'>

Wednesday, October 4, 2017

#KisahKakTajah tutup buku for now

Entri tadi jauh bebenor di'fastforward'kan dari cerita sebelumnya. 2 bulan setengah jadi Tajah, terus tutup buku. Cerita lagi 3 bulan mana? Hahaha

 I think I didn't write any proper ending terhadap Kisah Kak Tajah di blog (Walaupun kat igstory tak terkira banyaknya masa last day sebagai penutup kahkah) Jadi marilah kita melaksanakan sesi throwback 2 minggu lepas berbentuk karangan tentang anakandaku sekaliannya yang diedit sikit sikit sahaja dari post kat IG hari tu 😂 Nampak tak malas tu? Kehkeh


18 September 2017 , Last day di Madrasah Darussalam -- "Kagum juga pada diri sendiri yang mampu menahan tangis walaupun dulu saya antara makhluk paling mudah menangis pada banyak ketika. Cuma untuk hari ini, saya berazam untuk tidak meninggalkan mereka dengan air mata. Biarlah kenangan saya dengan anak-anak ini berakhir dengan manis belaka. 

Takkan lupa, saat hati benar-benar berat untuk berkata "Hari ni hari terakhir Ustazah dengan awak semua :)". Paling perit nak tengok respon diorang terutama 3 Tolhah. Kelas-kelas lain pun perit juga tapi tempoh lama saya mengenali hati anak-anak 3 Tolhah, menyayangi setiap dari mereka, feeling memang lain. They accepted me well sejak hari pertama bergelar Ustazah sampai la hari ni. Kelas lain pun saya sayang ngatngat, tapi biasa la ada bias sikit kehkeh. Kelas depan cikgu-cikgu mudah jatuh sayang, tapi kelas belakang tak semua orang mampu faham, Mereka ni special di hati saya, walaupun biasa jugak kena marah kena libas haha. 

Dan, 3 Tolhah punya terkezot siap ada yang nangis :( Diorang tahu saya nak berhenti exactly on that day (offer letter saya kan lambat, so dapat short notice je untuk masuk daftar), tak sempat nak spend masa lebih, kasi hadiah ke apa. But still, diorang gigih tulis surat untuk saya siap cakap takmau turun rehat sebab takut tak sempat tulis surat (Diorang belum mahir mengeja, jadi tulis memang lambat), lepas Tajah paksa baru gi rehat. Terharu sangat ya Rabbi, dengan comelnya :'(  Balik rumah terus nangis lepas baca. Effort yang mungkin kecil di mata orang lain, tapi SANGAT besar di mata Tajah.

Ada a few kelas yang dah tahu awal, so depa belikan hadiah. Terharu ngatngat tapi bukan hadiah yang Tajah harapkan dari awak semua, tolong doakan Tajah pun dah lebih dari cukup :') Sesungguhnya setiap dari diorang special, setiap kelas ada perangai dan cerita tersendiri yang buat saya jatuh sayang. Darjah 1 dengan manja suka peluk-peluk, nakal tadikanya. Darjah 3 & 4 dengan perangai suka potpetnya. Kalau anak-anak Taalim memang boleh disebut satu-satu peel diorang dalam kelas. Buat list kira berkajang la 😵 Darjah 2 & 5 walaupun tak ajar tapi biasa jugak program sesama, pun sayang sangat. Anak-anak usrah 7Al-Fateh lagi la hero kesayangan tuuuu.

 Untuk itu saya doakan dan yakin Ustaz yang gantikan saya nanti jauh lebih baik dan hebat ilmunya serta akan sayang diorang lebih dari saya. Apa yang akan datang selalunya lebih baik dari apa yang telah pergi, ain't it? ^^
Sedih tak dapat tengok diorang membesar & improve macam-macam. Tapi InshaAllah saya yakin semuanya akan jadi soleh solehah belaka, mohon doakan :)

Dan buat kakak-kakak MDS, terima kasih atas segala bahagia 💕" #5bulan18hari

Latest punya update ni, wasap Ustaz baru tu sat pasal tugas & dia kata bebudak still tanya mana Ustazah? 😭 
Student 3 Zubair, 4 Aisyah, 4 Uthman hari-hari wasap, group-group toksah kira la duk add. Tajah pun almost setiap hari scroll gambar. Jadi nak bagitau la ni ;

USTAZAH ADA JE NI HAA DUK TERINGAT AWAK SEMUA :(

Yang rindu teroks,
Ustazah Alya.













Everyone has their own struggle of becoming better. Think twice before we judge! :)

No comments: