'>

Monday, October 30, 2017

Hold On

To whom will you hold on to
When things go rough and not coming into your way
When the ache in your heart is unbearable till the tears from your eyes speak louder than your words
When you feel distant and alone, long gone those promises to stay through thick and thin
When crying yourself to sleep has started to become a routine
When you keep blaming yourself for being too weak and helpless
When you feel like you can't go on anymore
When you realise that everyone promises forever until they find someone better
When everyday you have to think on what did you ever do to them until they hurt you this way
When you have to pretend like you're okay with it all
Act like there's nothing wrong although it takes the whole courage in you to do so 
When you lose hope that tomorrow will shine brighter and be better than ever
So to whom will you hold on to?

My dear broken hearted ones,
Losing people or things, doesn't mean that we have to lose ourselves too.
Little do we know that Allah isolates us from them for a good reason, in which now we may have no idea why, but soon we will. Remember that the heartache in our hearts is just temporary as the temporary world that caused it. Be patience. Fasobrun jamil
Worry not, cause eventually you shall get over it and trust me, strong walls like you just shake but never collapsed.
Be patience. Be sabr. The road of sabr may not be a bed full of red roses, but Jannah is beyond that. Trust Allah with all of our heart and noted that He knows what's the best for us. Beriman pada sifatNya yang Maha Mengetahui sedang kita tidak mengetahui. 
Keberadaan manusia itu bukan untuk selama-lamanya, sampai masa mereka akan pergi meninggalkan kita dan melupakan janji-janji mereka kerana makhluk itu sifatnya mengecewakan. 
Find comfort in Allah's promises, cause they're indeed lead to the word "forever". Tidak seperti janji manusia yang ada tarikh luputnya.

Lalu, sekarang selayaknya kita berpegang pada siapa?

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Gue Udah Bisa Nyetirrr

 Awal April hari tu I did mention about taking driving lesson and so yeah I completed all of them (hardly) then my JPJ test was held on 15th October 2017 kat BITARA. Sejujurnya saya memang LANGSUNG tak bersedia untuk ujian tu, memandangkan saya berada pada tahap pelajar lemah yang sering mengundang makian cikgu di dalam hati sebab tak pernah drive tanpa buat salah, lupa step tu dah satu hal kehkeh.

Saya sempat belajar hujung minggu sahaja, weekdays kerja dan masuk pertengahan bulan 9 dah sambung belajar. Weekend tu pun kadang-kadang terpaksa skip bila ada program dan sebagainya maka bila bertambah gap dari satu sesi ke sesi seterusnya, bertambah subur pula penyakit bengap dalam diri saya bila bawak kereta harhar. Setiap kali kelas, konfem cikgu beleteq "Bila laa nok dapat lesen dia ni sorang, sibuk sungguh" sampai tahap lesen L kena renew okay saya punya lama tuπŸ˜–

Dua hari sebelum test, saya betul-betul fokus dengan harapan nak lulus takmau repeat, sebab bila kena repeat maka melayang lagi duit dan masa. Duk rumah gigih juga cakap sensorang "Bunga tayar dalam keadaan baik..", "Tempat duduk telah dilaraskan.." peh masyi kalah hafal matan time final.

Pagi sebelum test saya bagitau cikgu, "Cikgu, saya dok confident πŸ˜“" dan minta practise lagi sekali atas jalanraya. Perasaan dah bercampur dengan gabra maka banyak gila salah. Turn saya nombor 3 sesi pertama, duk jap kemudiannya terus dipanggil untuk test jalanraya. I was like HAHHH? Sebab ingatkan test litar dulu. Alhamdulillah pegawai JPJ tu style tegas tapi tenang je, takde strict sangat kot, siap suruh bawak laju haha. Makanya dengan izin Allah, saya tak terkandas kat tempat-tempat yang biasa sangkut masa practice. Btw kalau korang bakal menghadapi test JPJ kat sini, ingat 3 tempat yang paling kena fokus :


  1. Jalan keluar dari lorong BITARA (jalan berbukit)
  2. Setiap U-turn
  3. Hadapan sekolah hadlaju 30km/j
Itu pesan cikgu saya la.

