'>

Monday, October 30, 2017

Gue Udah Bisa Nyetirrr

 Awal April hari tu I did mention about taking driving lesson and so yeah I completed all of them (hardly) then my JPJ test was held on 15th October 2017 kat BITARA. Sejujurnya saya memang LANGSUNG tak bersedia untuk ujian tu, memandangkan saya berada pada tahap pelajar lemah yang sering mengundang makian cikgu di dalam hati sebab tak pernah drive tanpa buat salah, lupa step tu dah satu hal kehkeh.

Saya sempat belajar hujung minggu sahaja, weekdays kerja dan masuk pertengahan bulan 9 dah sambung belajar. Weekend tu pun kadang-kadang terpaksa skip bila ada program dan sebagainya maka bila bertambah gap dari satu sesi ke sesi seterusnya, bertambah subur pula penyakit bengap dalam diri saya bila bawak kereta harhar. Setiap kali kelas, konfem cikgu beleteq "Bila laa nok dapat lesen dia ni sorang, sibuk sungguh" sampai tahap lesen L kena renew okay saya punya lama tu😖

Dua hari sebelum test, saya betul-betul fokus dengan harapan nak lulus takmau repeat, sebab bila kena repeat maka melayang lagi duit dan masa. Duk rumah gigih juga cakap sensorang "Bunga tayar dalam keadaan baik..", "Tempat duduk telah dilaraskan.." peh masyi kalah hafal matan time final.

Pagi sebelum test saya bagitau cikgu, "Cikgu, saya dok confident 😓" dan minta practise lagi sekali atas jalanraya. Perasaan dah bercampur dengan gabra maka banyak gila salah. Turn saya nombor 3 sesi pertama, duk jap kemudiannya terus dipanggil untuk test jalanraya. I was like HAHHH? Sebab ingatkan test litar dulu. Alhamdulillah pegawai JPJ tu style tegas tapi tenang je, takde strict sangat kot, siap suruh bawak laju haha. Makanya dengan izin Allah, saya tak terkandas kat tempat-tempat yang biasa sangkut masa practice. Btw kalau korang bakal menghadapi test JPJ kat sini, ingat 3 tempat yang paling kena fokus :


  1. Jalan keluar dari lorong BITARA (jalan berbukit)
  2. Setiap U-turn
  3. Hadapan sekolah hadlaju 30km/j
Itu pesan cikgu saya la.

Then masa ujian litar, bukit Alhamdulillah smooth walaupun masa awal-awal belajar dulu punya la nak nangis setiap kali mengundur balik. Percayalah wahai adik-adikku sekaliannya, bukit sebenarnya senang yang amat bila dah tau teknik & feel kereta tu. Tenang okay? Kalau saya boleh konfem korang pun boleh!

Ha pastu kan tah kenapa time parking sisi mashaAllah enjin gurau main mati mati dua kali & saya lupa nak bagi signal kiriiiiiiii. Tapi untuk ujian-ujian seterusnya termasuk RPK & RSM tu cun je la.

Overall? 
                                       

Doakan lesen saya kelak tidak tersimpan dalam frame sahaja :3





Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

No comments: