
Saya ada tiga adik kat rumah yang mana ketiga-tiganya masih
sekolah rendah, maka sekarang korang hanya perlu imagine keadaan rumah saya pagi-pagi tatkala si Subuh
nak daftar I/C letak nama Subuh Bin Gajah. Maka havoc la suara Umi membangunkan
ketiga-tiga ketulnya, saya syak Umi dulu komander kawad π Dan saya pun kengkadang terjebak kena bebel
kalau baju sekolah diorang belum iron, sebab kalau diorang lambat siap nanti
automatik Umi pun lewat pergi kerja.
Setelah selesai
mengungkit isu punch card sokmo merah, isu lain kali kalau lambat Umi tinggal,
isu lauk semalam kenapa tak tudung saji, isu Faiz Roslan dan sebagainya
(tiberr), Umi akan paksa adik-adik
semua minum susu dan kurma supaya sel otak berhubung kemudian berangkatlah ke
sekolah. Adik yang bongsu (Nanang) chill sikit sebab dia ke sekolah dengan Baba
jadi anak chekgu, lewat pun apedehal. Berbeza dengan saya suatu ketika dahulu,
tiap hari peluk kaki meja nangis hantuk kepala di dinding sebab lambat pergi
sekolah. Pantang tujuh keturunan pergi sekolah tengok orang dah siap
perhimpunan Ahad, rasa berdosa gila. Mustahak bebeno ucapan Guru Besar dan guru
bertugas dalam menjamin kesejahteraan hidup seorang Alya sepanjang minggu
tersebut. Berkat la orang kata. Pulak tu nanti terlepas tengok pengawas sekolah
yang lead ikrar Rukun Negara up maka kami rakyat Malaysia berikrar dan berjanji
blablabla pastu nanti nak turun tangan pun sebut ‘up’ lagi sekali. Saya selalu
jerit dalam hati DOWN LA WEHHH DOWNNN! Fuh English fail betul pengawas ni, mesti sebab selalu ponteng kelas buat-buat pergi jaga barisan kantin.π
Okay jadi around 1.30-2.15 p.m gitu Baba akan pulang bersama
Nanang dan pergi pick up lagi dua ketul tu kat sekolah diorang. By that time saya pun dah prepare lunch untuk adik-adik, Baba tak makan pasal beliau eksyen tak
hadap masakan anak-anak. Makan istewi dia masak jer. Alhamdulillah adik-adik jenis bersyukur kalau saya goreng telur mata dengan kicap je pun diorang siap menambah hahaha. Tapi
jarang la kejam gitu, selalu I praktis nak masuk My Kitchen Rules tu bior la
syok sendiri pun janji adik puji. Berani tak puji?????? Kakya mogok tak masak padan
muka lapor belaka hahaha π Standard la kakak-kakak memang perangai serupa Firaun
sikit
Pastu petang pukul 5.30-6.00 gitu si emak pulang dengan Citra
Perahu dan nada masuk rumah mesti nyanyi “Assalaaaaamualaikum”. She does that
all the time, kalau boleh nak voicenote kat sini nada dia tu kasi korang dengor
haha. Then kami borak la selalunya, pasal masak apa tadi ke, pasal Maimun or
Janet saja nak bagi saya pahala lebih
dengan cara berak tepi pintu ke (jenis kucing tak kenang budi ni, penat bagi
makan), report pasal adik mencarut pastu balik sekolah malas mandi ke pasal
Umi lagi sikit nak smackdown staff dia sebab pemalas ke dan sebagainya la
hahaha haa jangan memain Umi saya, dulu pernah menang rebut tali pinggang
dengan John Cena. Undertaker pun tak berani keluor mata putih depan Umi. πTapi bergantung pada mood masing-masing la
sembang, takde mood ok dah tasbih Kafarah duk je dediam masuk bilik hari ni
takde halaqah Asar.
So basically itulah cerita cuti semester saya di siang hari
weekdays sepanjang 3 bulan ini, Bibik in the making. Skip la part saya membuta
kemenda tu hahaha biasa la Bibik PATI naik sampan dari Indon, penat mendayung
tak habis lagi. Itu yang kena qada’ tidur lebih sikit.
Kenapa tak kerja? First sebab susah cari kerja yang nak
terima pekerja sementara. Second, dok cari pun hahaha sebab kekgi cuti rasa
cepat habis xD Now I got too much time to kill yay
Tapi tinggal sebulan lebih je lagi sobs.
Walaupun mereput, saya happy je sebenarnya duk rumah (Cuma
kengkadang ada la time rasa lifeless, feeling nak keluar dengan family ke
kengkawan ke). Sebab nanti bila balik U memanjang rasa semak hadap esaimen apa
semua, belum campur bab kutip duit
syiling celah katil tak cukup duit nak beli lauk sambal ubi Kafe Hasnah lagi
fuh. Tapi tak menyesal pun sambung belajar, nak rasa manisnya ilmu kena la
hadap kepayahan dulu. Gitew ayat penyedap hati.
Cuma itulah, terbantut proses nak belajar masak segala
menu sampai power ni. Nak jugak jadi macam Umi, pejam mata sekali libas zasss
je kuali tu terbalik terus terhidang lauk empat lima jenis. Saya nak masak sejenis
je pun perlu istikharah tiga hari dua malam.
Benarlah sesungguhnya semakin dewasa kita akan semakin
menghargai moment bersama keluarga. Saya dah terbiasa duk asrama sejak
Tingkatan 1, budak asrama memang faham la konsep dah biasa berjauhan maka tak
betah berlama-lama main polis sentri one two jaga polis mati terkinja-kinja
sensorang kat rumah ni. Bukan tak happy dengan family, tapi kisahnya lain sikit
sebab kawan sebaya dah masuk piramid keperluan badan lepas karbohidrat kot,
mestilah sebulan tak jumpa jadi rindu siap post gambar I π mY FriEndS tag satu asrama. Huruf kecik besar itu penting ya kawan-kawan demi menggambarkan keikhlasan.
Tapi itu dulu, zaman remaja rebel orang kata. Sekarang bila dah
makin tua (sikit) baru insaf dan menyedari bahawa kebahagiaan bersama keluarga
memang priceless. Ibu bapa tak hidup selamanya dan even kita sendiri pun tak
kekal di dunia.
Saya redha orang selalu cop “Muka Balik” setepek atas dahi
saya or letak nama Alya Al-Balik sebagai contact name. Tabah dibahan 'ANAK MANJA' sambil direjam dengan batu secara berjemaah pastu kena sorok selipar sobs I nangis kaki ayam balik asrama ok guro je.
Umi Baba sokmo
kata rugilah kalau belajar dekat tapi tak kutip pahala tengok muka Umi Baba.
And I always think like parents ni sebenarnya dia nak kita ada je, dah cukup
menggembirakan walaupun takde la 24/7 seminggu 360 hari depan mata. Walaupun
tak dapat balik tiap minggu sebab kengkadang busy esaimen tak siap dasar
manusia last minute atau ada program atau sen kering nak bayar Grab kebenda dan
pelbagai atau lagi kan tapi saya still rasa macam halahhh halahhh sangat bila tak
balik.
Well they say, baiti jannati.
Saya bukan anak manja. Anak solehah jauh sekali, tapi InshaAllah
suatu hari nanti.
Moga dapat membahagiakan ibu bapa dunia akhirat, Amin.
Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)