Then masa ujian litar, bukit Alhamdulillah smooth walaupun masa awal-awal belajar dulu punya la nak nangis setiap kali mengundur balik. Percayalah wahai adik-adikku sekaliannya, bukit sebenarnya senang yang amat bila dah tau teknik & feel kereta tu. Tenang okay? Kalau saya boleh konfem korang pun boleh!

Ha pastu kan tah kenapa time parking sisi mashaAllah enjin gurau main mati mati dua kali & saya lupa nak bagi signal kiriiiiiiii. Tapi untuk ujian-ujian seterusnya termasuk RPK & RSM tu cun je la.

Overall? 
                                       

Doakan lesen saya kelak tidak tersimpan dalam frame sahaja :3





Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Friday, October 20, 2017

17th October

What is so special about this one specific date sampai jadi title entry?

Jawapan :

Sebab tarikh ni ialah antara tarikh yang aku sangat syukuri. Kepada Allah yang Maha Memberi. Kepada ibu bapa keduanya yang gigih melahirkan dan membesarkan, hingga akhirnya aku dan mereka bertemu dan mencipta kenangan. Walau kini tidak lagi dekat dimata dan sentiasa ada, cukup aku tahu mereka ini sahabat-sahabat yang pernah bersama melakar cerita sejak masih hingusan mengenal dunia hingga saat ini, belum lagi berganjak pergi meski saling mengutus khabar hanya sesekali. 

NUR AIMI SYAHIRAH ANAK PEREMPUAN UNCLE RUSLE,
Mu & Kymah buatkan aku percaya dengan quote persahabatan yang lebih dari 5 tahun InshaAllah kekal selamanya. Kalian buatkan aku percaya, sahabat yang menyayangi kamu seikhlasnya walau arif mengetahui buruk baikmu, menyokong jatuh bangunmu, meraikan bahagiamu dan menangisi kesedihanmu, seikhlasnya mendoakan kebaikan untukmu -- itu wujud. Aku tahu sibuknya kita. Aku tahu kita masing-masing dalam fasa mengejar cita-cita yang kini dasarnya jauh berbeza.

Wallahi aku hargai setiap Raya mu tak pernah miss ziarah rumah aku semata-mata nak jumpa muka-ke-muka. Semata-mata nak lepas rindu sebab social media tak cukup real feelingnya, Aku hargai almost setiap hari effort mu & Kymah sembang macam-macam dalam group supaya tak hambar & terkubur bawak diri je kekdahnya, walaupun kengkadang ada time kita bertiga bergilir respon lambat sebab jadual hidup tak sama. Walaupun mu dari dulu lampi sikit hahahahaha tapi jadi kelakor sebab mu gelak tak ingat dunia pastu baru tanya "Eh ce cerita mula, aku dok paham hahahaha"πŸ˜† Memang kalau ada mu tak pernah tak riuh entah hape.

Serius aku memang sayang mu Mey. Semoga kuat menghadapi dunia mendatang, buat saham pahala banyak-banyak jadi nurse tu, jadi anak sulung yang bertambah solehah (sebab sekarang dah solehah Alhamdulillah) dannnnn berjaya dunia akhirat inshaAllah. Stay bright & cumils, Emy. Noted that me & Kymah love you so much, lebih dari Am kahkah

SITI ASIAH BT SALEH
I've always wanted a younger sis (kat rumah ada dua baby sis. 11 & 13 tahun beza umur maka tidak memenuhi syarat teman bergosip sebab bila bergaduh sikit tetiba mendapat ugutan-nak-pecahkan-rahsia) jadi di hostel saya suka berkawan rapat dengan junior-junior dan Dikyah ialah yang paling paling rapat eversince bergelar #lerumet tahun 2015. She may seems cold on the outside tapi yang rapat memang tahu betapa manjanya seorang Asiah Saleh yang really brings out the 'kakak' part in me cehceh, memang rasa la dia ni adik yang perlu dibuli dan dinafikan pengakuan sayang hahaha just because it's amusing to see her being annoyed (by me only, orang lain takleh sakitkan hati Dikyah saya oke)

Dan sekarang dia dah jauh nun di bumi padang pasir sana. I know she's growing up and adapting well despite the lil things she's been complaining to me. Sebab dalam manja bongsu dia tu, jujur aku kata dia seorang yang berdikari. Sometimes bila contact we need more time to catch up about each other sebab lama tak jumpa & jarang kongsi cerita, ramai watak-watak baru yang asing bagi aku dalam hidup dia, yang tidak lagi aku ketahui nama dan karakter mereka. Jujur awal-awal dulu rasa macam left out la sikit dari hidup dia sebab cam dia ada ramai kakak baruuuuuu haha tapi kami dah biasa pun dengan ayat gurau "Untung laaa ada kakak baru" "Untung laa ramai adik" "Nok wat ganee orang tu ada rumet baru" dan blabla.

