu, perangai nakal tapi result terbaik". GILA TAK BANGGA? Hahaha. Em tapi nak bangga sangat pun tak boleh sebab saya tak straight A's pun haha :( Math & B. Arab kecundang B+ sahaja, mungkin sebab banyak dosa eh.

Saja tayang zaman kegemilangan hahaha


   Ehem, berbalik kepada topik awal perenggan, Sebenarnya bersyukur sebab pernah ada fasa jahiliyah (sekarang pun masih jahil, doakan) & pengalaman-pengalaman buat salah sebab sedikit sebanyak boleh belajar untuk memahami ragam manusia, jiwa remaja. Kalau agak-agak tengok junior buat salah jadi nak pandang dengan muka kerek tu, teringat balik zaman nakal diri sendiri pun ada lagi teruk dari tu. Siap kalau junior cerita kisah diorang terus jadi rinduuuuu. Time depa cerita masalah, mintak nasihat ke apa tu boleh la sikit-sikit buat sesi sharing moment based on pengalaman ciput kan. Dan bersyukur pernah buat salah, sebab melalui semua tu saya belajar dan Allah susun cantik-cantik jalan hidup yang tak pernah disangka. Bersyukur pernah buat nakal, sebab memori itu yang dikenang sampai tua mereput nanti, kang kalau nerd je takde benda pulak nak throwback dalam group Wasap kelas haha. Bertahun dah tamat zaman kegemilangan tapi tak habis throwback sambil masing-masing "Wakpe kita gitu dulu? Dok matured langsung Hahahaha". Ayat cliche la tu. Buat-buat persoalkan perangai bingai sendiri, menyampahnya haha. 

   I guess we're all a bit grown up now Alhamdulillah. Tak la matang mana pun tapi em ada la sikit-sikit sel otak yang baru berhubung. Just.. Tak mintak banyak, mintak doakan saya je tau :)
   

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

It's me again.

  So I finally have the urge to start updating again, after a few years. Lama sangat fasa beruzlah haa. Most of my old posts telah ditong sampahkan ke dalam draft sebab bila baca balik rasa nak selam diri sendiri, like seriously WHY DID I WROTE SUCH CRAPS? Tahap tak matang tu memang mengundang makian masyarakat betul, lagi ada hati nak berbelog huhu. Okay sikit sikit je kutuk diri sendiri.

  Now Alhamdulillah I’m on my final sem, life’s so hectic with the mini thesis and upcoming final exam next month, tapi tetiba ada rasa nak update blog seposen dua supaya later on bila bertambah umur saya boleh recall balik apa-apa yang dah lupa. Boleh tengok balik diri sendiri camana gaya, apa yang saya dah achieve, perjalanan hidup yang dah jauh bertapak-tapak ke depan (kalau Allah izin). Bila baca balik post-post zaman form 3 dulu, I feel so old for not remembering things. Memandangkan for the time being saya dah tak menulis diary, cuma sekali sekala tulis notes kat henpon atau caption ig & merapu kat Wechat, maka blog ni akan jadi half of an online diary sebab menulis ni memang passion dari kecik dan cara express emotion walaupun tah hape hahaha. Please drop down your expectation dan ambil yang baik-baik saja kalau ada, okay?



  Kejap je rasa dah nak habis belajar kat sini, I will surely miss this place, big time. Sungguh belum sedia lagi nak hadap dunia luar, walaupun nak cepat habis tapi tahu je akan datang dah sah-sah akan rindu tempat ni. Tapi nak buat cemana, kita berjalan dan sampai masa kita akan berhenti. Lepas tu kita akan mula balik dengan perjalanan baru. Pray that I could end this thing well, will ya? Doakan semoga saya & sahabat-sahabat ingat Quran, grad dengan cemerlang. Amin inshaAllah.

See you when I see you! ;)

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Saturday, July 20, 2013

On This Time

Anneyong haseyo.How's your Ramadhan? "Dude,it's still early." jawab kawan aku-Yani.Heh. Belum terlewat sangat kot if aku nak ucap Salam Ramadhan Kareem, kan? Moga Ramadhan kali ni jadi the best untuk kita. Bulan tarbiyyah, bulan taqwa.
Alhamdulillah, Ramadhan aku tahun ni agak better dari tahun lepas dari segi ikut peraturan asramanya. Hoho.Rajin berbuka kat masjid ngan kurma & air pastu Maghrib berjemaah.Sudah tu, baru makan kat dewan makan. Tahun lepas, awal-awal dah tercongok kat dewan makan or at least kat bilik. Suka balik berbuka kat rumah pulak tu.Peh, jenayahnya perangai. --" Terawih kat asrama pun entah ke mana. Tahun ni? Alhamdulillah belum miss, kecuali bila balik rumah kena jaga adik.Kakak mithali ah kononnya. Hee.
Insaf sikit. Juga tanda 'akram'kan sahabat- Exco Dakwah, dearest Izzah. Jadi rajin je follow-up aktiviti masjid.
Tapi dari segi penghayatan,sejujurnya tahun ni agak kureng.Khilaf diri sebenarnya.Allah,guide me.Kita tak pasti kot ini yang terakhir,kan ? Pulak tu Lailatul Qadr ganjarannya lebih awesome dari 1000 malam (lebih kurang 83 tahun camtu) Risau. Kot tak mampu hidup selama tu.Rugi wehhh

And so, lets go Ramadhan-marathon yang bukan hanya tahan lapar, juga tahan hati,mata,telinga,lidah dan segalanya dari dosa,InshaAllah. Syaitan kena ikat, so anything yang kita buat tu, datang dari diri dan nafsu. That's YOU.Masa ni la pun nak tau iman kita tahap mana. May Allah guide every step of our Hijrah, amin ^^
Get yourself a fantastic Ramadhan ! :D
#Trial lepas raya :(

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Friday, January 11, 2013

Tahun 2 .

So yesterday I went home from IQT ,after almost two weeks of being a Banat Tahun 2 .Senior-feelings ?No ,not yet .Tahun 1 will be coming on 4th February .So, wait, until then I shall be a senior,again .
SPM-fever belum mula, and so does the azam tahun baru and all. Hihi kidding, they does, a little. Well at least kan.My Math teacher said that all of us must speed up by now, bukan tunggu bulan 6 nanti baru nak sungguh-sungguh. So InshaAllah, I'm gonna fight this malas-malas feeling. Fuuu -_- Especially for Math. U guys better don't ask for my marks on last final-year exam, it was really tenuk. I mean tenat. Please ask for my Sejarah marks instead. Alhamdulillah ,suka youuuu :DDD Tak sia-sia I tidur dalam kelas masa Cikgu Aida bercerita 😝 K tak kelako

 I got A- in English.So now I should practise more and more. Good thing is that novel The Curse tu best xD
Tasmi' Quran ? I've done with only 2 maqra' last week.Ustaz Raslan was kinda busy,though.Ahad ni pun beliau cuti.Actually ,we all are a bit busy too with the trouble-some lawatan on 30th January, hias kelas, and also persembahan untuk jamuan 'Senior dihormati.Junior disayangi'.Yeah.Too good to be true -,-
Last night, I was enjoying my singgang soup when my face suddenly put up a smile, and I wondered why (Takyah wonder sangat, memang tahu kenapa haha).So I recited Al-Fatihah instead of bursting into tears.
Will be updating soon, keep missing me hoho ^,^  From Jordan with loves.Kononnya lah.Pray for my success !

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)