But by this time I hope she always remember how special she is, as an adik and my best ex-roommate. Tak kira walau berapa ketul rumet aku jumpa in the future.

Sayang dua-dua, sungguh tak tipu. Semoga di syurga kita bertemu.πŸ’—
Last but not least, HAPPY BIRTHDAY both of you pipi pau pipi londeh, moga Allah merahmati umur kalian. Thanks and sorry for everything. Saje je wish "HB" sepatah dengan gambar pensel tu sebab comel kan wish aku tu korang paling ingat hahahahahahaha


Dua-dua wasap kata takleh terima aku wish cemtu je. Nampak tak gais selama ni I sweet orangnya hahahaha okbai


Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Tuesday, October 10, 2017

Personal Blog

Zaman sekolah dulu I used to shamelessly promote my blog on Facebook (Jangan kecam, everyone else did too haha) tapi sekarang I'm keeping it personal. Sebab?

I guess nowadays I'm having a little self crisis issue, being scared of putting myself out for the world too much.. Exposed to other people's judgements, critisims and expectations. You know what I mean, right? Right now in UniSZa I honestly enjoy being invisible in crowd rather than being known, acknowledged like I used to back then (It was only because pelajar tak ramai & I held a few small positions). I actually started to like the fact that people don't give a πŸ’© about anything you do in uni. Despite the sad meaning that nobody actually careπŸ˜… I don't make friends a lot anymore and the negative side of being an introvert ialah-- your social skill is not improving. 

Tapi takde la introvert mana pun, dalam kuliah & group discussions I try to contribute supaya takde la sia-sia mana kewujudanku di muka bumi kehkeh. Cuma.. keeping my circle small. Tak peramah kecuali dengan orang yang dah rapat.

Is it normal?

Berbalik kepada topik, best thing about having a personal blog is that you may merapu anything, update untuk diri sendiri sahaja tanpa perlu effort untuk memenuhi expectation orang terhadap diri & penulisan.Tapi these days I'm thinking about making this blog public again (walaupun aku rasa takdak orang pun nak baca lol), sebab who knows KALAU ada benda bermanfaat aku boleh kongsi in the future.I feel like it is time to share a few parts of my journey and voice out my opinions, although not literally voiced, this blog post will do. Lagi satu, aku seorang yang malas nak wasap kawan-kawan walaupun dalam hati nak je update pasal life. Cause I always end up leaving people with blueticks hehe. Maka melalui blog ni boleh la korang korang yang rindu aku tu tahu aku hidup lagi ke tak hahaha. Unlike socmeds, you guys choose to come here & read my blog so you can't get annoyed 😜

Or should I just keep it personal?

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Monday, October 9, 2017

Kenapa saya memilih kos Pengajian Quran Sunnah (Qiraat)?

Usah tertipu dengan tajuk yang bunyinya seakan-akan ilmiah tersebut. La ni sebenarnya nak pikiaq dan muhasabah je seposen dua kohkoh.
Saya sempat belajar STAM tiga empat bulan dan Qiraat ialah salah satu madah (subjek) yang saya kira okay la sebab Sheikh Muhammad Fathi ajar memang mudah nak faham. Tapi disebabkan jiwa saya memang tak boleh go on dengan STAM, kurang minat B.Arab makanya berbelas-belas subjek tersebut saya tak minat dan tak betul-betul hadam. Eheh marilah sama-sama mengecam kebengapan saya di masa lalu. 
Takdir Allah baik-baik belaka, cita-cita asal saya menjadi Pakar Bahasa lalu saya dapat tawaran ke Asasi Bahasa Inggeris UIA but of course I couldnt accept atas impian ibu bapa nak anak jadi Hafizah ehem dan diri sendiri pun rasa rugi juga kalau tinggal pengajian bidang agama. So honestly it did'nt break my heart bila tak dapat pergi sebab isi UPU pun sebenarnya sesaja je, tu pun sehari sebelum tutup baru mintak Echey isikan πŸ˜‚ Dan sekali lagi Allah menyusun jalan, saya masuk ke Diploma Tahfiz Wal Qiraat under Darul Quran JAKIM, bertempat di IQT. One of the things that I'm always thankful for. Antara sebabnya ialah boleh start over dengan Quran dan boleh lari dari STAM muehehe.
"MUDAH KE BELAJAR DIPLOMA QIRAAT? BEST KE? BELAJAR PASAL APA?"
We used to hear those questions quite a lot masa zaman Diploma terutamanya daripada adik-adik Syahadah yang minat nak sambung bidang ni. Kalau nak habaq belajar pasal apa tu memang berjela la nak explain, tapi mudah ceritanya ialah pasal Imam-Imam Qiraat 10, cara bacaan, syarah matan. Itu untuk madah Qiraat, madah lain banyak lagi la mengikut semester. Bagi saya, mudah dan best ke tak tu atas minat masing-masing. As for me Alhamdulillah sebenarnya tak susah nak score tapi takde la kacang pun (sebab pesen suka study last minute sehari sebelum exam hahaha). Macam biasa, hang tak study makanya hang memilih untuk menjadi bingai😌 Qiraat bukanlah subjek favourite saya, beshe beshe je jadi takde pun menyimpan cita-cita nak sambung Degree dalam bidang Qiraat. Kalau orang tanya lepas ni nak sambung kos apa, konfem saya jawab "Quran Sunnah, InshaAllah". Kalau ada member yang kata nak pursue dalam Qiraat tu kami macam "Weh serius ah?". Pun taktau kenapa menyombong sangat kami dengan Qiraat ni ha hahaha
Tapi itu la orang kata selalunya apa yang kita duk kata takmau tu la Allah ujiπŸ˜† Unisza punya Pengajian Quran Sunnah sekali dengan pengkhususan Qiraat. Tapi setakat masuk minggu ketiga belajar ni Alhamdulillah boleh go on especially sebab Sheikh Muhammad Fathi berhijrah ke UniSZa dan ajar kami 3 subjek. Beza now and then ialah sekarang kami belajar tentang al-Quran & Qiraat dengan lebih detail & mendalam, starting dengan sejarah apa semua. Bila belajar Tajwid pun rasa jahil gila banyak taktau.

"Kenapa kalian perlu tahu semua ni? Kerana kalian takhassus al-Quran." - Itu terjemah ayat Sheikh Muhammad Fathi yang tah kenapa aku rasa sangat deep. Ya, orang yang hafal Quran, belajar dalam bidang Quran, nak jadi ahlul Quran perlu betul-betul kenal dan tahu sejarah al-Quran. Perlu hadam ilmu dan cara pembacaan al-Quran. Tahu apa itu Qiraat. Perlu jadikan ilmu Quran sebagai keutamaan.
Niat kita belajar ialah untuk mengangkat kejahilan dari diri dan orang lain. Kalau masih dengan mentaliti belajar untuk score exam (kutuk diri sendiri ke tu) jawabnya sampai bebila ilmu tak lekat, habis belajar tak mampu nak ajar orang lain Allahu.
Doakan kita yang bergelar tolabul ilmi ni semuanya istiqamah dan dipermudahkan untuk menuntut ilmu dalam bidang masing-masing, InshaAllah :)
#notalutut : Yang syoknya batch AQSA kami 25 orang je, belajar setenang alam dalam kelas tak perlu beramai-ramai macam course lain😁 Cuma tak bestnya second intake course ni saya sorang je so saya terpaksa stick with the title "Budak Baru".

Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

Wednesday, October 4, 2017

#KisahKakTajah tutup buku for now

Entri tadi jauh bebenor di'fastforward'kan dari cerita sebelumnya. 2 bulan setengah jadi Tajah, terus tutup buku. Cerita lagi 3 bulan mana? Hahaha

 I think I didn't write any proper ending terhadap Kisah Kak Tajah di blog (Walaupun kat igstory tak terkira banyaknya masa last day sebagai penutup kahkah) Jadi marilah kita melaksanakan sesi throwback 2 minggu lepas berbentuk karangan tentang anakandaku sekaliannya yang diedit sikit sikit sahaja dari post kat IG hari tu πŸ˜‚ Nampak tak malas tu? Kehkeh


18 September 2017 , Last day di Madrasah Darussalam -- "Kagum juga pada diri sendiri yang mampu menahan tangis walaupun dulu saya antara makhluk paling mudah menangis pada banyak ketika. Cuma untuk hari ini, saya berazam untuk tidak meninggalkan mereka dengan air mata. Biarlah kenangan saya dengan anak-anak ini berakhir dengan manis belaka. 

Takkan lupa, saat hati benar-benar berat untuk berkata "Hari ni hari terakhir Ustazah dengan awak semua :)". Paling perit nak tengok respon diorang terutama 3 Tolhah. Kelas-kelas lain pun perit juga tapi tempoh lama saya mengenali hati anak-anak 3 Tolhah, menyayangi setiap dari mereka, feeling memang lain. They accepted me well sejak hari pertama bergelar Ustazah sampai la hari ni. Kelas lain pun saya sayang ngatngat, tapi biasa la ada bias sikit kehkeh. Kelas depan cikgu-cikgu mudah jatuh sayang, tapi kelas belakang tak semua orang mampu faham, Mereka ni special di hati saya, walaupun biasa jugak kena marah kena libas haha. 

Dan, 3 Tolhah punya terkezot siap ada yang nangis :( Diorang tahu saya nak berhenti exactly on that day (offer letter saya kan lambat, so dapat short notice je untuk masuk daftar), tak sempat nak spend masa lebih, kasi hadiah ke apa. But still, diorang gigih tulis surat untuk saya siap cakap takmau turun rehat sebab takut tak sempat tulis surat (Diorang belum mahir mengeja, jadi tulis memang lambat), lepas Tajah paksa baru gi rehat. Terharu sangat ya Rabbi, dengan comelnya :'(  Balik rumah terus nangis lepas baca. Effort yang mungkin kecil di mata orang lain, tapi SANGAT besar di mata Tajah.

Ada a few kelas yang dah tahu awal, so depa belikan hadiah. Terharu ngatngat tapi bukan hadiah yang Tajah harapkan dari awak semua, tolong doakan Tajah pun dah lebih dari cukup :') Sesungguhnya setiap dari diorang special, setiap kelas ada perangai dan cerita tersendiri yang buat saya jatuh sayang. Darjah 1 dengan manja suka peluk-peluk, nakal tadikanya. Darjah 3 & 4 dengan perangai suka potpetnya. Kalau anak-anak Taalim memang boleh disebut satu-satu peel diorang dalam kelas. Buat list kira berkajang la 😡 Darjah 2 & 5 walaupun tak ajar tapi biasa jugak program sesama, pun sayang sangat. Anak-anak usrah 7Al-Fateh lagi la hero kesayangan tuuuu.

 Untuk itu saya doakan dan yakin Ustaz yang gantikan saya nanti jauh lebih baik dan hebat ilmunya serta akan sayang diorang lebih dari saya. Apa yang akan datang selalunya lebih baik dari apa yang telah pergi, ain't it? ^^
Sedih tak dapat tengok diorang membesar & improve macam-macam. Tapi InshaAllah saya yakin semuanya akan jadi soleh solehah belaka, mohon doakan :)

Dan buat kakak-kakak MDS, terima kasih atas segala bahagia πŸ’•" #5bulan18hari

Latest punya update ni, wasap Ustaz baru tu sat pasal tugas & dia kata bebudak still tanya mana Ustazah? 😭 
Student 3 Zubair, 4 Aisyah, 4 Uthman hari-hari wasap, group-group toksah kira la duk add. Tajah pun almost setiap hari scroll gambar. Jadi nak bagitau la ni ;

USTAZAH ADA JE NI HAA DUK TERINGAT AWAK SEMUA :(

Yang rindu teroks,
Ustazah Alya.













Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

New Life (clichenya tajuk pun)

Powernya doa ni memang infiniti betul, wallahi.

Dari hari pertama jejak kaki untuk interview, sehinggalah hari raptai konvokesyen di Darul Quran yang mana keluarnya result UPU dan aku nangis sedih bila dapat tawaran USIM (walaupun itu pilihan pertama), sampai ke hari-hari tawakal sepenuh hati menunggu keputusan rayuan dan Alhamdulillah here I am, penuntut Ijazah Sarjana Muda Al-Quran dan Sunnah (Qiraat) di UniSZA. Permintaan yang Allah delayedkan seketika mungkin untuk menguji sejauh mana aku berusaha dan berbaik sangka dengan janjiNya.

Dan berkat doa-doa insan sekeliling, pastinya.

Walaupun ayat jiwang je bunyinya ni tapi memang sesungguhnya penantian suatu penyeksaan. Air mata macam paip je duk keluar tiba-tiba, serabut dan berdebar Allah je tahu sepanjang tunggu result rayuan tu. Banyak asbab membuatkan hati aku membuak-buak nak sambung belajar, dalam kepala time tu tak pernah hilang rasa nak menuntut ilmu & berada pada jalan yang aku boleh jaga Quran, walaupun ada segelintir orang kasi ayat melemahkan "Peluang tipis, sebab UniSZA penuh, Lagipun diorang utamakan orang yang tak dapat UPU". Perkataan "peluang tipis" tu memang banyak diulang-ulang sampai ada masa aku rasa down, masa tu dalam hati like "Takpe la ya Allah, kuatkan hati aku kalau belum tiba rezeki aku untuk menuntut ilmu. Mungkin jalan aku tuntut ilmu ialah dengan terus ajar anak-anak MDS". Tak dinafikan, aku banyak belajar sepanjang aku mengajar. Tapi, honestly aku rasa ilmu aku still terlalu ciput, takde apa boleh diajar melainkan apa yang ada dalam buku teks depa je. Masa untuk Quran pun hampeh sebab balik kerja pagi sampai petang non-stop penat tak hingat weh.

Bersama dengan anak-anak MDS memang moment bahagia yang kalau boleh aku taknak tinggal, tapi life aku terasa ada something yang kurang. Masa muda ialah masa untuk menuntut ilmu, masa jaga Quran, belum masanya untuk aku menjalani life cycle yang sama hari-hari kerja makan tido. Dan aku rasa belum cukup matang untuk menghadapi tekanan kerja (bukan nak kata kerja kat sana tekanan mengila ke hape, mana-mana tempat pun akan ada tekanan cuma it's just me atm)

Tapi ni aku punya mindset je. Setiap orang lain cerita & rezeki Allah bagi.

Maka, aku tak henti doa "Ya Allah, sebagaimana aku cuba mempermudahkan urusan anak-anakku menuntut ilmu, semoga Engkau juga mempermudahkan urusanku menuntut ilmu.". Tak salah en doa gitu?πŸ˜… Kita bekerja memang mengharapkan balasan Allah whatt
  Dan satu demi satu hint Allah bagi untuk kuatkan aku supaya bersabar & tak putus berdoa. Senyum sensorang macam dapat surat chenta bila secara kebetulan (yang Dia sengajakan) terbelek atau terdengar ayat Quran dan ayat mana-mana yang betul-betul right on time kena dengan situasi. Korang pun konfem pernah rasa feeling gitu kan? Seolah-olah ayat tu ditujukan untuk kita, lagi berbunga dari time crush unmention kat Twitter pastu tetiba perasan walaupun tak sebut nama choyyyy
  


Okay kembali kepada topik please.
Akhirnya, dalam penantian tu Allah hadiahkan aku perkara yang lebih hebat berbanding tawaran masuk U semata-mata.

Dia mengajarkanku tentang besarnya kuasa doa & berbaik sangka.
Yakin dengan janji Tuhan dan RasulNya, inshaAllah manis tu kita akan rasa.

Aku bukan menulis dengan niat kononnya acah solehah, jauh sekali takabbur dapat masuk U sebab konfemnya korang akan rasa halahhhh Unija je punssss, cuma point aku menulis ialah untuk mengingatkan diri sendiri, kalau nanti sampai masa rasa penat belajar-- ingat balik sesemangat mana kamu berdoa dipermudahkan jalan dan sepemurah mana Allah memberi kemudahan.

Untuk kalian yang dalam fasa 'menanti', walau apapun natijah penantianmu-- Berbaik sangka dengan Allah. Bahagian kamu akan tiba tepat pada masa, dan ketepatan itu bukan menurut kamu tapi menurutNya.



Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)